Selasa, 28 September 2010

BN Tak Tanding DUN Galas Demi Perpaduan Melayu...

September 28, 2010
KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.
Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama

------------------------------------------------------------

Itu permintaan pemimpin PAS yang dijangka tidak akan dipenuhi oleh BN terutamanya UMNO. Tapi bagaimana kalau UMNO tiba-tiba berfikir sebaliknya, BN tak bertanding. Bagi kemenangan pada PAS di PRK DUN Galas.  

Tujuannya mereka nak kenakan PAS dan Pakatan Rakyat. Nak tunjukkan mereka betul-betul nakkan perpaduan Melayu. Pening jugak pemimpin PAS masa tu. Mereka tunjukkan kesediaan. Apa dalih PAS pulak? Apa PAS nak jawab pada penyokong PR samada yang Melayu atau bukan Melayu?

1 ulasan:

  1. apakah ini tahap pemimpin yang mampu dilahirkan oleh pas?

    ug ug ug

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.