Jumaat, 2 Disember 2011

Calon PR Wajib Sumpah Talak @ Baiah

Apabila UMNO Jahanam hilang kuasa dan cuba untuk kembalikan kuasa mereka dan mereka gagal, maka mereka akan memberi pelbagai alasan atas kegagalan mereka. Alasan yang paling mudah adalah menyalahkan orang lain. Mereka tak pernah salah.

Dulu apabila BN kalah di Perak semasa PRU12, UMNO Jahanam berusaha sungguh-sungguh memujuk ADUN dari PAS supaya bersama-sama menubuhkan kerajaan di Perak. Tapi ADUN PAS tak setuju. UMNO Jahanam menggunakan berbagai saluran dan ramai agen untuk mendorong dan menyakinkan Wakil Rakyat PAS yang baru terpilih ini tapi usaha mereka tetap gagal.

Ada orang-orang UMNO Jahanam yang kecewa kerana UMNO Jahanam gagal membentuk kerajaan bersama PAS mengatakan Wakil-wakil Rakyat PAS ini telah berbaiah dan bersumpah sebelum menjadi calon iaitu jika mereka menang dan terpilih akan jatuh talak tiga atas isteri mereka jika mereka keluar parti. Pemimpin PAS nafi cerita ini. Cerita baiah hanya "hearsay" sampai kini.

Dalam persidangan UMNO Jahanam yang riuh rendah sekarang ini wakil Perak Shaarani Mohamad yang juga Exco Kerajaan Haram Perak bangkitkan lagi cerita ini. Beliau kelihatan seperti tidak puas hati dengan hal baiah ini. 

Bagi aku kalau betullah ada baiah atau ada bersumpah hingga jatuh talak tiga yang dibuat oleh PAS aku sokong. Ini salah satu cara menjaga wakil-wakil rakyat dari membuat kesalahan paling besar iaitu menipu parti dan pengundi mereka dengan melompat ke parti lain atau menjadi wakil bebas kononnya.

Oleh itu aku akan menjadi orang yang paling gembiri dalam dunia jika semua calon-calon Islam Pakatan Rakyat bersumpah begini apabila menjadi calon. Mereka mesti melafazkannya di hadapan para penyokong dan pengundi semasa berkempen. Biar semua orang tahu mereka telah bersumpah dan pengundi tidak perlu risau  calon-calon Pakatan Rakyat akan melompat kerana mereka telah bersumpah.

Oleh itu Anwar Ibrahim dan Haji Hadi tidak perlu runsing dan fikir kaedah membendung lompat parti. Jika dibuat maka pengundi tentu lebih yakin dengan calon-calon dan semua pemimpin PR boleh tidur nyenyak.

Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.