Isnin, 8 Mac 2010

AWAT JADI MACAM NI?

Aku dok tengok berita dalam paper online. Berita ni dalam utusan tak dak pun. Jumpa di Berita Harian dan NST Online.

Tengku Anis tiada hak elak hadir prosiding

KOTA BHARU: Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, tidak mempunyai sebarang keistimewaan di sisi undang-undang untuk mengelak daripada menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Syariah.

Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, berhujah bahawa Tengku Anis selaku defendan dalam perbicaraan saman giliran bersama suami serta notis tunjuk sebab hak lawatan itu, adalah hamba Allah yang turut tertakluk kepada undang-undang.

Lantas, beliau mempersoalkan, apakah disebabkan status defendan sekarang (Tengku Anis dan pembantunya) maka tidak perlu hadir walaupun sudah diarahkan mahkamah berbuat demikian.

"Defendan tidak hadir tanpa sebarang sebab (pada prosiding hari ini) sedangkan mahkamah sudah mengeluarkan perintah hadir kepada mereka sebelum ini.

"Apa bezanya defendan dengan anak guam saya (Elia Suhana), semuanya hamba Allah. Semuanya sama di sisi undang-undang," hujahnya ketika prosiding saman mendapatkan giliran sama rata terhadap suaminya dan notis tunjuk sebab hak lawatan Elia Suhana terhadap Tengku Anis serta dua lagi defendan iaitu pengawal peribadi baginda, Mohd Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussien Merican, semalam.

Prosiding semalam berlangsung di hadapan Hakim Tinggi Syarie, Mohamed Yusoff Awang, menyaksikan tiga defendan yang diwakili Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari, tidak hadir.

Elia Suhana yang hadir mengikuti perbicaraan semalam seawal jam 8 pagi dan kelihatan tenang dan duduk bersebelahan dengan peguamnya, Fakhrul Azman.

Pada 21 Februari lalu, Mohamed Yusoff memerintahkan Tengku Anis dan dua defendan hadir di hadapannya bagi memberi tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah itu yang membenarkan Elia Suhana melaksanakan perintah ex-parte yang dikeluarkan pada 4 Februari lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.