Jumaat, 19 Ogos 2011

Mahkamah Rayuan & Hakim Ramly Ali Lagi?

Aku heran dengan keputusan kes kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh ni. Mahkamah Tinggi isytihar kosong. Mai di Mahkamah Rayuan depa kata tak kosong pulak. Banyak juga kes pelik-pelik macam ni, Mahkamah Rayuan macam suka dok ubah keputusan Mahkamah Tinggi. Macam ni aku yang tak sekolah undang-undangpun tau jadi hakim.

Aku sebagai rakyat Malaysia (yang bukan dapat kerakyatan pasai aku mai dari Indonesia, Burma, Filipina, Kemboja, Pakistan dan Bangladesh) aku rasa pelik. Memang pelik. Tak dak yang lebih pelik dengan keputusan kes-kes yang melibatkan BN dan UMNO Jahanam.

Lagi pelik dengan hakim-hakim yang lebih besaq dari Hakim Mahkamah Tinggi. Bila aku baca keputusan penghakiman Hakim -hakim Mahkamah Tinggi aku sebagai rakyat Malaysia (yang mak pak tok nenek aku beranak di Tanah Melayu) ni rasa betoi keputusan depa.

Tapi bila baca keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, aku pulak rasa hakim-hakim ni punya keputusan macam depa ni bukan hakim yang lebih tinggi pangkat dari hakim Mahkamah Tinggi.  Tapi lagi koman macam Majistret yang baru kerja lepas grad dari sekolah undang-undang. Ataupun Hakim Mahkamah Rayuan ni dilantik dan dinaikkan pangkat dari kalangan Hakim Mahkamah Tinggi yang cikai, penakut serta pembodek UMNO Jahanam. Atau ada tangan yang tetapkan hakim mana yang boleh dengar kes ni.

Dulu dalam kes rampasan kuasa oleh UMNO Jahanam dan pemecatan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak, Hakim Mahkamah Tinggi dah menangkan Ir Nizar. Dok esok pagi depa pi Mahkamah Rayuan jumpa si Ramly Ali sorang saja terus gantung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Pelik oooo. Sorang saja Hakim Mahkamah Rayuan boleh bersidang gantung keputusan bagi balik kerusi kat Mamak Pedukang Zamry Kadiaq.

Rayuan kes ADUN Kota Seputeh yang baloq dan pemalaih ini pun si Hakim Ramly Ali terlibat jugak. Ramly Ali jugak..... Ramli Ali jugak...


Ramly Ali
Cuba semak profil si Ramly Ali ni di sini........ Cuba tengok cerita di MK......, atau MI.....; atau Siasahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.