Khamis, 16 Jun 2011

Telor Pensyarah Universiti Tiba-tiba Tersentap Ke Dalam Perut

Pensyarah ini dah ketaq & kecut perut sampai teloq dia tersentap masuk perut. Nak buat macamana, orang makan gaji kat Gerombolan pulak.

Dah tercakap. Kena kata tak cakap la. Tengok laporan Malaysiakini di bawah...

Pensyarah: Suara Keadilan putarbelit kenyataan saya
15 Jun, 11 7:26pm
Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Putrajaya hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk 'Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi' dan laporan muka depan bertajuk 'Umno Putih Mata'.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR dari segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang BN, Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

"Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti Umno putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13... saya tidak kata begitu.

"Kenyataan saya telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Saya berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti saya," katanya.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, beliau masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil.

3 ulasan:

  1. Dia kena jumpa norma mat sabu untuk tarik telor dia keluar balik.

    BalasPadam
  2. Kesian kat penjarah ops pensyarah ni. Suara Keadilan macam bubuh pasir dlm kawah dia.

    BalasPadam
  3. Prof Madya Dr Samsu Adabi sebenarnya orang UMNO di fakulti pengajian islam UKM. Beliau adalah pengetua Kolej Ungku Omar. Beliau pernah buat serbuan terhadap usrah di surau kolej Ungku Omar. Ramai pelajar UKM tak puas hati especially pelajar FPI kerana paksa pergi BTN.

    Dari Pelajar UKM.

    p/s: saya terpaksa rahsiakan identiti saya kerana AUKU. SAY NO TO AUKU!!!!!

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.