Selasa, 7 Mei 2013

PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor

Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB puak-puak yang UMNO yang dok cucuk mengatakan wakil PAS layak jadi MB pasai PAS parti Islamla, lebih dipercayaila, hak PASla pasai bilangan kerusi lebih dari PKRla. Itu semua sokong bawa rebah.

Aku mohon kepada Presiden PAS supaya jangan kacau ganggu untuk ambil jawatan MB Selangor bagi kat wakil PAS. Biarlah Khalid Ibrahim teruskan. PAS boleh minta jadi Timbalan MB pasai di Selangor kalau tak silap aku ada peruntukan untuk jabatan TMB. Tak payah berkeras untuk jawatan MB.

PAS kena ingat kerusi PAS bertambah bukan pasai PAS. Tapi pasai kerjasama dalam PR. Faktor Khalid Ibrahim yang berkerja keras dan tegas yang menarik sokongan dan kepercayaan pengundi. Jadi biarlah Khalid jadi MB.

Kalau ada anasir-anasir lain pulak dalam PKR yang nak ambik jawatan tu, PAS mesti pertahankan Khalid Ibrahim.

Ingat!!! Selain dari Kelantan, PAS dah teraju dua negeri iaitu Terengganu dan Kedah. Tapi kedua-dua negeri ni hanya bertahan satu penggal saja. Demi kesepakatan dalam PR dan untuk menawan Malaysia, PAS jangan tamak dan gila kuasa.


10 ulasan:

  1. TAK PAYAH SUSAH2 TUNGGU SEMINGGU
    BUAT SATU KETETAPAN DLM 1 JAM PUN SUDAH LAMA
    MINTA TOLONGLAH ORANG2 BESAR PAS BAGI JE MB KEPADA SAHABAT PARTI TS ABDUL KHALID SEBAGAIMANA SETIAKAWAN DAP SERAH KETUA PEMBANGKANG KEPADA DSAI

    TAK BOLEH KE

    INIKALILAHHHHHHHHH

    BalasPadam
  2. Inilah perangai PAS dan ahli-ahli mereka dibawah Pimpinan Hadi Awang gila kuasa dan gila nak jadi calun dam PRU jika tak dapat keluar parti ,yang baiknya dalam PAS tiada calun lompat selepas menang ,tidak seperti PKR pantang ditawar dengan bayaran lumayan,jadi sekarang PAS berasa mereka kuat sebab dapat 15 kerusi tapi mereka lupa semenjak Hadi Awng jadi presiden dan beliau sendiri telah biasa jagi MB dan merestui juga MB Kedah telah kehilangan kuasa tadbir dalam PRU13.Apakah PAS rasa mereka lebih bijak dari orang yang telah tadbir Selangor selama 5tahun dan masih lagi berupaya menyelesaikan masaalah yang telah berlaku dan akan belaku ,adakah PAS boleh mengatasi semua itu, biarkanlah TSKI teruskan tugas beliu,kenapa mesti menunggu sehingga 2minggu baru hendak melantik MB,nampak sangat persefahaman dalam PR masih longgar.

    BalasPadam
  3. SAYA PENGUNDI SELANGOR, KALAU TIDAK LANTIK TS KHALID SUMPAH SY TAK AKAN UNDI PR DALAM MANA2 PILIHANRAYA

    BalasPadam
  4. kalo tan sri khalid x jd MB aku akan suruh seluruh keluarga ku d selangor kalah kan PR . malu la woi pa dap. walau byk kerusi d parlimen tp masih bg ketua pembangkang pd anuar. tak ke malu tu?

    BalasPadam
  5. Hj Hadi jgn menyibuk tentang sapa jadi MB Selangor. Dengan anak menantu pun tak boleh nak kawal inikan pulak selangor. Selangor bukan mcm Kelantan atau Terengganu. Kami ahli PKR,DAP,PSM,atas pagar dan ahli PAS selangor yg menangkan PR di Selangor...bukan ahli PAS terengganu yg menangkan PR. Ingat, ahli PAS Selangor tak sama mentaliti dengan Terengganu atau Kelantan. Kami ahli PAS dan ahli gabungan PR mahukan TS KHALID sbg MB. Kalau PAS rebut jwatan MB Selangor, BN akan ketawa sebab nampak peluang, PKR akan marah, ahli PAS Selangor akan memberontak, DAP akan protes, PSM n Hindraf akan keluar gabungan dan penyokong atas pagar akan MENGAMUUUUUUK !!!! Lu jgn main2 Hadi aaaaaaaaa.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKu SETUJU.....Hj Hadi jaga MARANG je.

      Padam
  6. apa hal yg kauorang awal2 dah hentam Tuan guru nii?
    Dia dah keluar statement ker nak MB selagor tu dari Pas'.
    kalau blom kaorang ddk diam2. tunggu jer nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan soal bising atau hentam kromo. kami bercakap dengan fakta dan realiti semasa di selangor. kami nak suarakan PANDANGAN dan KEHENDAK orang selangor. yang akan jadi mb selangor nanti bukan jaga dan tadbir ORANG PAS SAJA, tapi tadbir satu negeri yg di dalamnya tinggal pelbagai lapisan manusia,bangsa dan agama.rakyat akar umbi di sini nak kekalkan TS Khalid yang dh ada track record yg terbukti baik dan diterima ramai. tlg jgn pentingkan diri sendiri hingga sanggup gadaikan kehendak akar umbi dan menafikan semangat kesePAKATAN selangor. INI BUKAN NAK HENTAM TAPI KAMI NAK PRESIDEN PAS PRIHATIN SITUASI SEMASA DI SELANGOR......

      Padam
  7. Artikel dan isu dah BASI
    Lewat ketinggalan bas blogger ini.
    Kalau tak isu baik tulis pasal resepi

    BalasPadam
  8. Assistant,
    Lu bodoh ke bangang? Lu lihat tarikh lah. Buta ke?

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.