Kalau dia penyokong PAS, PKR atau DAP dia tentu tak gamak nak pecah rumah masuk rompak rumah emak pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.
Aku rasa penyamun sekoq ni boleh jadi ahli UMNO atau penyokong UMNO....
Ibu
kepada anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat
dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih
RM30,000 awal pagi ini.
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata
pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah
masuk ke dalam rumahnya di Jalan Baru di Balik Pulau ketika beliau
sedang nyenyak tidur.
Katanya, beliau yang tinggal
berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya
menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
"Dari
loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)... dia
ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan
rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga
kira-kira RM30,000," katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit
juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki
itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
Fatimah
kemudiannya menghubungi anaknya yang tinggal berhampiran untuk dibawa ke
Hospital Balik Pulau sebelum membuat laporan polis.
Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan keadaannya dilaporkan stabil.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata
polis menerima laporan pada pukul 6.40 pagi dan sedang mengesan perompak
terbabit.
"Polis percaya perompak itu bertindak bersendirian dan telah lama memerhatikan mangsa," katanya ketika dihubungi.
Katanya hujan lebat memudahkan perompak itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap hadapan tanpa disedari jiran.
Hatta
berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat,
jika sabit kesalahan. Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.