Aku ucapkan tahniah pada semua tak kira kecik, besaq, tua dan muda yang pi Duduk Bantah di Kuala Lumpur pada 28 April lepaih. Kali ni Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain ramai turun. Bagi yang kena semboq ayaq gatai, kena katok sepak terajang dengan anggota polis dan yang kena tahan aku amat bersimpati. Anda semua HEBAT!!!! Hero!!! Yang lelaki terbukti anak jantan dan yang pompuan memang srikandi.
Cuma aku saja yang tak pi.... malu jugak aku nak mengaku. Leceh betoi. Rasa koman! Tambahan pulak dok dengaq member-member yang pi dok sembang cerita macam-macam. Aku rasa macam hilang sesuatu. Macam hilang benda. Rasa macam tak dak satu benda lah.
Aku tanya kawan aku "Leh, pasai apa bila orang dok crita pasai Bersih... aku rasa tak syok macam hilang benda?"
Kawan aku jawab "HANG TAK PI BERSIH 3.0.... memang la hang rasa benda hilang.... Cuba hang tengok dalam seluaq hang.... TELOQ HANG TAK DAK DAH HILANG KOT!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.