Jumaat, 1 Julai 2011

Inilah Puncanya Mata-Mata Dah Jarang Ronda Kawasan Perumahan...

Aku dah tau pasai apa mata-mata dah jarang nampak dok ronda dengan motor atau kereta dekat kawasan perumahan yang aku dudok. Depa dok ligan benda lain. 

Mata-mata cabok ikut arahan pegawai ada paku ataih bahu, yang ada paku ataih bahu dengaq kata pegawai pakai kraun berpaku ataih bahu. Depa ni pulak memang dok bodek habih pegawai tinggi yang ada bintang ataih bahu. Yang ada bintang dok gosok pungkok orang politik berkuasa. Pakat-pakat boleh habuan masing-masing, macam di sini...... 

Itu sebab depa dok ligan dan tangkap orang pakai baju kuning. Sampai buta bijik mata tak kenai Wakil Rakyat - Ahli Parlimen dan ADUN yang menjalankan tugas. Cuba kalu ganggu tugas mata-mata apa jadi? 

Ni dia punca mata-mata tak ronda.......



Khamis, 30 Jun 2011

Serah Stesen Keretapi Tanjong Pagar Adalah Pelengkap Pengkhianatan UMNO.

Malam ni jam 11 malam tren terakhir bertolak dari Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura. Sultan Johor akan berada di tempat pemandu. Esok Stesen Tanjong Pagar tutup dan diserah kepada Singapura. Ini tandanya lengkaplah siri penyerahan Pulau Singapura oleh orang Melayu kepada bangsa lain. Lengkaplah pengkhianatan UMNO.

Stesen Tanjong Pagar

Dulu Sultan dan Temenggong yang serah Pulau Singapura kepada Raffles. Kemudian selepas merdeka dan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah bercantum dan bentuk Malaysia dalam tahun 1963, selang 2 tahun Tunku Abdul Rahman pemimpin yang kononnya pandai telah bagi saja Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Kini pemimpin Umno jugak, tapi cerdik sikit (itupun mungkin bini dia yang ajar) di mana tanah Stesen Keretapi di Tanjong Pagar, Singapura termasuk juga Bukit Timah dan tanah landasan keretapi sepanjang dari Woodland ke Tanjong Pagar di serah kepada anak Lee Kuan Yew untuk ditukar dengan beberapa keping tanah sekangkang kera. Itupun kena kongsi dengan Singapura. Baca KTMB Says Goodbye to Tanjong Pagar........

Inilah hebatnya pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Dollah Badawi dan Najib Tun Razak termasuk raja-raja Melayu dulu yang berpandangan jauh. Mereka nak Singapura maju. Itu sebab mereka serah Singapura pada British dan orang Cina tempatan (Singaporean).

Pemimpin Pakatan Rakyat tak tau buat itu semua. Mereka tau pakai baju kuning dan Bersih saja. Jual negeri dan bagi negeri kat orang, pemimpin PR tak reti.