Khamis, 17 Disember 2009

Kaki Dangdut Yang Pilih AJK Masjid Di Perak

Salam Maal Hijrah 1431. Bila cerita tentang hijrah.... tentu ada sangkut-paut dengan masjid.

Perlantikan AJK Masjid dalam Negeri Perak bukanlah dibuat dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli kariah masjid.

Tetapi dilantik oleh sekumpulan orang yang terdiri dari Orang Besar Jajahan (OBJ - entah apa kerja dia, DO dah ada - mungkin kepala pembodek raja peringkat daerah kot?), Penyelaras Masjid Daerah (bolehlah - kena dengan kerjanya) dan Penghulu Mukim (ini pegawai kerajaan taraf 'Penolong Pegawai' - kebanyakan barua UMNO).

Senarai AJK selalunya direkomen oleh UMNO melalui Ketua Kampong. Ketua Kampong tentunya pemimpin pedukang UMNO cawangan. Tapi yang paling berkuasa Ketua UMNO Bahagian.

Lihat contoh di sini. Jabatan Agama (JAIP) tak boleh ubah senarai. Depa marah. Depa kata belakangkan senarai Nazrin Shah pekenan!!

Kesian kat masjid-masjid di Perak...... kaki putar alam, kaki dangdut dan kaki botol yang pilih AJKnya. Patutlah kegiatan-kegiatan masjid di Perak lebih ketat dari masjid-masjid di Republik Rakyat China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.