Selasa, 17 Januari 2012

Proton adalah Beban ke atas Rakyat Malaysia

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad atau ringkasnya Proton telah keluarkan kereta pertama iaitu Proton Saga pada tahun 1985. Sejak dari itu telah bermacam-macam model kereta yang dikeluarkan, tapi sebenarnya  kereta buatan luar negeri yang dipasang di negara ini dan dicap Proton.



Akupun tak tau kereta model apakah yang betul-betul 100% direkabentuk, dibuat, diuji dan dipasang di Malaysia. Proton menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kononnya. Mungkin kebanggaan Mamak Mahathir kerana dia yang merapu mengilhamkan projek bodoh yang menyusahkan rakyat ini.

Kerana Protonlah kerajaan telah menaikkan duti impot dan cukai jualan ke atas kereta-kereta impot samada pemasangan tempatan (CKD) atau siap pasang (CBU). Kereta Proton dijual mahal tapi tidak semahal kereta impot.Jadi rakyat tiada pilihan.  Proton bersubahat dengan kerajaan mengaut untung dengan menipu rakyat.

Kerana Proton jugalah kereta menjadi mahal dan rakyat Malaysia terpaksa berhutang dan bergolok bergadai untuk memiliki sebuah kereta yang sekarang ini merupakan keperluan bagi famili rakyat Malaysia. Satu masa harga kereta Proton terpakai lebih mahal dari kereta baru. Pelik...!!! Di Malaysia saja wujud kes begini.

Kerana Proton juga rakyat yang kurang mampu terpaksa membeli kereta-kereta sub-standard buatan Proton. Kereta-kereta ini diletak nilai tinggi yang tidak sepadan dengan barangan dan peralatan yang ditawarkan dan kualiti pembuatannya teruk dan kurang ciri-ciri keselamatan. Berapa ramai rakyat yang cacat seumur hidup ataupun mati bergelimpangan atas jalan raya disebabkan kualiti kereta ini.

Kerana Proton jugalah Petronas terpaksa membantu ribuan juta ringgit untuk memastikan Proton terus hidup dan Mamak tua itu telah bermati-matian menentang usaha menjualnya pada syarikat asing kerana kebanggaan Malaysia kononnya.

Pemilikan Proton telah bertukar tangan beberapa kali. Kali ini Khazanah bersetuju menjual sahamnya pada DRB-Hicom milik Syed Mokhtar Bukhari. Tak taulah berapa lama DRB-Hicom boleh bertahan. Nanti kerajaan juga terpaksa mengambil-alih kembali.

Apa Pakatan Rakyat nak buat pada Proton? Buang beban ini dari ditanggung oleh rakyat sekiranya PR membentuk kerajaan di Putrajaya. Tutup kilang Proton atau jual saja pada syarikat asing jika syarikat tempatan tak boleh mengurus dan bersaing di pasaran terbuka.

Biar Mamak Mahathir menangis tak berlagu dalam lokap mengenangkan Protonnya tak dipeduli lagi.

1 ulasan:

  1. Selepas dijual buat kali ke 2 kpd DRB-Hicom apa akan jadi? Sepatutnya tarik taraf kereta nasional sebab ia menjadi syarikat swasta sepenuhnya. Jual kpd kroni tetapi subsidi terus jalan dan pelbagai kemudahan tetap disediakan kerajaan.

    Buka pasaran kereta secara terbuka dan bersaing secara bebas.Berapa bilion telah kerajaan laburkan kpd proton bila ada untung terus jual kpd kroni tetapi bila rugi kerajaan akan bailout lagi. Senang betul berniaga sebagai kroni. Bila rugi mulalah cakap kita perlu selamatkan proton kerana maruah dan projek nasional.

    Cukuplah 25 tahun rakyat ditipu oleh proton.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.