Jumaat, 16 November 2012

Melayu Umat Pilihan Tuhan Macam Yahudi!

Dalam tahun 1981 aku telah dipaksa sertai kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara. Masa itu BTNpun baru dua tiga hari wujud bawah Jabatan Perdana Menteri. PM pulak Mamak Pedukang Mahathir a/l Mohammed Iskander Kutty baru angkat sumpah selepas buat komplot tendang Hussin Onn.

Pelajar Melayu tingkatan 4,5 dan 6 yang kononnya ceredik dan berpotensi serta berbakat jadi pemimpin dipilih dari sekolah-sekolah tertentu untuk latihan kepimpinan kononnya! Aku ni mungkin bijak (he he) telah ditunjuk oleh guru Melayu yang jadi ejen mereka. Pengetua bukan Melayu tak tau apa tujuan dan matlamat kursus itu dan dia luluskan belanja tambang dan duit poket untuk pelajar yang terpilih.

Dalam satu sesi cuci otak oleh anasir-anasir ketuanan Melayu dalam dalam kursus itu, dikatakan Melayu di Malaysia adalah satu bangsa yang spesial di dunia ini. Orang Cina, India, Jerman, British, Belanda, Siam dan lain-lain dalam negeri massing-masing tak sama macam Melayu di Malaysia. 

Martabat Melayu itu sama macam Yahudi. Apabila sebut Yahudi bermakna orang itu mesti berbangsa Yahudi dan beragama Yahudi. Yang spesialnya Melayu itu pula, apabila sebut Melayu orang itu tentulah berbangsa Melayu dan ugama mesti Islam. 

Kalau orang Yahudi menganggap bangsa Yahudi adalah umat pilihan Tuhan, maka kita orang Melayu juga adalah umat pilihan Tuhan sebab bangsa Melayu itu Islam. Jadi orang Melayu mesti berbangga. Anasir ketuanan Melayu inipun bagilah pelbagai dalil untuk menyokong dakwaannya seperti kedudukan istimewa Melayu dalam perlembagaan, istilah dan makna Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan macam-macam auta lagilah.

Anasir ketuanan Melayu dari BTN yang dok hurai pasai Melayu ini aku nampak kulit gelap dan rupa macam keling tebaq roti canai, cuma dia hari tu pakai kemeja kaler pink siap ikat tali lehiaq. Kalau dia pakai baju "kancin prakk" dengan kain pelikat kotak haluih gulung sampai betih, aku mesti kata dia ini baru turun dari kapai MV Chindabaram di Swetenham Pier, Penang baru sampai dari Madras. 

Sambil dia dok cakap dia pegang gambar Mamak Pedukang Mahathir a/l Mohammed Iskander Kutty yang ber"side-burn" panjang dan lebaq. Kenalah dua-dua Mahathir dengan dia ni keling mengaku Melayu dok auta orang!



Sejak itu aku jadi meluat dengan ketuanan Melayu! Pi mampuihlah ketuanan Melayu! Kawan aku pulak kata BTN tu Batang Tak Naik! Ha ha ha ha

2 ulasan:

  1. melayu tak disebut dalam AL-quran pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. TAPI kan dalam Perlembagaan negara yg dikarang oleh Lord Reid & dipersetujui oleh Payung negara, Ketua orang Islam negara ni kata Melayu mesti la Islam & ada keistimewaan, kemuliaan tersendiri dlm negara ni. Kita la kena dokong Ketuan Melayu supaya Perlembagaab tu dapat dipertahan.

      Salah ker demikian?

      hehe... kasi hangat saje...puhhh... bila nak ujan ni!?

      Padam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.