Sabtu, 12 Jun 2010

Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?

Chua Hui Meng ditarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Adalah bunyi sikit di sebelah Pakatan Rakyat. Cuma yang Chua mungkin tertanya kenapa ditarik balik gelaran. Sebabnya? Lagi satu hanya panggilan telefon dari orang istana. Biasanya nak bagi gelaran bagi surat rasmi. Tapi nak tarik call saja.

Anwar Ibrahimpun sibuk nak jumpa Sultan Johor. Nak buat apa? Dah Sultan tak berkenan, bagi balik sajalah. 

Sebenarnya, apa guna bintang kebesaran dan pingat yang diberi oleh YDP Agong, Sultan-sultan dan Gabenor-gabenor? Siap ada majlis dan keramaian lagi. Bukan kah membazir saja. Hanya penerima rasa megah. Anugerah itu kerana jasa pada rakyat atau pada parti politik atau pada Sultan? 

Biasanya doktor-doktor peribadi, doktor-doktor yang merawat Sultan ketika sakit dan doktor haiwan yang yang menjaga kesihatan kuda dan binatang peliharaan Sultan yang dapat Datuk. Kemudian ahli-ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Chua Jui Meng ketika dalam BN. Artis-artis yang terhegeh-hegeh atas pentas juga dapat gelaran.

Hakikatnya, bagi ahli politik gelaran ini semua tidak membawa apa-apa makna pun. Berapa ramai yang ada Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk yang kalah pilihanraya. Senarai yang bergelar ditolak rakyat semasa pilihanraya memang panjang. 

Bagi pemimpin Pakatan Rakyat, jadilah pemimpin politik baru yang bekerja untuk rakyat dan bukan untuk gelaran. Gelaran ini semua menjauhkan anda semua dari rakyat. Gelaran adalah penghadang antara anda dengan rakyat.

Kalau ada pemimpin PR yang serah balik bintang dan pingat secara sukarela, mereka ini akan lebih popular pada rakyat. Apa macam Anwar Ibrahim ada berani ke? Hj Hadi macam mana?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.