Sabtu, 18 Julai 2009

Imam Masuk DAP & Chua Jui Meng Masuk PKR

Chua jui Meng dah masuk PKR. Lihat sini, sini, dan sini. Welcome on board..... Mr Chua. Maaf blog  ni tak kenal Tun, Tan Sri, Dato' Seri dll. Bini aku tak boleh imagine macamana Jui Meng boleh masuk PKR. Ini nama besar dalam MCA. Apa susah..... Allah Taala punya kerja la.

Tapi apabila baca di sini. Wah! Haji Jusri Kamat seorang imam di Beaufort, Sabah telah masuk DAP. Ini haji hebat.  Orang UMNO mesti suruh Mufti Melayu Perak fatwakan bahawa imam ini sesat dan tidak layak jadi imam kerana menyertai DAP. Kes Melayu murtad!!!

Aku yang ahli PAS ini, jika PAS dok sibuk nak baik dengan UMNO, akupun nak cau.... join DAP. Takkan Ngeh tak mau terima aku......!!!

Jadi sedar dirilah wahai Syeikh Besar dan Syeikh Tantawi........


Kematian Teo Beng Hock Bukan Jatuh Tempat Tinggi

Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk "Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi" aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.

Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.

Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-

  • Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.
  • Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang. 
  • Mayat akan kelihatan renyuk

Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam. Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha... ha... ha...

Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la..........!!!!!

Rabu, 15 Julai 2009

Postmortem Tak Perlu Untuk PRK MU

Dalam Harakahdaily tersiar kenyataan berikut:-

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam. 

 

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar. 

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Bagi aku, PAS tak payah buat postmortem bagi kemenangan di MU. Dah menang, apa pasai nak buat postmortem? Postmortem untuk orang mati saja. UBN yang kalahpun tak payah buat postmortem. Depa kalah beza sikit sangat. Jumlah undi PAS dan BN tak banyak beza. Istilah postmortem tidak sesuai bagi parti politik. Lainlah kalau parti dah kena bubar oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

Carilah istilah lain. Contohnya, kajian terperinci ka.... siasatan rasmi ka.... apa ka....

Bubar DUN Perak La.......!!!

Aku tengok berita pagi kat tv3, Muhyidin Yasin dah cakap besar (di Perak pulak tu!). Tak kecewa dengan kekalahan BN di Manek Urai, pasai majoriti sikit sangat. Umno boleh bagi kurang majoriti banyaaaaak. Jadi sokongan bertambah dan rakyat yakin pada PM 1-Malaysia. Yeee..... tepuk tangan!!!! (Awas: tepuk tangan macam syeikh ajar...... jangan macam setan!!).

Bagi aku, kalau itu macam apa lagi bubar DUN Perak lah. BN boleh menang ma. Lagi pun aa.... Umno boleh bagi tau Boneka Umno. Boneka Umno pulak boleh berpakat dengan kawan-kawan pro Kerajaan Perpaduan. Depa boleh letak dan susun calon PAS yang gerenti wala' dan taat kepada Sheikh Besar. Supaya lain kali kalau BN tak cukup majoriti untuk tubuh kerajaan, PAS boleh bantu demi MELAYU. Kalau PR boleh tubuh kerajaan dengan majoriti kerusi yang banyak pulak, ikut PR dulu. Macam sekarang kat negeri-negeri lain. Biasalah tu politik...... Ulamak pun boleh ikut Marchiaveli....

.

Demi MELAYU ulamak boleh tipu pengundi Cina, India dll... Demi MELAYU, ulamak disunatkan berbohong. Demi MELAYU ulamak boleh lidah bercabang macam bewak. Demi MELAYU, syeikh-syeikh dalam PAS boleh tutup sebelah mata pada amalan rasuah, penindasan dan salahguna kuasa Umno. Demi MELAYU, syeikh-syeikhpun ada habuan sama, boleh bina banglo besar dua tiga bijik, kereta mewah tiga empat biji dan simpan duit juta-juta dalam bank. Lagipun yang ditipu pengundi KAPIAQ......!!! 

TAK KE GITU SYEIKH-SYEIKH SEMUA? MANA SYEIKH BESAR? MANA SYEIKH KEDUA BESAR? MANA SYEIKH TANTAWI? TENGAH SUSUN AGENDA KOT....!!!

Selasa, 14 Julai 2009

Mohd Fauzi Abdullah Jadi ADUN Manek Urai


Keputusan:-

PAS : 5348  BN : 5283  Majoriti : 65

Alhamdulillah menang. Aku tunggu keputusan rasmipun dok seriau. Dekat nak pitam. Macamana pun ada orang jadi Wai Bi. YB Mohd Fauzi Abdullah. Ada sorang lagi nganga.

Tapi jaga-jaga YB baru....... dulu meniaga ikan..... dah YB jangan jadi broker balak pulak!!! Nanti bala bukan menimpa hang sorang tapi aku takut PAS sekali bungkuih.... Orang la ni bukan bodoh.

Lagi satu kajilah pasai apa PAS menang tak sampai 100 undi majoriti. Jangan jadikan alasan Umno, Kerajaan Persekutuan, PDRM, SPR dan hantu penyebabnya. Kaji kelemahan sendirilah......

Boleh jadi pengundi ingat, kalau PAS nak Kerajaan Perpaduan, buat apa depa undi PAS, baik terus undi Umno/BN.

Isnin, 13 Julai 2009

JPJ: PAS CUCI MANGKOK UMNO

Aku ada sorang kawan Cina. Nama panggilannya Ah Ngee (bukan nama sebenar). Aku selalu jumpa berborak dengan dia. Sejak rampasan kuasa kat Perak ni aku tak jumpa dia lagi. Mungkin pasai aku kata dia Cina bodoh sokong Zamry. Lagi satu, aku marah bila dia jadi Ahli Majlis Daerah....... dalam Perak..... lantikan Kerajaan Haram (jadah) BN pimpinan Mamak Zamry Pedukang. Ceritanya begini:-

Satu hari kira-kira 10 tahun lalu aku berborak dengan Ah Ngee di kaki lima restoran mamak di Ipoh. Tengah rancak berborak sambil dia hirup teh tarik dan aku sedut teh ais, tiba-tiba sebuah kereta BMW 3-series masuk parking bertentangan dengan meja aku. Keluar couple cina. Yang lelaki lebih kurang pelakon Tony Leung. Dan yang perempuan amoi cina.... fuhh seksi dan mengancam macam Gong Li. Amoi ni cuma berskirt singkat dan baju tanpa lengan, mendedahkan banyak juga bahagian tubuhnya yang gebu........ 

      

Mereka berdua lalu berhampiran meja aku, nampak mesra berpegangan tangan. Ah Ngee yang dah umur 50 tahun memandang amoi tu dengan mata tak berkedip dan mulut separuh ternganga. Cuma air liur saja yang tak meleleh. 

"Woa!!! lia punya nasi lemak besaq ooo....." bisik Ah Ngee sambil bibirnya moncong ke arah amoi tu.

"Betoilah..... susah jumpa amoi punya nasi lemak besaq" sambut aku yang dari tadi dok tertumpu ke bungkusan nasi lemak yang terletak di dada amoi tu.

"Ini macam punyia amoi aa.... wa satu syot lima ratuih pun wa kasi" kata Ah Ngee Setiausaha MCA Cawangan. "Apa?" balas aku yang kurang faham.

"Hih... kalu itu amoi... ayam aa... satu syot.... satu kali hantamlah. Apalah yu" Ah Ngee tunjuk pandai dengan aku dan aku hanya mampu kata "Ooo itu macam ka?"

"Satu malam kalu?" tanya aku pulak. "Ini aa.... satu malam talak boleh punyia" jawab Ah Ngee dengan yakin.

"Apa pasai?" tanya aku sambil sedut rokok, ingin tau lebih mendalam. Aku tau Ah Ngee memang kaki melanggan ayam. Dia pernah bagi tau selain dari amoi cina, pompuan melayu dan india pun dia dah melanggan. Cuma dia masih kempunan pompuan mat salih. Dia pernah mengajak aku, tapi aku tak mau. 

"Ini macam punyia amoi.... cari makan pro punyia. Lia sevis tingahari sampei pukui sepuloh sablas malam saja. Liapun mau tidoq" terang Ah Ngee pada aku yang makin tertarik dengan knowledge nya.

"Lepaih tu aa.... lia punyia jantan mai ameklah" Ah Ngee makin galak memberi penerangan dalam loghat Utara telo cina. "Pagi pukui sblas duablas lia hantaq itu amoi pigi keja.... amoi keja lebe-kurang duablas jam saja" 

"Itu jantan dia punya barua ka? Apa? Pimp.. pimp?" balas aku, nak tunjuk akupun bijak cepat tangkap maksud ceritanya.

"Talaklah......!!!" sergah Ah Ngee geram dengan soalan bodoh aku. "Itu aa.... olang pangge ayam punya jantan. Bukan pimp" tingkah Ah Ngee membodohkan aku. Aku hanya diam, dia terus menambah

"Ini jantan aa... itu ayam bela sama lia..... lia sevis itu ayam. Lia dudok sama itu ayam... hantaq amek itu ayam keja. Jadi draiber. Duitka... keleta ka.... sewa lumahka... itu ayam kasi lia. Semua ayam belanja" terang Ah Ngee panjang lebar.

"Tapi itu jantan aa... betoi-betoi dia punya keja aa.... lepaih itu ayam balik lumah.... itu jantan misti mau hantam... mau tutoh sama itu amoi" Ah Ngee terus memberi penerangan pada aku.

Aku menyampuk "Dia punya kastumer sudah hantam sama dia. Bukan satu orang oo..... banyak orang. Apa pasai mau bela jantan... Jadi bodigad oklah" balas aku.

"Yu apa taaaauuu...." Ah Ngee perli aku untuk merendah-rendahkan pengetahuan aku sambil meneguk habis teh tarik. Akupun terikut, dengan menyedut perabih teh ais yang berbaki dalam gelas.

"Yu tau ka? Lia punya kastumer hantam aa..... semua mau sendili habih talak peluli itu ayam. Ada aa... belapa second sudah kowtim. Slalu aa.... itu amoi talak habih ... talak finish" terang Ah Ngee dengan mata terbeliak-beliak dan air hujan mencurah-curah. Ada air hujan yang termasuk dalm gelas minuman aku. Nasib baik aku dah habis minum.

Sambil mengangkat punggung Ah Ngee berkata "Itu jantan kasi kawtim.... kasi dia habih... kasi dia finish game to compensate all the games. Yu tau ka apa wa cakap?" Ah Ngee seperti mengajar aku. Aku buat toya. Dia tanya biaq dia jawab.

"Senang celita CUCI MANGKOK lah!!!" kata Ah Ngee sambil menghala ke kaunter bayaran.

                                                 -----------------------------------

Jadi hari tu aku dapat satu pelajaran lagi. Mungkin pelajaran ini tak pernah diambil tahu olah golongan-golongan seperti Syeikh Besar PAS dan Syeikh Tantawi. Bagi mereka pelajaran ini membawa kepada amalan maksiat dan kekufuran. Tetapi pelajaran yang aku dapat ini sepuluh tahun kemudian aku dapat kaitkan dengan Kerajaan Perpaduan dan Wacana Ilmu. 

Jika ada hubungan PAS dan UMNO melalui UG, Wacana Ilmu atau apa nama sekalipun, aku takut PAS hanya jadi JANTAN PENYEDAP JALANG (JPJ) yang kerja CUCI MANGKOK saja kepada UMNO.

 

 

Ahad, 12 Julai 2009

SYEIKH TANTAWI LAGI.....

Aku pernah tulis surat terbuka kat Syeikh Nasrudin Tantawi (KP PAS) iaitu Kepada............Jangan Hampiri Zina dan aku selalu kutuk dia. Blog dia, aku dan rakan-rakan lain kacau, bagi komen sampai dia tukar setting kepada "Comments on this blog are restricted to team members". Sebelum tu aku kutuk dia di sini.  Aku cuma nak tegur dia tapi kasar sikit. Supaya dia tak teruskan niat dia dan rakan-rakannya untuk mengadakan hubungan dengan Umno, biar dalam apa bentuk dan kaedahpun. Wacana Ilmu ke apa ke...... Itu bulls**t. Bodoh dan bangang.

Tugas dia ialah menguatkan Pemuda PAS dan mantapkan Pemuda PR. Adakan pertemuan berkala dengan pemimpin Pemuda PKR dan DAP serta parti sahabat seperti PSM, MDP dan PRM. Tubuhkan jawatankuasa kerja dll. Buatlah wacana ilmu ka apa ka dengan depa. Itu tugas hakiki Sheikh Tantawi. 

Anggap Umno dan BN adalah musuh yang wajib diperangi. Wajib dikalah dan dihapuskan. Tiada belas kasihan pada mereka... No Mercy.... Inilah berpolitik. Politik adalah ibu segala peperangan. Peperangan timbul apabila persetujuan politik tidak tercapai. Jadi apabila musuh lemah dan tak mahu serah diri mesti dihapus semuanya tanpa tinggalkan saki baki. Ini tidak, nak selamatkan musuh pulak dengan mengenepikan rakan-rakan yang membantu dalam pertempuran.

Logiknya, PAS dan PR tidak perlu risau. Penyokong Umno dan BN akan berduyun-duyun menyertai dan menyokong parti-parti dalam PR selepas Umno dan BN hancur. Ini adat berperang. Masa tu tarbiyahkan merekalah. Apalah Syeikh ni...... Tu pun tak boleh pikiak!!!

Kata orang Sheikh Tantawi ulamak hebat. Seperti kata ManjungMari, ada title kat hujung nama, seperti Daud Iraqi, tak macam Presiden dan Mursyidul Am. Tentulah Syeikh Tantawi banyak ilmu sehingga memenuhi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Aku hanya berhujah menggunakan logik sendiri seperti yang dikomen penyokong Syeikh Tantawi.  Begini komen penyokongnya:-

Tanpa Nama berkata...

aduh..semua komen guna logik sendiri...bukakla minda sikit..tunjuk laa diri ni berilmu..jangan hanya pandai menulis..tp tak dak menampakkan spt org yg berilmu..islam tu luas..cabang ilmu nya banyak..saudara p la mendalami betul2..pikirla betul2 kenapa kadang2 ulamak ni cuba utk berbuat camtu..jgn asik nk kondem saja..jgn asik nk pikir yg kita ni betul...beza antara kita ngan dia pun dah jauh..ulamak ni buat keputusan berdasarkan banyak cabang ilmu..yg kita ni wat keputusan ikut apa yg kita rasa saja..jd sblm tulis tu..pikiaq betul2..jgn sampai jd fitnah..ni ramai org baca yg hg tulis nih..kalau apa yg hg tulis ni jd fitnah..dah mati nanti hg nak jawab camna??? fikirla kawan..jgn ikut perasaan sangat..
2009 Julai 10 00:05

 

Ya sheikh..... logik itu bukankah salah satu cabang ilmu. Kalau tak silap Ilmu Mantik. Politik mesti logik. Berhujah mesti logik. Berceramah lagi kena logik. Pengundi bukan nak dengar berjela-jela alasan dan hujah walaupun dipetik dan ditelaah beribu-ribu kitab dari Mesir. Bukan mereka hadiri kelas ilmu usul dan tauhid. Pengundi nak tau mengapa PAS lawan Umno? Bolehkah PAS ganti Umno? Apa corak pemerintahan bila berkuasa? Macam-macam lagi. Tingkatkan keyakinan pengundi pada PAS dan PR. Tapi yang Syeikh buat sebaliknya.

Pengundi yang benci dan meluat kepada Umno bukan nak dengar cerita Pas akan selamatkan Umno kalau Umno nazak. Atau PAS masih sayangkan Umno kerana mereka parti orang Melayu dan Islam.  Kalau begitu lebih baik mereka undi BN. Tak payah berembun beratap langit dengar Syeikh-syeikh PAS kelentong dalam ceramah. Tak payah lagi pengundi hulur derma kapada PAS semasa tabung bergerak dalam ceramah. Itu semua buang masa, tenaga dan duit pengundi. 

Sejak golongan syeikh-syeikh menguasai PAS, aku akan kecilkan skop aku dalam memerhati tingkah laku dan tindakan mereka. Apa yang tak kena aku akan bantai..... Aku bukan tak hormat mereka, tapi demi meningkatkan penghormatan orang ramai dan penyokonglah aku buat begini.