Khamis, 8 November 2012

Apa Pasai Kuboq Raja Jauh Terasing dari Kuboq Rakyat?



Dalam tahun 70an dulu ramai jugak raja-raja dan sultan mati. Satu hari tu ada berita seorang sultan mati. Akupun tak ingat sultan negeri mana yang mati. Malam tu dalam tv hitam putih adalah berita pasai kematian sultan tu.

Dok esoknya keluaq berita siap gambaq pengkebumian dalam surat habaq. Orang tua aku langgan surat habaq orang putih Straits Times dengan Utusan Melayu (paper jawi) dan dalam pukui 10 - 11 pagi baru keling surat habaq hantaq pi rumah aku. Zaman tu tengahari cerah lit-lit baru boleh baca surat habaq!

Kebetulan masa tu pak penakan aku pun ada sama. Dia ni jenih rambut ada "remoih" macam awning tingkap rumah, kira sinaq matahari tak kena biji mata dia. Otak dia dia pulak macam Tukaq Tiub, jenih yang tak suka puak-puak 'bayangan tuhan'.

Aku pulak masa tu budak betoi bendoi lagi. Dalam dok baca surat habaq tu aku jumpa benda-benda yang aku tak faham, aku tanyalah pada pak penakan aku.

"Pak Su! Maqam di raja tu apa dia?" tanya aku dengan sebut "Maqam" ikut ejaan jawi dalam surat habaq tu.

"Maqam... maqam di raja.... ooo.... tu kuboq tempat depa pi kambuih raja-raja dengan anak bini cucu cicit depa lah" jawab pak penakan bersahaja sambil baca surat habaq orang putih.

"Pasai apa depa tak pi tanam raja di kuboq biasa? soal aku lagi.

"Nak bagi lain pada orang biasa, tak mau campoq... kalau campoq kuboq dengan orang biasa nampak komanlah.... depa hidup la ni dalam istana... hang ingat raja dok dalam dangau ka?.. Hidup tempat spesial depa mati mesti tanam tempat spesial la. Hang paham dak?" pak penakan aku jawab panjang lebaq.

"Paham paham" jawab aku ringkas.

"Nih! Aku nak tanya hang pulak.... betoi betoi pasai apa raja mati tanam jauh pada orang? makam di raja jauh pada orang....lepaih tu korek kuboq dalam-dalam!" sambil letak surat habaq orang putih, pak penakan aku tanya aku pulak. 

"Pasai..........." aku tengah pikiak jawapan.

"Pasai apa? Hang tak taulah! Raja buat kuboq asing jauh pada orang pasai depa malu, kalau kena katok dengan malaikat depa dok keriau dalam kuboq orang keliling tak dengaq. Depa tanam dalam pasai kalau malaikat pukui, lepaih tu malaikat cungke balik mayat tu tak terkeluaq dari kuboqlah!!! Hah hah hah!!" pak penakan aku bagi jawapan sambil gelak dan dia sendiri rasa cakap dia lawak kaw-kaw.

Ini K. Rajagopal
 

Selasa, 6 November 2012

Dakwaan Hina Sultan Johor: Kenyataan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda Keadilan


 

Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam (Isnin) tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.

Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan penyalahgunaan proses mahkamah".

Beliau berkata Ahmad pada mulanya dihadapkan ke mahkamah majistret Johor Baru selepas ditahan reman selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.

Berikut pula kenyataan bersama Ketua Pemuda PAS Pusat Al Fadihil Ustaz Tuan Sheikh Nasruddin Hassan Tantawi Al Haj Serban Besaq Bakui dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Saudari Shamsul Iskandar Tak Yakin berkenaan yang dikatakan salah guna kuasa oleh polis dalam kes ini:-




















Eh! Eh! Senyap... Sengap saja....!!! Depa dok garu kurap di pungkok. Teloq depa pulak dah tersentap masuk dalam perut! Mulut ternganga tapi suara tak keluaq... 

Lagu ni kalu, Sheikh Tantawi kena pakai "ABAYA" dan "PURDAH"... Saudari Shamsul Iskandar pulak pakai "MINI SKIRT" dengan "BLAUS" lah pulak!

Kalau tanya aku pulak "Apa komen Encik Lee Copper?" Aku jawab ringkas dan padat "No komen". Aku pun takut jugak nak cakap lebih-lebih. Kesian kat aku!