Selasa, 7 Mei 2013

PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor

Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB puak-puak yang UMNO yang dok cucuk mengatakan wakil PAS layak jadi MB pasai PAS parti Islamla, lebih dipercayaila, hak PASla pasai bilangan kerusi lebih dari PKRla. Itu semua sokong bawa rebah.

Aku mohon kepada Presiden PAS supaya jangan kacau ganggu untuk ambil jawatan MB Selangor bagi kat wakil PAS. Biarlah Khalid Ibrahim teruskan. PAS boleh minta jadi Timbalan MB pasai di Selangor kalau tak silap aku ada peruntukan untuk jabatan TMB. Tak payah berkeras untuk jawatan MB.

PAS kena ingat kerusi PAS bertambah bukan pasai PAS. Tapi pasai kerjasama dalam PR. Faktor Khalid Ibrahim yang berkerja keras dan tegas yang menarik sokongan dan kepercayaan pengundi. Jadi biarlah Khalid jadi MB.

Kalau ada anasir-anasir lain pulak dalam PKR yang nak ambik jawatan tu, PAS mesti pertahankan Khalid Ibrahim.

Ingat!!! Selain dari Kelantan, PAS dah teraju dua negeri iaitu Terengganu dan Kedah. Tapi kedua-dua negeri ni hanya bertahan satu penggal saja. Demi kesepakatan dalam PR dan untuk menawan Malaysia, PAS jangan tamak dan gila kuasa.