Jumaat, 12 Mac 2010

Sokonglah Ibrahim Ali....!!!

Kita semua patut sokong Ibrahim Ali kerana dia anti Cina. Dia bela Melayu. Dia satu sen pun tak pernah makan hasil dari Cina. Semuanya hasil usaha titik peluh dia.

Ibrahim Ali juga memang tidak pernah terlibat dengan Cina dalam apa bidangpun. Samada bidang korporat, sosial mahu pun politik. Itu sebab berbondong-bondong anak muda daftar masuk Perkasa. Kalau tak percaya tengok di sini.....

Ini Bakal Puteri UMNO Kot?

Depa ni mungkin bakal Puteri UMNO kot?

Ibu dibelah lima pelajar perempuan depan anak

PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.
Zatul Bazamah Zainal Abidin, dikatakan ditendang, dipijak dan rambutnya ditarik oleh kumpulan pelajar terbabit hampir setengah jam sebelum kejadian itu dileraikan tiga anggota polis yang tiba sebaik menerima panggilan orang ramai. Berikutan kejadian itu, Zatul Bazamah yang mengalami kesakitan di seluruh badan, membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

baca seterusnya di sini....

Khamis, 11 Mac 2010

Dah Tua Pencen Dudok Diamlah...!!!

Orang tua ni dari Sarawak. Mantan Gabenor, Ketua Menteri dan Menteri Persekutuan dah lama pencen. Dulu gadoh dengan anak penakan dia yang la ni jadi KM Sarawak.

Masa dia tak baik dengan anak penakan dia, dia cuba jatuhkan anak penakan tapi failed. Lepaih tu dia dudok diam saja macam tak ambik tau hal politik. Dengaq habaq dia dok mengajaq mengaji. Salute jugak aku kat dia masa tu.

Baru-baru ni dah berbaik balik dengan KM tu. Aku ingat dia berbaik dengan anak penakan tu biasalah dia dah tua elok bermaaf-maafan sebelum pejam mata. Umurpun sesuai hapai jawapan bagi soalan dalam kuboq.

Tak sangka pulak bila dia baik dengan anak penakan dia balik, timbui jugak perangai tipikal bekas pemimpin BN. Perangai suka sembunyi kebenaran, menegakkan benang basah dan tidak mengaku kesalahan. Atau dia hampir hilang ingatan... nyanyuk... senile.... pelupa!!!

Mamak Hidung Besaq Kuat Belit & Kelentong

Mamak kalau berasa dia pandai sikit, dia akan kuat belit dan kelentong. Tambahan pulak dia punya kelentong orang percaya. Mau pulak dia mengaku Melayu lepaih tu dia mesti tunjuk dia lebih Melayu dari Melayu. Biasanya mamak jenis Hidung Besaq.

Jaga-jaga mamak jenis ni. Dulu ada satu mamak perintah Malaysia 22 tahun.... lama tu lebih dari 20 tahun. Dia yang banyak merosakkan tanah ayaq aku. Last-last yang kita tau anak-anak dia kaya-raya dan ada yang kalah bertanding tapi jadi Timbalan menteri. Mamak ni hidung besaq.


Semasa hangat isu rampasan kuasa di negeri Perak, timbul pulak sorang loyar mamak hidung besaq. Dalam kes melibatkan pertikaian kerajaan Perak, loyar ni boleh kata sentiasa menang kes. Bukan dia pandai tapi dah dia loyar UMNO, kes yang tentu kalah pun menang! Orang cacat down syndrome kalau mewakili Umno pun boleh menang kes (maaf bukan bertujuan utk menghina orang cacat). Itu sebab aku tak heran dengan loyar hidung besaq ni. Dia tak boleh megah.

Bila baca apa yang dicakap oleh mamak loyar hidung besaq sekoq ni aku tau dia dah mulakan peranan dia. Lihat..... sini.....

Rabu, 10 Mac 2010

Harussani Bakal Syeikh Al Azhar

Sekiranya Unversiti Al Azhar terletak di Pekan, Pahang; Syeikh Harussani Zakaria tentu calon utama untuk dilantik menjadi Syeikh Al-Azhar. Sekiranya dia menjadi Syeikh Al-Azhar fatwa pertamanya tentulah:-

  • PAS adalah sesat kerana mengutamakan orang kafir (DAP) dan fasik (PKR) daripada orang Islam yakni UMNO.

  • Ustaz Ahmad Awang telah murtad kerana menolak menubuhkan kerajaan Melayu Islam di Negeri Perak tetapi dengan rela hati menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama orang kafir iaitu DAP dan orang fasik iaitu PKR.

  • Haram menjadi ahli dan menyokong PAS, sesiapa yang berbuat begitu adalah berdosa besar dan tidak mencium bau syurga.

Itu kalau dia jadi Syeikh Al-Azhar, jika Universiti Al-Azhar tu ada kat Malaysia. Tapi kenyataannya bukan begitu. Jadi Mufti kat Perak nipun sebab ihsan saja. Dia cuma boleh berangan sajalah......

Solat Hajat: Mohsin Disaran Beli Insurans

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dinasihatkan untuk membeli insurans ke atas dirinya sebagai perlindungan untuk masa depan dia dan anak isterinya. Ini kerana ditakuti dia akan ditimpa bala bencana seperti 'mulut herot', perut kembung, telinga keluar nanah tanpa henti, gout pecah, sakit hati dll.

Solat hajat terhadap Mohsin Sabtu ini
Jimadie Shah Othman
Mac 10, 10
3:08pm

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini.

Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan.

Malah, tambah Ahmad, Mohsin juga sudah seminggu tidak dapat dihubungi melalui talian telefon bimbitnya.

“Saya hari ini pun ada SMS pada beliau. Tetapi tidak berjawab,” katanya menjelaskan tindakan lanjutnya setelah membuat amaran tersebut pada Khamis lalu - sehari selepas Mohsin mengiystiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad bagaimanapun berkata, beliau masih boleh mempertimbangkan membatalkan program tersebut walaupun dihubungi Mohsin di saat-saat akhir.

“Kalau nanti beliau SMS kata setuju (dengan syarat saya), tak perlulah buat, Tetapi macam saya kata dulu, beliau mesti iystiharkan (pendiriannya) pada orang ramai melalui media,” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS negeri.

Ahmad berkata, solat hajat itu akan diadakan di pusat pengajian agama yang diasaskannya di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak.

“Di tempat itulah beliau (Mohsin) mula-mula diperkenalkan kepada pengundi,” katanya.

Setakat ini, Ahmad menjangkakan sekurang-kurangnya 600 muridnya akan turut turut serta dalam solat tersebut.

Penyokong PAS dari kawasan berdekatan Bagan Serai, seperti Kuala Kangsar dan Parit Buntar, juga akan turut menyertainya, tambah beliau.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Mohsin setakat ini masih belum berhasil.

ZULKIFLI NORDIN SEPUPU AKU....!!

Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru tu sepupu aku! Betoi ka atau aku mimpi ka? Kalau dia sepupu aku, mesti dia anak mak penakan atau pak penakan aku. Mak penakan atau pak penakan aku tentunya adik, abang atau kakak mak atau pak aku. Kalau dia sepupu aku tentu dia satu tok dan tok wan dengan aku.

Kalau dia sepupu aku dia tentu segagan dengan aku, dia mungkin muda sikit atau tua sikit dari aku. Kalau segagan tentu masa kecik-kecik kami pernah main polis sentri, kayuh gerek keliling kampung dan mandi sungai bersama sepupu lain. Tentu aku dengan sepupu lain tau baik buruk perangai dia.

Adakah semasa bermain, orang lain kena ikut cakap dia saja dan dia pulak tak mau dengaq cakap orang lain. Adakah dia sentiasa nak jadi ketua walaupun ada ramai lagi sepupunya yang lebih bijak dan pandai macam aku. Adakah dia suka buat hal dengan pupu-pupu dia, kendian kalau kena marah merajuk tak mau main.

Tapi kalau tengok perangai Zul KBB ni aku rasa kalau musim cuti sekolah, mak bapak dia hantaq dia balik kampung rumah tok wan tentu dia kena pulau dengan sepupu-sepupu yang lain. Dia tentu nak perhatian lebih dari tok wan dengan tok. Dia juga tentu kaki mengacum perangai sepupu lain. Perangai buruk tu tentu dah ada masa kecik lagi.

Kalau Zul KBB ni sepupu aku, masa kecik-kecik dulu dengan perangai buruk dia tentu aku dah luku-luku kepala dia biaq benjoi dan bengkak. Kalau tidakpun tentu aku dah jentik hidung dan pulaih telinga dia. Dia tentu tak boleh tunjuk ketegaq dengan aku.

Kalau tengok la nipun boleh tau. Dia loyar cabok tak laku. Nak cari populariti, dia timbui dalam tim pembela Anwar Brahim dalam kes liwat zaman Mamak Peraun. Dok tebai muka tempek kulit babi mengaku konon salah sorang loyar yang Anwar Brahim lantik.



Kalau dia sepupu aku, masa dia dok buat perangai dalam PKR aku dah pi rumah dia. Aku sebagai sepupu dia yang bijak, hebat dan kaya, akan bagi nasihat kat dia. Tapi kalau dia ketegaq juga tak mau dengaq nasihat aku sampai 2 kali, kali ke-3 pi rumah dia tentu aku maki dia kaw-kaw punya. Lepaih tu rumah akupun aku tak bagi dia pijak. Jijik. Kotoq. Pasai dia perut busuk tak dak akai.

Kalau Zul KBB ni sepupu aku, aku jugak tentu pi jumpa mak penakan dan pak penakan aku (mak pak dia lah), aku nak tanya depa satu soalan.

Soalannya "Zul ni anak makcik pakcik betoi ka? atau makcik pakcik kutip anak sapa-sapa bela bagi besaq? Pasai adik-beradik kami dan anak cucu tok wan dan tok tak dak perangai macam ni"

Tu kalau Zul KBB sepupu aku. Ni bukan. Kalau sepupu sungguhpun aku tak mengaku dia sepupu aku. ZUL BUKAN SEPUPU AKU.


Isnin, 8 Mac 2010

AWAT JADI MACAM NI?

Aku dok tengok berita dalam paper online. Berita ni dalam utusan tak dak pun. Jumpa di Berita Harian dan NST Online.

Tengku Anis tiada hak elak hadir prosiding

KOTA BHARU: Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, tidak mempunyai sebarang keistimewaan di sisi undang-undang untuk mengelak daripada menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Syariah.

Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, berhujah bahawa Tengku Anis selaku defendan dalam perbicaraan saman giliran bersama suami serta notis tunjuk sebab hak lawatan itu, adalah hamba Allah yang turut tertakluk kepada undang-undang.

Lantas, beliau mempersoalkan, apakah disebabkan status defendan sekarang (Tengku Anis dan pembantunya) maka tidak perlu hadir walaupun sudah diarahkan mahkamah berbuat demikian.

"Defendan tidak hadir tanpa sebarang sebab (pada prosiding hari ini) sedangkan mahkamah sudah mengeluarkan perintah hadir kepada mereka sebelum ini.

"Apa bezanya defendan dengan anak guam saya (Elia Suhana), semuanya hamba Allah. Semuanya sama di sisi undang-undang," hujahnya ketika prosiding saman mendapatkan giliran sama rata terhadap suaminya dan notis tunjuk sebab hak lawatan Elia Suhana terhadap Tengku Anis serta dua lagi defendan iaitu pengawal peribadi baginda, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussien Merican, semalam.

Prosiding semalam berlangsung di hadapan Hakim Tinggi Syarie, Mohamed Yusoff Awang, menyaksikan tiga defendan yang diwakili Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari, tidak hadir.

Elia Suhana yang hadir mengikuti perbicaraan semalam seawal jam 8 pagi dan kelihatan tenang dan duduk bersebelahan dengan peguamnya, Fakhrul Azman.

Pada 21 Februari lalu, Mohamed Yusoff memerintahkan Tengku Anis dan dua defendan hadir di hadapannya bagi memberi tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah itu yang membenarkan Elia Suhana melaksanakan perintah ex-parte yang dikeluarkan pada 4 Februari lalu.