Jumaat, 26 Jun 2009

ADUN PAS PERAK HILANG.......!!!

Semalam aku tengok posting Drs. Khalil Lim serah memorendum kepada SUHAKAM dan Sidang Media dalam blog Cina Islam. Aku telah komen dalam kedudua posting tersebut tetapi aku tengok hingga hari ni komen aku tak keluar. Aku agak mesti YB Drs Khalil tak luluskan komen aku.  Aku bukan dok maki dia atau maki parti dia..... aku cuma beri komen yang lebih kurang begini:-

     "Mana lain-lain Adun Pas, pasai apa muka depa tak dak dalam gambaq?"

Itu komen jenis pertanyaan. Apa sebab aku tanya? Mesti ada sebab aku tanya. Sebabnya aku hairan muka Adun Pas lain (maksud aku yang 5 orang lagi tu) pasal apa tidak ada dalam gambar. Depa hadir tapi tak masuk dalam gambaq ka? Atau depa tak hadir langsung di situ kah?

Kalau depa ada  cuma tak dak dalam gambaq tak pa lah. Tapi kalau depa tak dak, depa pi mana? Depa sakitkah? Depa sibuk kah? YB Nizar boleh jadi hadir sidang Dewan Rakyat...... Tapi lagi 4 orang tu buat apa? Tidoq ka? Makan elaun ADUN butakah?

Macam-macam pertanyaan timbul dalam kepala otak aku. Boleh jadi depa dah tak minat dengan Pakatan Rakyat kot....... Kalau macam tu depa suka dengan Kerajaan Perpaduan kah? Berat ni..... Tinggal Drs. Khalil Lim saja yang dok pertahan PR. Yang lain belum melupakan hajat bersekedudukan dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan kah? Mungkin depa pun dah termakan hasutan UMNO, di mana PR Perak ini hanya boneka DAP. Yang untung 3N (Nizar, Ngeh & Nga) saja. Depa lain bagi cukup hitungan saja dalam dewan. Atau kalau nak hilangkan sangka buruk, depa dah "give-up" kot.

Drs Khalil Lim sebagai Pengerusi BBC  mungkin tau banyak cerita tapi tak mau panjang cerita kot..... Ataupun Drs Khalil Lim ini Cina, depa yang lain Melayu. Sayang kat UMNO masih bersarang dalam hati. 

Semua wakil rakyat PAS kenalah bertanggung jawab, jangan bagi ada banyak soalan timbul dalam kepala otak orang ramai. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan Pakatan Rakyat, tak kira lah dalam apa-apa isu pun. Jangan hilangkan kepercayaan penyokong dan pengundi.

Selasa, 23 Jun 2009

Parpukari Telah Ditemui.


Aku dah dapat rupa parpukari dari blog MB Darlie

Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Chairman Saga kerana publish gambar beruang tu.

Lihat sebelah. Beruang no. 3 dari kiri sebelah  Mamak Madey. Ada muka Melayu ka? Mamak kedai nasik boleh jadi.  Kalau jumpa muka beruang ni baling dengan teloq kemuruk.