Jumaat, 18 Disember 2009

IPOH - SERATUS RIBU SATU HURUF



Tanda nama IPOH dibina dengan harga RM100,000/- satu huruf. Konon nak bagi Ipoh nampak hebat. Hebat apanya? Ipoh ni kan dah setaraf ibu negeri di Afrika yang selalu kena rampasan kuasa.

Senggaraan tak tau pulak berapa kosnya. Cerita di sini.

Sapa suruh pasang signage ni? Apa nama....... Raja.... tanya Tukar Tiub!!!

Khamis, 17 Disember 2009

Kaki Dangdut Yang Pilih AJK Masjid Di Perak

Salam Maal Hijrah 1431. Bila cerita tentang hijrah.... tentu ada sangkut-paut dengan masjid.

Perlantikan AJK Masjid dalam Negeri Perak bukanlah dibuat dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli kariah masjid.

Tetapi dilantik oleh sekumpulan orang yang terdiri dari Orang Besar Jajahan (OBJ - entah apa kerja dia, DO dah ada - mungkin kepala pembodek raja peringkat daerah kot?), Penyelaras Masjid Daerah (bolehlah - kena dengan kerjanya) dan Penghulu Mukim (ini pegawai kerajaan taraf 'Penolong Pegawai' - kebanyakan barua UMNO).

Senarai AJK selalunya direkomen oleh UMNO melalui Ketua Kampong. Ketua Kampong tentunya pemimpin pedukang UMNO cawangan. Tapi yang paling berkuasa Ketua UMNO Bahagian.

Lihat contoh di sini. Jabatan Agama (JAIP) tak boleh ubah senarai. Depa marah. Depa kata belakangkan senarai Nazrin Shah pekenan!!

Kesian kat masjid-masjid di Perak...... kaki putar alam, kaki dangdut dan kaki botol yang pilih AJKnya. Patutlah kegiatan-kegiatan masjid di Perak lebih ketat dari masjid-masjid di Republik Rakyat China.