Sabtu, 18 Julai 2009

Kematian Teo Beng Hock Bukan Jatuh Tempat Tinggi

Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk "Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi" aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.

Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.

Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-

  • Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.
  • Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang. 
  • Mayat akan kelihatan renyuk

Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam. Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha... ha... ha...

Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la..........!!!!!

1 ulasan:

  1. Sungguh bahaya kpd rakyat, kalau terus membaca surat khabar UMNO / utusan nii..

    Akan selamanyalah tahap intelek golongan pembacanya akan terbelengu atau statik, dan itulah yang dikehendaki UMNO/BN, supaya rakyat tak celik dan terus buta maklumat. Itulah sebabnya orang melayu hanya disuruh baca Utusan Meloya, Berita Hairan dan tengok berita RTM (Radio-Tv-Menipu) dan Tv3Suku...

    Lihat je masyarakat Tionghua, sampai ada 7-8 pemegang lesen bercetak surat khabar dgn penduduk Cina tak sampai 20% dari rakyat Msia. Orang India yg minoriti juga memegang lesen surak khabar yg lebih banyak dari orang melayu.

    Inilah yg dikatakan orang melayu sebenarnya dijajah pemikirannya oleh orang melayu UMNO kolot. Mereka memang berasa beruntung, kalau orang melayu tak celik maklumat dan tak mampu membuat "well-informed" decisions dlm apa jua hal kehidupan mereka spt ekonomi & politik.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.