Selasa, 26 Oktober 2010

Lagi Beberapa Hari Aku Akan Berangkat Ke Mekah....

Insyaallah lagi beberapa hari aku akan berangkat dengan KTxx ke Mekah untuk tunai haji. Bukan di Kg Seronok. 

Jadi aku mohon maaf pada rakan-rakan bloggers dan pembaca semua atas apa-apa kesalahan aku dalam berblog kecuali pada geng-geng UMNO Jahanam, Mamak Tongkang mengaku Melayu dan Ulamak Keparat serta kuncu-kuncu depa. Depa yang kena mintak maaf kat aku.

Aku rasa setakat ini dulu dan jika diberi umur  panjang dan sihat tubuh badan oleh Allah SWT selepas kembali dari Tanah Suci aku akan teruskan blog merapu ini. 



Isnin, 25 Oktober 2010

50% Rumah Murah Untuk Bukan Bumi - Mana Brahim Ali?

Wah! Selalunya Muhyidin Yasin @ Mat Sembab menjanjikan jambatan dalam PRK. Tapi di PRK Galas kali ni lain pulak janjinya. Dia nak buat Projek Perumahan Rakyat iaitu Flat Kos Rendah di Taman Wangi dalam DUN Galas.

Tapi ada lagi janjinya yang lebih menarik iaitu 50 peratus daripada 1500 unit rumah iaitu 750 unit akan diperuntukan kepada bukan bumiputera.

Ayat dalam NST lebih kurang:-



This is the first time PPR flats will be built in Kelantan. It is also the first time 50 per cent of the flats, comprising 750 units, will be allocated to non-Bumiputeras.

Normally only 30 per cent are set aside for non-Bumiputeras.


Boleh percayakah? Atau auta Mat Sembab. Hanya gimik pilihanraya. Kan kah kelulusan Kerajaan Kelantan diperlukan dalam hal kouta perumahan ni. Senang saja Mat Sembab akan jawab Nik Aziz tak bagi. Atau paling koman punya alasan Perkasa Brahim Ali kacau.