Stesen Tanjong Pagar |
Dulu Sultan dan Temenggong yang serah Pulau Singapura kepada Raffles. Kemudian selepas merdeka dan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah bercantum dan bentuk Malaysia dalam tahun 1963, selang 2 tahun Tunku Abdul Rahman pemimpin yang kononnya pandai telah bagi saja Singapura kepada Lee Kuan Yew.
Kini pemimpin Umno jugak, tapi cerdik sikit (itupun mungkin bini dia yang ajar) di mana tanah Stesen Keretapi di Tanjong Pagar, Singapura termasuk juga Bukit Timah dan tanah landasan keretapi sepanjang dari Woodland ke Tanjong Pagar di serah kepada anak Lee Kuan Yew untuk ditukar dengan beberapa keping tanah sekangkang kera. Itupun kena kongsi dengan Singapura. Baca KTMB Says Goodbye to Tanjong Pagar........
Inilah hebatnya pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Dollah Badawi dan Najib Tun Razak termasuk raja-raja Melayu dulu yang berpandangan jauh. Mereka nak Singapura maju. Itu sebab mereka serah Singapura pada British dan orang Cina tempatan (Singaporean).
Pemimpin Pakatan Rakyat tak tau buat itu semua. Mereka tau pakai baju kuning dan Bersih saja. Jual negeri dan bagi negeri kat orang, pemimpin PR tak reti.
Adui! Pakcik sindir yek? Depa UMNO-BN tu buat tu semua untuk kepentingan negara, depa kata. Mana ada depa jual negara, depa kata? Depa bagi free saja... Pandai sungguh depa yek? Hehehe
BalasPadamDepa paham bahasa undi atau hanya paham bila kena pelempang saja...hehe
hanz
Ada lagi penulis lupa, kelekaan sapa yang menyebabkan Pulau Batu Putih terlepas ke Singapura juga? Udara kita diceroboh 2000+ kali pun... kita masih boleh terima kenyataan Singapura yang kata "takde kita tak pernah ceroboh". Marilah kita jadi mcm pak pandir, menang sorak jer kampung takpe tergadai..... bijak... memang bijak tengok jer, naik menumpang kapal angkasa kita dah tepuk dada kata jadi angkasawan.... eh! apa jadi dgn research yg di buat tu ek? intai2 sikit....
BalasPadam