Jumaat, 16 Oktober 2009

UMNO For All... Najib Kaki Tiru...

Sejak Najib jadi Presiden UMNO Jahanam semua slogan dan ungkapan yang popular yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat habis ditirunya. Aku agak zaman sekolah dan universitinya dulu Najib ni kaki tiru kot?


Yang terakhir dah jadi UMNO For All - yang aku tahu PAS For All adalah.



Sebelum tu ditajanya Parti Makkal Sakthy - ditangkap dan diISAkan pemimpin HINDRAF dan entah apa yang dijanji dalam paksa, maka hindu yang tak kuat iman pada agama dan perjuangannya pun tubuhkan parti yang bunyinya selalu dilaungkan oleh penyokong PR. Malah kebanyakan pemimpin PR masa ceramah tidak lupa sebut Makkal Sakty.

Di Sarawak lagi bagus, diarahkan seorang towkeh cina yang ada dua buah kapal terbang untuk taja sebuah parti yang kononnya bernama Parti PAKATAN RAKYAT Malaysia. Aku agak selepas ni jika Pakatan Rakyat nak didaftarkan, PendaftarPertubuhan mesti tolak permohonan kerana dah ada parti politik wujud dengan nama itu.

Kenapa jadi begitu..... Najib dan juak-juaknya tiada idea baru kah? Atau Najib memang kaki tiru sejak dalu, kini dan selamanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.