Rabu, 3 Mac 2010

Apabila Gaji Mufti Dibayar oleh Pembayar Cukai Non Muslim dan Cukai Dari Rumah Urut, Bar dan Penjual Daging Babi?

Ketuanan Melayu adalah haram. Kemudian mereka menggunakan undang-undang haram seperti ISA untuk menegakkan perkara yang haram. Ini seperti mencuci daging babi dengan minuman keras sebelum melahapnya. Dapatkah tindakan 'mencuci' daging babi dengan minuman keras menjadikannya halal untuk dimakan?


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad telah melabel Muslim yang siuman yang membuang bayi sebagai murtad.

Tindakan tidak berperikemaknusiaan mereka adalah sama dengan menyetujui apa yang dilarang oleh Islam, katanya, menambahkan bahwa pembunuhan itu dilarang dan merupakan dosa dalam Islam.

"Meskipun mereka adalah muslim, mereka membunuh kerana mereka gagal untuk mengawal emosi mereka dan hal ini akibat dari melakukan dosa masa lalu mereka yang melakukan perzinaan," katanya kepada Bernama setelah menghadiri muzakarah (dialog) yang berjudul "Memperkasakan Undang-undang berkaitan Islam" (Empowering Islamic Law) di sini hari ini.

Dia juga menyarankan generasi muda untuk menjadi lebih berpengetahuan dan berpegang pada ajaran-ajaran Islam untuk menghindari mengikut desakan hawa nafsu.

Sementara itu, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya Datuk Dr Abdul Monir Yaacob mengatakan penurunan nilai-nilai institusi keluarga menyebabkan gejala pembuangan bayi.

Dia merujuk pada kes baru-baru ini di mana mayat bayi yang baru lahir ditemui rentung di Kuala Krai, Kelantan.

"Mungkin, mereka tidak memahami pentingnya anak dalam sebuah keluarga dan ini adalah langkah awal untuk kegiatan-kegiatan tidak bermoral.

"Mereka mungkin juga merasa bahawa anak itu tidak dapat diterima oleh orang ramai dan dibebani oleh rasa malu," katanya.

Ketika ditanya apakah kejahilan yang menyebabkan umat Islam melakukan tindakan seperti itu, Dr Abdul Monir, yang juga ahli Majlis Agama Islam Pahang, mengatakan:

"Kejahilan bukan istilah yang tepat, kerana mereka sedar bahwa Islam menganggap tindakan mereka sebagai salah dan dosa."

Dalam hal berkaitan, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Ali dari Pusat Pemikiran Dan Pemahaman Islam Universiti Teknologi Mara, mengatakan satu mekanisma perlu diterapkan untuk menyorot kesan-kesan kegiatan seks bebas.

"Kita tidak boleh mengubah apa yang terjadi. Hal ini tidak bererti saya mendukung kegiatan seks bebas, tetapi penting bagi mereka untuk tidak membuang atau membunuh bayi-bayi mereka sendiri," katanya.

Dia menambahkan bahawa meskipun bayi lahir di luar perkawinan, ibu perlu belajar bagaimana untuk menerima anak dengan bantuan dari badan sosial. - Malaysia Digest

*************************************************

Aku suka Mufti Pulau Pinang. Dia jauh lebih baik daripada Mufti Perak yang hampir memulakan perang ketika ia melaporkan bahawa ratusan Muslim yang akan dimurtadkan menjadi Kristian di gereja tertentu. Mengapa ia tidak dikenakan dakwaan untuk hasutan atau jenayah memfitnah seperti saya. Kalau memang saya yang melakukannya, akan ada banyak dakwaan menunggu saya.

Selama bertahun-tahun saya telah mengatakan kepada orang Melayu apa maksud menjadi seorang Muslim. Balasan yang saya dapatkan adalah laporan polis yang dibuat terhadap saya dan posting di Malaysia Today meminta saya untuk 'pergi belajar lagi' sebelum saya berbicara tentang Islam.

Apa perlu untuk belajar lagi, dengan anggapan saya harus pergi belajar lebih banyak? Adakah maksudnya kita perlu belajar di Iniversiti Islam untuk memahami apa yang benar dan apa yang salah? Maksud anda orang-orang Cina yang pergi ke sekolah Cina tidak mengerti apa yang benar dan apa yang salah kerana mereka tidak belajar di Universiti Islam atau belajar bahasa Arab?

Perhatikan kata kunci yang digunakan oleh Mufti Pulau Pinang: Murtad. Ini bererti umat Islam ini tidak lagi Muslim. Mereka telah meninggalkan Islam.

Dan mengapa mereka meninggalkan Islam? Kerana mereka mengizinkan (mengesahkan, bersetuju, dll) apa yang Islam larang, jelas Mufti.

Baiklah, mungkin Mufti sedang berbicara tentang masalah yang dihadapi umat Islam iaitu membuang anak luar nikah atau anak haram. Itu khusus pada masalah ini. Tapi hal yang sama berlaku untuk semua tindakan-tindakan lain juga.

Tok Guru Abdul Rahman Pattani, yang saya telah berbicara tentangnya sebelum ini, Tok Guru Abdul Hadi Awang, yang saya juga menghabiskan waktu bersamanya untuk belajar lebih banyak tentang Islam, Haji Awang 'Tukul Besi' (Iron Hammer) dari Batu Enam Kuala Terengganu, Haji Abbas Khatib Muhammad Kuala Ibai, dan sebagainya, semua mengatakan hal yang sama.

Dan apa yang mereka katakan?

"Kita tak boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal."

Hal ini diterjemahkan seperti: kami tidak dapat membolehkan (halal) apa yang dilarang (haram) dan melarang (haram) apa yang diperbolehkan (halal). Dan ini adalah maksud kata Mufti Pulau Pinang. Jadi, dia juga mengatakan apa yang lain berkata: sekiranya kita meizinkan apa yang Islam larang, atau sebaliknya, menjadikan kita murtad - kita tidak lagi Muslim.

Mereka menjelaskan bahawa jika kita engkar apa Quran katakan dengan perbuatan, itu akan sama saja dengan secara harfiah mengubah Quran. Seolah-olah kita telah mengubah ayat Quran dengan tangan kita sendiri. Dan itu yang membuat kita murtad.

Dan ini tidak hanya berlaku pada hal membuang bayi luar nikah atau anak haram. Ini juga berlaku untuk semua hal-hal yang Islam larang tapi anda mengizinkan, atau melarang apa yang Islam haruskan. Anda tidak dapat mengubah apa yang diklasifikasi oleh Islam sebagai halal menjadi haram atau apa yang diklasifikasi oleh Islam sebagai haram kepada halal. Halal adalah halal dan haram tetap haram. Tidak dapat ditukar sebaliknya.

Itu sangat mudah. Mudah uuntuk membuat saya tertawa. Namun ada banyak umat Islam yang mempertikai dan cuba untuk membenarkan mengapa yang halal menjadi haram dan haram menjadi halal. Dan sekarang Mufti Pulau Pinang telah membenarkan apa yang saya telah katakan bertahun-tahun: Anda tidak boleh buat begitu.

Mungkin Mufti maksudkan pada satu isu tertentu, iaitu buang bayi. Tapi hal yang sama terpakai jika kita berbicara tentang isu-isu lain juga. Ambil rasisma sebagai satu contoh. Islam melarangnya. Nabi Muhammad SAW dalam khutbah terakhir di Arafah mengingatkan umat Islam bahwa rasisma adalah dilarang. Ini adalah haram. Tapi UMNO membiakkan fahaman itu dan ada undang-undang yang memungkinkan hal itu. UMNO telah melakukan tindakan menghalalkan yang haram (melegalkan apa yang dilarang).

Bagaimana dengan rasuah? Ini sangat haram dalam Islam. Berapa banyak umat Islam solat lima kali sehari, berpuasa sepenuhnya dalam bulan Ramadhan, pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji, akan tetapi menerima suapan?

UMNO benar-benar rosak hingga tidak menjadi rahsia lagi. Tetapi 50% dari bangsa Melayu menyokong UMNO meskipun mereka tahu parti itu telah rosak. Ini menjadikan mereka pembantu rasuah (bersubahat). Dan alasan mereka menyokong UMNO meskipun berlaku rasuah besar-besaran kerana UMNO menjunjung tinggi "Ketuanan Melayu atau Malay Supremacy, itulah rasis dan kerana itu dilarang oleh Islam.

Ok, itu adalah soal menghalalkan apa yang dilarang. Bagaimana dengan melarang apa yang dihalalkan? Ini, juga dijelaskan oleh semua ulama Islam yang saya sebutkan di atas, sama-sama salah dalam Islam.

Islam membenarkan anda berbicara secara bebas, membenarkan anda untuk berkumpul dalam kelompok lebih dari empat orang (sesungguhnya, Islam mendorong hal itu), mewajibkan anda bercakap menentang kejahatan (nahi munkar), dan seterusnya dan seterusnya. Tapi UMNO melarang itu. Jika anda melakukan semua ini anda akan ditangkap atau ditahan tanpa bicara.

Di tempat pertama, Islam melarang penahanan tanpa pengadilan. Namun Muslim UMNO mendokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka mengatakan ISA diperlukan demi menegohkan Ketuanan Melayu. Bagaimana logik ini diambil kira ketika majoriti dari mereka yang ditahan di bawah ISA adalah muslim, aku tak boleh bayangkan. Tapi ini logik mereka.

Ketuanan Melayu adalah haram. Kemudian mereka menggunakan undang-undang haram seperti ISA untuk menegakkan hal yang haram. Ini seperti mencuci daging babi dengan minuman keras sebelum anda melahapnya. Dapatkah tindakan 'mencuci' daging babi dengan minuman keras itu menjadikannya halal untuk dimakan?

Bodoh punya Melayu!

Adalah baik akhirnya Mufti Pulau Pinang mengambil langkah yang berani dengan menyatakan bahawa mereka yang memperkenankan apa yang Islam larang adalah murtad. Aku berharap dia tidak terbatas hanya dalam isu buang bayi sahaja. Dia seharusnya mengambil satu langkah terakhir dengan mengumumkan bahawa semua tindakan yang memperkenankan apa yang dilarang membawa kepada murtad. Dan dia juga hendaklah menegaskan bahawa perbuatan-perbuatan itu termasuklah rasuah, rasisme, dan banyak lagi.

Maka aku akan menghormati dia 100%. Sekarang aku hanya menghormatinya 50%. Tetapi 50% adalah lebih baik daripada tidak sama sekali aku sesungguhnya tidak menghormati semua mufti lain yang menutup mulut mereka dan tidak mahu untuk mengatakan apa-apa kerana mereka ingin melindungi kedudukan mereka yang sangat baik bergaji besar. Ini adalah mufti munafik. Mereka lebih peduli dengan gaji mereka dibandingkan dengan melakukan hal yang benar.

Oh, dan apakah mereka tahu bahwa gaji mereka dibayar oleh pembayar cukai non-muslim dan dari cukai yang diperoleh dari rumah urut, bar dan penjual daging babi?


Dialih bahasa dari When Malay are not Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.