Rabu, 6 Oktober 2010

Belakang Kira?

Semua dok buat cerita macam depa dok tikam bos depa dari belakang,  yang ceritanya bos depa tikam belakang depa. Semua cerita pungkok, jubor atau bontot adalah cerita belakang. 

Macamana kalau anda tak cukup duit untuk bayar harga makanan pada mamak kedai nasi. Bolehkah anda cakap  "belakang kira"....

Macam-macam boleh reka kat belakang.....


Anwar Ibrahim pun Ali Baba

Masih lagi teka-teki samada Anwar Ibrahim akan bertanding Presiden PKR dan Wan Azizah menarik diri. Tapi yang beratnya Anwar Ibrahim tak mau jadi Presiden PKR. Dia selesa kekal sebagai Ketua Umum iaitu ketua kepada Presiden. Pelik tu.

Mungkin Anwar Ibrahim pun terbawa-bawa perangai UMNO, iaitu Ali Baba. Tapi dalam hal ni jawatan Presiden PKR dialibabakan oleh Wan Azizah kepada Anwar Ibrahim.

Manakala Najib pula, Najib dah alibabakan Jawatan PM kepada laki dia si Rosmah.

Selasa, 5 Oktober 2010

Isnin, 4 Oktober 2010

Kereta Mayat Dah Tersedia Di Australia

Seorang kawan aku yang tinggal dalam negeri Victoria, Australia telah memaklumkan kepada aku bahawa pengurus sebuah rumah mayat telah bersedia dengan kereta mayat dan band pengiring untuk seorang  pemimpin agong satu bangsa terhebat di dunia yang dimasukkan ke hospital kerana sakit dada. 

Pengurus rumah mayat ini cuba melobi pejabat Konsul negara pemimpin agong itu supaya khidmatnya digunakan sekiranya pemimpin agong itu mati di hopital dalam sebuah bandaraya dalam negeri Victoria itu. 

Dia mohon supaya khidmatnya diambil secara runding terus tanpa tender terbuka, seperti amalan yang dimulakan semasa pemerintahan Pemimpin Agong itu dinegaranya. Dalam kertas cadangannya gambar berikut disertakan:-



Tapi mungkin Pengurus Rumah Mayat ini akan keciwa kerana khidmatnya tidak digunakan, bukan kerana saingannya dipilih tetapi Pemimpin Agong itu masih panjang umur.