Sabtu, 10 April 2010

Subramaniam Tak Suka Palanivel Jadi Calon BN Hulu Selangor

S. Subramaniam Ahli Parlimen Segamat juga Menteri Sumber Manusia tentunya tak suka sekiranya MIC menamakan G Palanivel menjadi calon BN di Hulu Selangor.



Hal ni dijangka kerana dalam hirarki MIC, Palanivel adalah Timbalan Presiden, manakala Subramaniam pula Naib Presiden. Kedudukan Subramaniam lebih rendah daripada Palanivel.

Jika Palani jadi calon dan menang pula, kedudukan Subra dalam kabinet akan tergugat. Palani mesti mahu jawatan Menteri kerana dia telah jadi MP dan dia pula lebih kanan dari Subra.

Peruntukan kerusi Menteri pada MIC hanya satu saja. Kalau Presiden MIC Samy Vellu masuk campur, tentu Subra dipaksa untuk meletak jawatan sebagai Menteri bagi memudahkan PM melantik Palani sebagai Menteri. Kemudian jawatan paling tinggi pada Subra hanya Timbalan Menteri saja.

Pada pendapat aku, Subra sedaya upaya cuba menggagalkan percubaan untuk Palani dicalonkan. Tapi jika Subra berani, dia sepatutnya biarkan Palani bertanding di Hulu Selangor kerana Palani belum tentu boleh menang. Dia juga boleh memainkan peranan untuk menewaskan Palani dalam PRK itu.



Jika Palani gagal kali ini, masa depan Palani menjadi semakin gelap dan harapan Subra untuk merampas jawatan Timbalan Presiden MIC makin cerah. Kedudukannya dalam kabinet tentu tidak tergugat langsung.

S. Subramaniam pun tidak pernah menjangka dia akan dilantik sebagai Menteri kerana ada Samy Vellu dan G. Palanivel. Tapi takdir Allah telah menentukan dua-dua pemimpin MIC ini kalah dalam PRU12 yang lalu. Kekalahan mereka membuka laluan pada Subra untuk menjadi Menteri kerana beliau adalah terkanan yang menang pada masa itu di mana belaiau adalah Setiausaha Agung MIC.

Jadi beliau telah merasai kesedapan dan kekuasaan jawatan Menteri, maka beliau dengan sedaya upaya akan mempertahankannya. Beliau tentunya juga memerhati jawatan Presiden MIC untuk diambil dari Samy Vellu. Beliau mungkin juga berharap kejadian seperti PRU12 berulang lagi.

Khamis, 8 April 2010

PRK Hulu Selangor: PAS Bertegas Bertanding Ganti PKR

Boleh jadi ka macam tu. PAS berebut untuk bertanding di Hulu Selangor dalam Pilihanraya Kecil pada 25 April ni. Presiden PAS yang umumkan. Anwar Ibrahim terpinga-pinga. Itu cuma impian Najib dan puak-puak UMNO Jahanam saja yang mau jadi begitu. Kalau BN memang macam tu.

Yang sebenarnya begini.....

Pas menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PKR mengenai calon pakatan pembangkang yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.       


Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya soal calon pilihan raya kecil itu untuk diputuskan pimpinan PKR.


“Saya difahamkan senarai nama (calon) sudah ada, yang disenarai pendek lima orang. Saya akan mendengar taklimat mengenai calon ini daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu depan,” katanya. 

Baca seterusnya di Pas tidak masuk campur

Senarai Anak Murid Zionis APCO Yang Menjalani Latihan Praktikal Di Dewan Rakyat

Sejak Kerajaan Malaysia terlibat mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari Zionis APCO. Beberapa orang Ahli Parlimen sedang menjalani latihan praktikal di Dewan Rakyat. Mereka ialah:-
  1. Speaker - Pandikar Amin Mulia
  2. Timbalan Speaker - Wan Junaidi
  3. Timbalan Speaker - Ronald Kiandee
  4. Padang Rengas - Nazri Aziz
  5. Pasir Salak - Tajudin Rahman
  6. Kota Belud - Rahman Dahlan
  7. Pasir Mas - Zionis Melayu Ibrahim Ali
        

Kenali APCO

APCO ADALAH KERETA KEBAL ISREAL YANG AWAL UNTUK MENCARI RASHIA



KENAPA ISTERI ROSMAH JATUH CINTA DENGAN APCO

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan "strategi komunikasi" dan "membina imej" negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel - Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) - serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO - merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan - termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng - seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an) seorang "musuh" dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa 'tokoh' yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk "membeli" beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian - kebanyakannya Muslim - juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.



Kopi & Pes dari MARI BERKENALAN DENGAN APCO

Rabu, 7 April 2010

Hasrussani: Sila Bagi Fatwa, Adakah Biawak Ini Halal Dimakan?

Saintis telah jumpa satu spesis biawak besar yang hidup atas pokok di dalam hutan Utara Filipina. Biawak berwarna terang sepanjang 6 kaki 6 inci yang suka bersembunyi, adalah spesis yang memakan buah-buahan ditemui di kawasan hutan yang berpenduduk padat di Pulau Luzon yang hutannya telah gondol.

Penemuan biawak tersebut digambarkan sebagai 'kejutan belum pernah terjadi sebelumnya' oleh para sanitis.



Diburu kerana dagingnya yang enak, biawak ini memang digemari oleh puak suku kaum yang hidup di hutan pulau tersebut. Namun para saintis tidak pernah menyedari kewujudan spesis ini.


Anjing yang lari dari Tuannya tidak akan datang balik untuk meratah daging Bekas Tuannya

Ciss!!!  Celaka..... sial..... punya Ezam.

Cina kawan aku kata "ANJING yang lari dari tuannya tidak akan datang balik untuk gigit dan makan  daging bekas tuannya".

Katanya lagi "EZAM LAGI TERUK DARI ANJING".

Jangan biar Melayu dihina!


Saya gembira membaca laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara yang menggariskan Model Ekonomi Baru (MEB) buat Malaysia.  Secara umumnya dokumen tersebut membuktikan betapa pemerintah kita mula sedar bahawa satu-satunya cara untuk membawa pembangunan pesat di negara kita ialah dengan memperteguh pengamalan sistem ekonomi liberal.
Bab 2 dokumen tersebut dengan tegas menyatakan bahawa negara kini telah terjatuh dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle income trap). Perangkap ini bermaksud bahawa kita sukar untuk bersaing dengan negara-negara yang menawarkan kos operasi lebih rendah tetapi pada waktu yang sama juga tidak dapat menyaingi negara-negara maju yang mempunyai kebolehan teknologi lebih tinggi. Akibatnya kita “terperangkap” di tengah-tengah.
Kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh negara juga dibincangkan dengan terbuka dalam Bab 2 dokumen tersebut. Dalam bab-bab selepas itu pula, terutamanya dalam Bab 6, dinyatakan beberapa cadangan untuk memastikan negara boleh keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan dan terus mara ke hadapan. Hampir semua cadangan yang dikemukakan menjadikan sistem ekonomi kapitalisme pasaran bebas sebagai teras.
Contohnya, MEB mengatakan bahawa sektor swasta amat penting untuk memacu ekonomi negara. Untuk membolehkan sektor swasta memainkan peranan dengan efektif, maka dokumen itu mencadangkan agar dihapuskan pelbagai subsidi, kawalan harga dan insentif-insentif yang mengganggu perjalanan sistem pasaran bebas. Penghapusan semua ini akan membawa negara kepada satu sistem ekonomi yang lebih bebas dan berdayasaing.
Saya tidak mengatakan dokumen MEB ini adalah satu cadangan yang sempurna. Masih ada ketempangan di beberapa tempat. Tetapi saya tidak berhajat untuk membicarakan dengan terlalu mendalam mengenai MEB dalam dalam artikel ini. Insha-Allah saya akan cuba menulis lebih lanjut mengenai MEB dalam jangka masa terdekat.
Dalam artikel ini, saya hanya mahu memperakui bahawa dokumen MEB telah menggagaskan satu permulaan yang baik untuk proses transformasi negara. Kelihatannya penggubal dasar negara menerima juga bahawa sistem kapitalisme pasaran bebas sahajalah yang boleh menjamin Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Syukur alhamdulillah.
Dalam kesempatan ini saya sebenarnya mahu mengulas mengenai tindakan pihak-pihak seperti Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali yang seolah-olah sengaja mahu menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasi negara.
Saya amat marah dengan mereka ini kerana mereka berselindung dengan nama Melayu untuk menghina dan memperkecil-kecilkan orang Melayu. Dengan bertopengkan nama Melayu, mereka bersuka ria menuduh orang Melayu tidak boleh bersaing dan tidak boleh maju  jika tidak dihulurkan tongkat seumur hidup. Lemah sungguh Melayu di mata mereka!
Tatkala Najib begitu yakin dengan kebolehan bangsa Melayu untuk bersaing di arena global, tiba-tiba ada pihak yang memperlekeh kebolehan orang Melayu untuk berjaya dengan usaha sendiri.
Tatkala Najib mengambil langkah berani untuk mengurangkan kebergantungan orang Melayu terhadap bantuan dan subsidi kerajaan, ada pula orang Melayu yang bersungguh-sungguh mahu menggagalkan usaha-usaha pemimpin parti Melayu sendiri.
Kenapa kita terpengaruh dengan tohmahan bahawa orang Melayu tidak akan berjaya jika tidak dilindungi oleh kerajaan? Kenapa tidak yakin dengan kemampuan bangsa kita sendiri? Orang Melayu tidak diciptakan bodoh atau cacat sehingga perlukan tongkat subsidi dan hak istimewa seumur hidup. Tidak sama sekali!
Hakikatnya walaupun pemuka-pemuka ini berbangsa Melayu, tindakan mereka datangnya daripada satu punca sahaja, iaitu perangai memandang rendah kebolehan bangsa Melayu.
Benarlah kata Tun Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Mungkin mereka sudah terlupa bahawa pemerintahan Melayu yang amat berjaya pernah wujud di rantau ini ratusan tahun dahulu.
Hakikatnya bangsa Melayu adalah satu bangsa yang boleh berjaya seperti mana-mana bangsa lain di muka bumi. Meragui kebolehan bangsa Melayu adalah sama seperti menghina dan merendah-rendahkan kebolehan bangsa Melayu.
Banyak tindakan-tindakan Najib yang menunjukkan beliau kini yakin dengan kebolehan orang Melayu untuk bersaing dalam pasaran terbuka. Bukan sahaja bersaing, tetapi Melayu boleh berjaya dalam persaingan itu.
Contohnya, beliau telah meliberalisasikan sebilangan sub-sektor perkhidmatan kepada pasaran bebas, menjemput pemodal asing melabur di negara kita, menurunkan kadar cukai, cuba mereformasi sistem percukaian dan berusaha mengurangkan kebergantungan orang Melayu terhadap subsidi.
Semua ini adalah langkah-langkah baik menuju ke arah sistem ekonomi liberal berteraskan pasaran bebas. Sistem pasaran bebas amat diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang rakyatnya berpendapatan tinggi.
Lawan kepada sistem ekonomi liberal pasaran bebas ialah sistem ekonomi terkawal. Contoh paling senang sistem ekonomi terkawal ialah sistem komunis atau sosialis. Kita semua tahu bahana kemiskinan yang dibawa oleh sistem komunis dan sosialis. Melayu tidak memerlukan ekonomi terkawal seperti komunisme atau sosialisme.
Sebagai pemimpin yang telah memulakan langkah pendekar untuk mentransformasi nasib rakyat termasuklah bangsa Melayu di tanah air ini, Najib dan para pemimpin negara perlu terus iltizam membangunkan ekonomi negara supaya menjadi lebih terbuka.
Model Ekonomi Baru harus teguh menjadikan sistem pasaran bebas sebagai terasnya, dan berusaha menghilangkan mentaliti subsidi daripada pola pemikiran orang Melayu.
Orang Melayu perlu berhenti menghina dan memperlekeh kebolehan bangsa sendiri. Orang Melayu perlu menolak mana-mana individu atau pertubuhan yang mengatakan bahawa Melayu terus perlukan perlindungan kerajaan. Mereka itu adalah Melayu yang tidak yakin dengan kebolehan bangsa sendiri. Jangan kita percaya jika individu atau pertubuhan itu menyatakan mereka mahu “melindungi” bangsa Melayu. Sikap tidak yakin mereka kepada kebolehan Melayu sebenarnya adalah satu penghinaan kepada orang Melayu.
Melayu boleh bersaing. Melayu boleh berjaya. Jangan biarkan pemuka-pemuka itu terus menghina bangsa Melayu!
Oleh: Wan Saiful Wan Jan Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan juga editor AkademiMerdeka.org, sebuah platform yang mempromosikan idea-idea libertarian.
Dikutip dari The Malaysian Insider

Selasa, 6 April 2010

KESIAN.........


Aku hanya boleh kata "Kesian" saja. Tiada apa-apa komen dari aku.

Foto dikutip dari Sheikh Buta Perut

Isnin, 5 April 2010

Bung Mokhtar TPM Malaysia, Zizie Ezzette & Carla Bruni

Andai kata perancangan 16 September terjadi dan Anwar Ibrahim dilantik jadi PM. Mereka kata akan ada 3 orang TPM di bawahnya. Haji Hadi (PAS) TPM1, Lim Kit Siang (DAP) TPM2 dan yang kontroversinya adalah jawatan TPM3.

Kononnya TPM3 dikhaskan kepada MP dari Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. MP yang teratas dalam list TPM3 adalah Bung Mokhtar Raden. Wow!!! Kali pertama MP dari Borneo jadi TPM walaupun TPM3. TPM tetap TPM...!!!

Andai kata Bung Mokhtar jadi TPM, maka rakyat Malaysia akan ada seorang TPM yang berkahwin dengan artis. Akan ada akhbar, mungkin Utusan Malaysia (pada masa itu menjilat Anwar Ibrahim pulak!) headlinenya "TPM3 Kahwin Zizie". 

Ini dah macam Nicolas Sarkozy (Presiden Perancis) kahwin  Carla Bruni. Ayoh!!! Hebat tu, Bung Mokhtar sudah ikut cara Sarkozy atau Zizie Ezzette tiru Carla Bruni. 

Nicolas & Carla Sarkozy

Tapi yang pening kepala tentu Haji Hadi yang menjadi TPM1. Apa nak dijawabnya pada penyokong PAS. Lebih-lebih lagi kalau foto TPM3 bersama isteri di satu majlis macam di bawah....

Bung Mokhtar & Zizie

Kalau Hal Ni Kena Kat Najib, Alamat Meranalah Askar Ni

Aku tak  boleh bayangkan apa akan terjadi kepada seorang askar (Lans Kopral saja) yang tak mau salam dengan Najib. Mesti merana askar tu dikerjakan oleh penjilat-penjilat Najib. Orang Umno Jahanam mesti kutuk habih askar ni. Tentu dicap derhaka.Pegawai-pegawai tinggi tentera mesti mesyuarat untuk hukum askar ni. Silap-silap pingat keberanianpun ditarik balik.

Nasib baik hal ni berlaku di UK yang PMnya Gordon Brown. Lihat...


Victoria Cross hero refuses to shake Gordon Brown's hand because of 'disrespect'

By DAILY MAIL REPORTER
Last updated at 8:52 AM on 05th April 2010

Victoria Cross hero Johnson Beharry revealed today he refused to shake Gordon Brown's hand in protest at the PM's 'disrespect' for the Armed Forces.

The lance corporal said he turned round and walked off as the Premier offered his hand during a Remembrance Day service last November.

L/Cpl Beharry told The Sun he was 'absolutely furious' at the way Mr Brown fidgeted and moved during the two-minute silence, adding: 'All that was going through my head was to knock him out.




Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1263619/Johnson-Beharry-Victoria-Cross-hero-refuses-shake-Gordon-Browns-hand-disrespect.html?ITO=1490#ixzz0kDLG41bO

I am Malaysian first


By Kee Thuan Chye
I am proud to call myself Malaysian first and Chinese second. And if I were to tell other Chinese Malaysians that, I don’t think they will shun me.
Even if they do, so be it. Let them. If they are so narrow-minded as not to see the beauty of calling oneself Malaysian first, I don’t want to have anything to do with them.
I have two children to whom I have given Malaysian names, i.e. Malay, Indian and Chinese names. It is my contribution to Bangsa Malaysia. Their identity cards bear their full names.
In both cases, their Malay name comes first. And that is the name my wife and I call them by. We call our daughter Soraya and our son Jebat. To us, Malay names are also Malaysian names, and our children are Malaysian. We have no hang-ups about it.
Now, why can’t this be the norm in this beautiful, rich, multi-racial nation – a nation that is beautiful and rich because of its many races and cultures? Why must we separate ourselves into divisive categories? Why can’t we take the inclusive approach, consider each of our fellow citizens as being part of a whole, as part of us instead of as the Other?

Why is it so hard for someone no less than the deputy prime minister of this country to acknowledge that he is Malaysian first and Malay second? Why does he give the excuse that if he were to do so, he would be shunned by the Malays? How does he know for sure? Why does he presume the negative? Why would they shun him?
He is a leader of the country. Should he not instead be leading by example? For all we know, if he were to actually declare himself Malaysian first and Malay second, he might find others doing the same – and they may well be not just Malays but people of other races as well. Why does he fear to lead and instead prefer to take the safe and untested route? Why does he even take the exclusive line and say, “I am a Malay first”?
The basic function of leadership is taking the first step before anyone else, isn’t it? Especially if it’s a step in the right direction, towards the noble purpose of bringing the people closer together. It may be a risky step to take but if it’s the right one, morally and logically, who can judge you harshly?

Aku Tak Percaya Pada Orang Ni.....

Kalau ditanya pada aku:

Adakah aku percaya kepada orang ni?

Aku akan jawab:

Aku lebih percaya pada ofis boi orang ini daripada batang tubuh orang ini.

Orang ini boleh dirujuk di The Nut Graph - "I'm not Biased, I'm Impartial"

Ahad, 4 April 2010

Hidung Zul Nordin Semakin Bertambah Panjang

Kata-kata di lapangan bahawa Zul adalah terlebih Islam jika dibanding dengan PAS. Yang sebenarnya Zul telah terlalu kerap beromong kosong dan setiap kali dikesan telah memutar-belit sehingga PAS pun tidak mahu menyentuhnya dengan galah panjang sepuluh kaki.

No Holds Barred

Raja Petra Kamarudin

Zulkifli Noordin cuba tampil sebagai seorang mujahidin. Ketika dia menyerbu Majlis Peguam Malaysia dia menyatakan bahawa dia adalah Muslim yang pertama dan yang lainnya kedua. Dia akan membela Islam, Zul menyatakanl, sampai titisan darah terakhirnya.

Ini adalah mujahidin yang paling mulia yang berani melakukan hal-hal yang banyak ahli PAS sendiri tidak akan berani lakukan. Zul di atas mengatasi PAS. Mengapa, oleh kerana itu, PAS tidak mengambil dia sebagai calon mereka dalam pilihanraya umum?

Jawabannya sangat mudah, sungguh. PAS merasa ngeri setiap kali Zul berceramah. Ia selalu membesar-besarkan dan berbohong, kata salah seorang pemimpin PAS kepada sekumpulan penyokong pembangkang di UK baru-baru ini.

Pemimpin PAS ini kemudian memberikan banyak contoh dari apa Zul telah ucapkan di berbagai ceramah. Tetapi ketika parti melakukan pemeriksaan tidak ada apa ucapan Zul itu benar.Zul mengaku telah terbang di luar negeri dan mendakwa telah bertemu orang ini atau orang itu.Tapi ketika pemeriksaan dibuat didapati bahawa Zul tidak  meninggalkan negara. Dan ketika pemeriksaan dilakukan dengan orang Zul seharusnya telah bertemu, bukan saja orang-orang ini tidak bertemu dengannya, bahkan tidak tahu siapa dia.

Itu sebabnya PAS tidak mahu Zul sebagai calon mereka walaupun komitmen yang disebut Islam dan mandat seharusnya Islam. Kata-kata di lapangan bahawa Zul adalah terlebih Islam jika dibanding dengan PAS. Yang sebenarnya Zul telah terlalu kerap beromong kosong dan setiap kali dikesan telah memutar-belit sehingga PAS pun tidak mahu menyentuhnya dengan galah sepuluh kaki.

Kegemaran ZUL menokok tambah dengan tujuan menarik minat khalayak ramai diketahui sejak 1998-1999 lagi. Zul akan pergi serata negeri untuk berceramah di mana ia akan menceritakan segala-galanya tentang Anwar Ibrahim terbaring di penghujung hayatnya dan nazak. UMNO telah meracun Anwar dan dia sekarang nazak, kata Zul kepada orang ramai yang bersedih. Satu-satunya hal yang kini boleh dilakukan adalah berdoa untuk roh Anwar.

Kemudian, pada hari berikutnya, kita melihat Anwar tersenyum dan melambaikan tangan pada orang ramai semasa dia tiba di mahkamah untuk perbicaraan  Sedangkan orang-orang kampung yang mengikuti ceramah Zul malam sebelumnya tidak ada di mahkamah untuk melihat semua ini. Mereka masih di rumah menyeka air mata mereka selepas trauma tentang Zul ceramah malam sebelumnya.

Sekarang Zul berbicara lagi dan kali ini tentang ramalannya untuk pembangkang. Bahagian yang paling saya suka adalah ini:

Dia tertawa ketika diberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dimengatakan dia menjadi orang berprinsip kerana berani bercakap menentang bekas partinya, dan berkata: "Ya, seperti yang saya katakan berulang kali - kebenaran akan tetap menjadi kebenaran dan anda tidak boleh menjadi salah jika kebenaran di pihak anda."

Yeah, benar.....

Baca seterusnya di Zul's nose grows even longer

Motif Pembunuhan Tiada Kaitan Dengan Ibrahim Ali

Motif pembunuhan memang tiada kaitan dengan Ibrahim Ali. Tapi perangai dan fahaman politiknya yang terlalu perkauman dan mengagongkan ketuanan bangsa adalah sama bagi dua orang itu, iaitu Ibrahim Ali dan Eugene Tereblanche.

Sorang di Malaysia dan sorang di Afrika Selatan. Yang di Afrika Selatan telah ditakdirkan Allah SWT dibunuh. Dibunuh pula kerana dia kencing gaji dan upah pekerja saja. Baca di bawah....

Pemimpin Haluan Kanan Afrika Selatan Dibunuh

Eugene Terreblanche, pemimpin haluan kanan dan Ketuan Kulit Putih Afrika Selatan, yang berjuang untuk memelihara aparteid pada awal 1990-an, telah dipukul dan ditetak sampai mati di ladangnya.

Polis berkata Terreblanche diserang di ladangnya yang terletak di luar Ventersdorp, pada hari Sabtu, dipercayai akibat dari pertikaian upah yang belum dibayar, lapor akhbar Johannesburg Star.

Dua pekerja, seorang lelaki berumur 21 tahun dan seorang remaja 15 tahun, ditangkap dan didakwa membunuh, Star melaporkan.

"Dia ditetak sampai mati ketika sedang tidur siang," kata seorang rakan keluarga, ahli Afrikaner Resistance Movement (AWB), kepada agensi berita Reuters.

Media tempatan mengutip berita ahli parti lain yang mengatakan dia dipukul dengan paip dan parang.

"Mayat Terreblanche ditemui di tempat tidur dengan kecederaan pada muka dan kepala," kata jurucakap polis yang dipetik dari berita AFP.

Polarisasi Kaum


Terreblanche, 69, telah menyepikan diri sejak dibebaskan dari penjara pada 2004 setelah menjalani hukuman tiga tahun dari lima-tahun masa hukuman kerana percubaan pembunuhan.


Dia telah berada secara relatifnya diam meskipun partinya telah bangkit dua tahun yang lalu dan usaha terakhir untuk membentuk satu front kesatuan di antara kumpulan kulit putih berhaluan kanan.


Pembunuhan itu berlaku di saat meningkatnya kebimbangan akibat polarisasi kaum di Afrika Selatan, ditambah dengan baris senikata lagu yang dinyanyikan oleh Ketua Kumpulan Pemuda ANC parti pemerintah  dengan lirik "Bunuh Boer".


Terreblanche sentiasa mengakui bahawa dirinya sebagai Boer.


Baca seterusnya S Africa far-right leader killed
Baca juga White supremacist Eugene Terreblanche murdured in pay dispute

FIFA Melarang Pemain Bolasepak Wanita Iran Dari Memakai Tudung di Sukan Olimpik Belia

Teheran, Apr 3 (Mehr News Agency) - FIFA melarang pasukan bola sepak wanita Iran memakai tudung dari menyertai Sukan Olimpik Belia (Youth Olimpic Games) yang akan berlangsung dari 14 hingga 26 Ogos ini di Singapura.



FIFA pada awalnya menjemput pasukan Iran untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tetapi tiba-tiba memutuskan untuk melarang memakai tudung (menutup cara Islam) dalam pertandingan tersebut.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran Ali Kafashian menulis permintaan ke badan sepak bola dunia untuk mempertimbangkan kembali keputusan mereka.

Dia menjelaskan bahawa kerana keyakinan ugama, pasukan wanita Iran akan menyertai dalam pertandingan hanya jika mereka dibenarkan untuk mematuhi kod pakaian Islam.

Secara keseluruhan sebanyak 170 negara dijangka akan menyertai dalam Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010. Sekitar 3.500 atlet dan 875 pegawai akan menyertai kejohanan tersebut. Setiap negara akan menghantar sekurang-kurangnya empat orang atlet.