Jumaat, 20 Julai 2012

Masa Tidur Terbaik Adalah Semasa Khatib Membaca Khutbah Jumaat

Para doktor dan penyelidik universiti di Malaysia sepatutnya buat kajian berkenaan "para makmum mengantuk tidur lena semasa khatib atas mimbar membaca khutbah". Mereka boleh buat kajian di semua masjid terutamanya masjid yang khatibnya hanya membaca khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM, JAIS, JAIP dan lain-lain "J" lagi.

Macam-macam terjadi. Ada yang sesenggok-senggok, ada yang meleleh air liur basi, ada yang terangguk-angguk macam mengiyakan khutbah tersebut dan macam-macam. Tapi kenapa orang suka tidur semasa khatib membaca khutbah?

Aku rasa salah satu puncanya macam di sini........ Orang yang patut dilantik sebagai imam dan khatib tak dilantiknya. Tapi dilantik orang yang tak ada telur dan tak ada otak. Dah tak ada otak macamana nak karang khutbah sendiri. Tapi jika ada otak pun dan telur tak ada dia takut nak mengarang khutbah sendiri, maka dibacanya khutbah dari JAKIM.

Eloklah, waktu khatib membaca khutbah adalah masa yang sesuai muntuk berehat tenangkan fikiran dan tidur.