Sabtu, 17 September 2011

HINDRAF Dah Saman British... Melayu & Raja-raja Melayu Tunggu Apa lagi?

Profesor Kangkong Zainal Kling dan seorang lagi profesor kangkang yang berlainan jantina telah bermati-matian mengatakan bahawa negara ini tidak pernah terjajah dan British berada di Tanah Melayu sebagai penasihat sahaja. Hal ini disokong pula oleh seorang India Muslim yang pernah menjadi Perdana Menteri iaitu Mahathir Mohammed Iskander Kutty, MBBS.

Aku sokong mereka sekiranya isu penjajahan ini dilihat dari sudut undang-undang yang dipaksakan British di Tanah Melayu. British yang lebih bijak dari Raja-raja Melayu telah memperkenalkan pelbagai istilah untuk mengambil hati anak jajahannya, di mana negeri yang dijajah dikenali sebagai Koloni British seperti Penang, Singapura dan Melaka manakala negeri lain adalah naungan British.

Kalau kita ambil hujah mereka bahawa negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah secara langsung, maka British telah campur tangan atas pemerintahan negeri-negeri ini tak kiralah Negeri Melayu Bersekutu ataupun Negeri Melayu Tak Bersekutu. British telah memaksa undang-undang mereka, sistem pentadbiran, sistem sosial dan kaedah ekonomi ciptaan mereka diguna pakai di Tanah Melayu. Tak cukup dengan itu kaum lain dibawa masuk sebagai pendatang untuk tinggal di negara ini demi kepentingan ekonomi British.

Kalau mengikut hujah-hujah berikut:-

i.  India Muslim Past PM Mahathir Mohammed Iskander Kutty MBBS berkata, "bahawa Malaysia tidak pernah dijajah British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah mereka itu adalah pemerintah sebenar berbanding raja-raja Melayu" dan "British telah  bertindak seolah-olah kita dijajah".

ii.  Profesor Kangkong Zainal Keling pula berkata:- 

  • walaupun colony dan protectorate adalah berbeza tapi kesan dari pentadbiran protectorate adalah juga penjajahan
  • ahli undang-undang seperti Roland Bradell melihatnya seperti "breach of trust" (pecah amanah)
  • ahli sejarah seperti R. Emerson melihatnya "indirect rules" (pemerintahan taklangsung).
Oleh itu Raja-raja Melayu, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri, Perkasam, NGO-NGO Melayu dan para bijak pandai perlulah mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan ke atas bekas penjajah iaitu Kerajaan British dengan menyaman dan menuntut ganti rugi sebanyak mungkin di mahkamah British atau mana-mana mahkamah dalam dunia ini.

Lagi satu, HINDRAF telah buat tuntutan saman di Mahkamah Keadilan Di Raja, London dengan menuntut sebanyak US$4 Trilion atau US$1 juta dari Kerajaan British untuk tiap-tiap orang keturunan India di Malaysia. Past PM Mahahir Mohammed Iskander Kutty, MBBS adalah termasuk dalam golongan ini dan dia juga akan dapat duit jika tuntutan ini berjaya.... ha ha ha 

Orang Melayu kalau tak berani saman British, sila kerat telor masing-masing bagi kat anjing.

Jumaat, 16 September 2011

Hassan Ali Keluar PAS...?

Diberitakan bahawa Hassan Ali, PhD, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Gombak Setia akan meninggalkan Parti Islam Se Malaysia - PAS. Nasib baik aku tak pernah nazar nak sembelih kambing hitam 10 ekor dan satu "sia" korma kambing hantar kat Hj Hadi. Kalau tidak kopak juga duit aku.

Tak taulah dia nak jadi bebas mesra BN ataupun terus masuk UMNO Jahanam. Cerita ni aku kutip dari Tukar TiubEPG dan Umno is Dead....

Lantak dialah. Hassan Ali ni memang selalu buat perangai. Aku dari dulu tak percaya kat dia dan antara pemimpin PAS yang aku meluat dan paling benci.

Lepas ni dia jadi jurucakap MAIS & JAIS

Khamis, 15 September 2011

Kenapa Orang UMNO Suka Bersumpah?


“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
"Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Rumah Mejar Jeneral Pencen

Isnin, 12 September 2011

Ahad, 11 September 2011

Soalan Bocor Periksa PTK Untuk Penguasa Kastam W48 KDRM



Mat Sabu Naikkan Pangkat 30,000 Anggota Polis....

Mat Sabu bagi popular Mat Indera. Peristiwa Bukit Kepong tunjukkan anggota polis dan home guard masa tu cuma kuli pedukang mat saleh saja. Depa bukan penjuang yng pertahankan negara. Depa cuma mata-mata yang makan gaji sebab perangai melayu harapkan makan gaji dengan gomen. Tak kiralah gomen tu mat saleh punya.

Isu Mat Indera jadikan Najib gabra. Jadi dia suruh Ketua Polis Negara Ismail Omar yang jenis melayu bodo piang kaki bodek penaik pangkat 30,000 orang anggota polis dari lans koperal ke koperal.

Awat anggota polis ni rajin kerja ka? Atau umno jahanam harap undi depa. Anggta polis yang kaki makan rasuah memang penyokong setia bn dan umno jahanam. Tak naik pangkatpun tak pa. Depa boleh kutip duit tepi jalan.

Apapun anggota2 polis ni semua kena berterima kasih banyak-banyak dengan Mat Sabu. Depa kena buat majlis macam di bawah. Buat upacara Mat Sabu pakaikan pangkat depa....


30,000 naik pangkat




Ismail Omar (dua dari kanan) bersama Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (tiga dari kiri) berbual pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.

"Kenaikan pangkat anggota yang ramai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan lans koperal tetap, sokongan dan lans koperal Orang Asli.

"Perdana Menteri selain itu turut meluluskan proses kenaikan tanpa temuduga tetapi anggota perlu mengikut syarat lain, termasuk tempoh tetap berkhidmat sebagai lans koperal iaitu selama lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, di sini.

Ismail memberitahu, kelulusan tersebut juga satu kejutan buat PDRM kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

Katanya, berikutan itu, anggota-anggota yang telah dan akan dinaikkan pangkat perlu bekerja keras dalam menjaga keselamatan negara.

Menurutnya, pada Julai lalu, seramai 1,294 anggota polis berpangkat lans koperal telah dinaikkan kepada koperal.
Berita baik untuk anggota PDRM itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pelarasan kenaikan gaji dan elaun pada Februari lalu.

Dalam pengumuman tersebut, seramai 98,747 anggota dan pegawai telah menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.