Hari Jumaat (9/10) lepaih Kerajaan Haram Perak yang diketuai oleh Zamry Mamak Pedukang buat Majlis Sillaturrahim Aidil Fitri di Dataran Ipoh berhampiran Dewan Bandaraya Ipoh. Semua hamba rakyat dijemput. Boleh kata semua ada termasuk Raja yang tak pernah khilaf, anak raja yang tunggu rakyat bersidang DUN, SS Haram Jadah dan tentunya MB Haram hadir.
Majlis ni spesial, biasanya dipangge Majlis Sambutan Adil Fitri. Kali ni dengan kebijaksanaan MBH, dinamakan Majlis Sillaturrahim. Nak buat baiklah konon. Nak bersillatuharrim dengan rakyat jelata. Piraaaah Zamry........! Jadi sapa-sapa yang tak hadir depa telah putuihkan sillaturrahim dengan Zamry dan rakan-rakan.
Sebenarnya tak ramai hamba rakyat yang mai pun. Yang ada semua memang hamba pecacai yang kerja gomen yang kena jemput (diarah). Bahagian orang awam lebih banyak kerusi meja dari orang. Aku sendiri tak hingin nak pi..... aku boikot semua majlis ada kaitan dengan MBH.
Menurut kawan aku yang pi majlis tu untuk mentedarah, majlis tu disusun kerusi meja ikut kasta. Sesuai dengan Zamry Mamak. Dia pun amalkan kasta. Majlis tu dibahagikan pada tiga kasta, kerusi meja lain-lain ikut kasta dan katererpun lain-lain ikut kasta.
- Kasta Kayangan - terdiri dari golongan yang mati hidup orang melayu kat Malaysia ni bergantung pada depa dan golongan yang perasan hebat atau rakyat suka. Kasta ini katerernya ialah Hotel Casuarina. Ulang..... Hotel Casuarina bang!!! Hotel terbesar kat Ipoh ni....
- Kasta Tukang - terdiri dari tukang-tukang bodek, tukang kipaih, tukang sapu duit kerajaan dan tukang macam-macam. Pegawai kanan kerajaan lah tu.... kononnya. Ada pengarah jabatan, penolong pengarah, penguasa polis, penguasa kastam dsbnya. Depa semua ni dijamu oleh Restoren Pakeeza (Benggali capati dan roti naan yang setia pada UMNO Jahanam - benggali lagi).
- Kasta Paria - terdiri dari rakyat jelata yang Zamry ingat lembu dicucuk hidung dan hamba pada Kasta Kayangan. Depa ni semua dijamu di gerai-gerai yang didirikan untuk majlis tu. Macam gerai expo/funfair. Entah peniaga pasar malam mana yang MBH pangge untuk jamu laksa, bihun, roti canai, cucoq udang, cendoi dsbnya kat golongan paria ni.
Majlis Sillaturrahim kepala hotak Zamry...... buat majlis pun ikut kasta. Katerer pun dipilih ikut kasta. Apa..... Kasta Kayangan tak bolehkah setahun sekali makan makanan yang disediakan oleh peniaga pasar malam dan dudok semeja dengan rakyat? Ataupun semua yang hadir tak ikut kasta dan dijamu oleh hotel!!! Itu baru betoi.......!!!
Mana slogan 1-Malaysia kalau macam ni. Pembohong semua..... auta lebih. Slogan tipu rakyat satu Malaysia.
Lagi satu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, cubalah elak dari buat majlis macam ni. Kalau terpaksa jugak sebab golongan yang mati hidup orang melayu kat Malaysia ni bergantung pada depa mahu macam tu...... jangan jemput sekelian rakyat dan jangan upah katerer berlainan ikut kasta. Jika tidak anda semua serupa BN jugak........
Dah kalah kat bagan piang pun tak sedar diri lagi!
BalasPadamTanpa nama 18:09
BalasPadamMasih lagi kalah 7-2.. diulangi 7-2. Kalau tak dengar aku ulang 7-2, 7-2, 7-2 masih tak sedar diri lagi.
Selagi 7-2 tu tak jadi 7-7, dok diam2 layan beer... takdak duit mintak dr anak Mamak Kutty.