Rabu, 15 Julai 2009

Postmortem Tak Perlu Untuk PRK MU

Dalam Harakahdaily tersiar kenyataan berikut:-

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam. 

 

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar. 

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Bagi aku, PAS tak payah buat postmortem bagi kemenangan di MU. Dah menang, apa pasai nak buat postmortem? Postmortem untuk orang mati saja. UBN yang kalahpun tak payah buat postmortem. Depa kalah beza sikit sangat. Jumlah undi PAS dan BN tak banyak beza. Istilah postmortem tidak sesuai bagi parti politik. Lainlah kalau parti dah kena bubar oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

Carilah istilah lain. Contohnya, kajian terperinci ka.... siasatan rasmi ka.... apa ka....

2 ulasan:

  1. Depa ni tak pernah nak kaji kesalahan diri sendiri. Fedup aku! Sebab tu walau zaman dah berubah tapi kematangan politik masih statik macam zaman dulu-dulu!

    BalasPadam
  2. Post mortem apa lagi Dato'
    Kalau dah lama politik misti tau apa hal jadi macam tu. Sisi apa lagi perlu dibedah selain sedar akan salah sendiri antaranya diri merasa besar dan 'over confident'.
    Itulah bacaan paling tepatr. Ingat lagi ttg andaian tokoh kita tentangpemimpin DAP yang dikatakan yang dikatakan sudah samapai tarikh luputnya?
    Muhasabah diri lebih tepat!

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.