Khamis, 9 Februari 2012

Noh Omar Meleleh Air Liur...

Noh Omar tentu meleleh air liur. Dia sedang berfikir nak jadi calon untuk Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Kalau calon parlimen ditakdir menang dia mungkin masih dilantik jadi menteri jika BN berkuasa semula. Kalau bertanding peringkat DUN dan menang tapi PR terus mentadbir Selangor dia hanya jadi ADUN biasa, paling tinggi jadi Ketua Pembangkang. Kalau BN rampas Selangor tentu dia jadi MB. Kalah tak payah ingatlah.

Salah satu sebab yang menbuatkan Noh Omar meleleh air liur ialah.....


Simpanan tunai S'gor cecah RM1.9 bilion

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Baca seterusnya sini....