Rabu, 2 Mac 2011

Mamat Kelantan Ni Suka Pendemo Ditembak Dengan Peluru Hidup

Aku dok baca blog seorang penulis Ramli Abdul Halim dalam blognya Meli Kapak Jangak. Hebat dia dalam Muncul Kembali (948) Unsur subversifsme dalam aktiviti perhimpunan haram. Dulu dulu dia ni sokong PAS, sekarang penjilat Najib nombor satu. Biasalah cari makan. Dulu PAS bagi makan tak cukup.

Dia ni memang Melayu jakun tulen yang anti bangsa lain. Dia masih lagi berpemikiran macam kebanyakan pemimpin UMNO bahawa kalau tak suka dengan kerajaan maka boleh keluar dari negara ni. Meli ni ingat Malaysia ni negeri bapak tiri laki mak dia kot. Suka-suka suruh orang belah dari sini.

Tapi yang lagi brutal, mamat Kelantan ni tulis kalau dia jadi PM, Menteri Dalam Negeri atau KPN dia akan keluarkan perintah tembak pakai peluru hidup terhadap penganjur dan peserta perhimpunan. Tapi jakun ni pandai juga, dia tulis dengan susunan ayat yang berterabur serta salah ejaan supaya kalau dia disiasat senang dia nafikan kenyataan.

Tengok dia tulis apa:-

Kena rasional dan profesioanal serta berkluatili cara berfikir barulah tidak akan dilihat bagaikan 'beruk sarkas' oleh majoriti rakyat terhadap para penganjur dan prserta perhimpunan haram yang kalau sayalah yang jadi Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau Kerua Polis Negara, susah tentu saya keluarkan perintah tembak pakai peluru hidup terhadap penganjur dan peserta perhimpunan harapan kerana tidandakan mereka asa unsur-unsur subversifsme.


Lihat..... Meli Kapak Jangak - Muncul Kembali 948

Blacklist Mangsa Saman Ekor - Bukti Pemimpin Politik & Pegawai Tinggi Bangsa Melayu Adalah Bangang & Bodoh

Hello Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat!!!! Jadikan hal ni Manifesto Pilihanraya. Buat janji jika PR memerintah, semua saman mengarut ni akan dibatalkan. 

Menteri Meniru Untuk Tesis PHD.....

Menteri Pertahan Jerman Karl-Theodore zu Gutenberg semalam telah meletak jawatan kerana telah meniru dalam penyedian tesis untuk PhD dalam tahun 2006. PhDnya telah ditarik balik. Theodore adalah salah seorang calon untuk menjadi Chanselor Jerman.

Manakala London School of Economics mengakui bahawa mereka  sedang menyiasat dakwaan bahawa anak pemimpin Libya Muamar Ghadafi iaitu Seif al Islam meniru dalam tesis kedoktorannya. Dia adalah graduan Sarjana dalam tahun 2003 dan PhD 2008. Dia dikatakan telah mengupah penulis hantu dan meniru dalam penyediaan tesisnya.

Ini adalah dua berita dari luar negara di mana orang yang ada PhD atau Dr di pangkal nama adalah peniru dan pemalsu tesis untuk PhD. Menteri Pertahanan Jerman dah mengaku manakala anak Muammar Ghadafi sedang di siasat. Jika dilihat dari tindak tanduk dan ucapannya kebelakangan ini sejak krisis politik di Libya, tuduhan terhadapnya mungkin betul.

Itu di luar negara. Bagaimana di Malaysia? Ramai ahli politik ada PhD, lebih-lebih lagi berjawatan menteri dan timbalan menteri. Menteri Besarpun ada PhD. Ada dari universiti luar negeri dan ada tempatan. Kalau dari universiti luar negeri diyakini ijazah itu dibeli. Jika dari universiti tempatan mereka mungkin mendapat ijazah tersebut dari jalan yang salah.



Ramai daripada mereka kelihatan seperti orang yang tak layak memiliki PhD. Adakah mereka ni meniru? Orang orang lain menyediakan tesis? Adakah Profesor mereka dan universiti tempatan malu alah tutup sebelah mata anugerahkan mereka PhD kerana mereka orang politik yang berkuasa?

Kalau nak bongkar semua ini jalannya mudah iaitu "JATUHKAN BARISAN NASIONAL & TUKAR KERAJAAN PERSEKUTUAN".

Isnin, 28 Februari 2011

UMNO BN Memang Penipu.... Maka Lawanlah Tipu Daya Depa...

Daftar warga Thai untuk tawan Kelantan

Salmah Mat Husain 

KOTA BHARU, 28 Feb: Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.


Baca seterusnya di sini.........
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ala.... perangai BN terutamanya UMNO Jahanam memang penipu dari Dulu, Kini dan Selamanya. Apa nak herannya. Maka PAS kena lawanlah tipu daya mereka. Takkan nak biaq kena tipu memanjang. Cerita dalam ceramah saja tak guna. Bukan tindakan.

Cuba himpun cerdik pandai dari PAS dan PR untuk pikiaq macamana nak buat. Kalau depa guna orang Petani sebagai pengundi maka dari la ni pi kempen kat depa di Thailand. Gunakan radio ka, paper ka untuk sebarkan maklumat di sana.

PAS boleh semak senarai daftar, puak-puak Petani dan Muslim Thai kebanyakan ada sedara mara di Malaysia. Ala.... macam-macam boleh buat. Takkan nak kena ajar....

Jadikan pengundi dari Thailand mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.....

Sepatutnya MB Kedah Hadiahkan Coli Kepada Pelajar Lelaki Yang akan Pulang Ke Mesir

Apabila berlaku demonstasi besar-besaran di Mesir terutamanya di Kaherah dan Iskandariah, maka Kerajaan Persekutuan Malaysia membuat tindakan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia. Bagi yang menerima biasiswa dan pinjaman MARA dan JPA mereka tiada pilihan dipaksa balik. Yang lain-lain tu balik kerana mereka penakut ataupun dipaksa balik oleh ibubapa yang penakut.



Sekarang mereka kena kembali semula ke Mesir untuk sambung pengajian. Kerajaan Persekutuan buat donno saja.... Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak umumkan Kerajaan Negeri Kedah akan menanggung perbelanjaan 800 orang pelajar Kedah balik ke Mesir dan bagi RM500 duit poket. Perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta. Berita ini dari TVS News.

Maka kerajaan negeri pulak kena ambil tanggung jawab. Sudahlah hasil negeri berapa kupang saja. Sedangkan kutipan cukai kebanyakannya dirembat oleh Kerajaan Persekutuan. Teruklah kerajaan negeri, beban macam nipun kena tanggung. Bawa balik pandai, hantar balik tak mau. Paria punya pemimpin Kerajaan Persekutuan.

Yang pelajar-pelajar ni pun satu hal, terutamanya lelaki. Tak dak teloq. Melayu penakut. Hati kecik.  Kes macam nipun nak balik ke Malaysia. Sepatutnya mereka berada bersama dalam demonstrasi di Dataran Tahrir. Berjihad. Ambil pengalaman berada bersama Revolusi Rakyat. Ini tidak lari balik macam anjing kena katok. Buat malu kat orang kapiaq. Bagi yang ambik pengajian Islam, mereka ni semua tak layak jadi ustaz dan bercakap hal jihad. Jadi imam suraupun tak sesuai. Patut tidoq celah ketiak mak bapak saja.

Di samping tambang dan wang saku, sepatutnya Kerajaan Kedah hadiahkan semua pelajar-pelajar lelaki ini "BRA" atau "COLI" sebangai tanda kenang-kenangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Dan nama mereka disenarai hitamkan dari jadi ahli PAS.