Isnin, 23 November 2009

LOGISTIK Kawaq Zaman Ni Memang Hebat!!!

Posting aku sebelum ni bertajuk Pajak Gadai Islam Dipecah Masuk Hampir RM8 Juta Lesap hanyalah satu berita sahaja.

Namun apabila aku baca berita beberapa kali dari berbagai sumber serta aku renung foto hasil usaha kawaq-kawaq yang pecah masuk pajak gadai tu aku berasa nak bagi sedikit pendapatlah....

Kalau dilihat foto bongkah hasil tebukan pada dinding konkrit, aku fikir kawaq (penyamun, pencuri, pemecah rumah) yang terlibat dalam pecah masuk Pajak Gadai Ar Rahnu ni adalah 0rang yang terlibat dalam industri pembinaan.

Hanya pakar saja yang tahu membikinnya

Mengapa? Lihat foto di atas, hasil tebukkan. Cantik. Menebuk kaedah ni dalam bahasa teknikalnya ialah "core" atau "coring". Biasanya menebuk dinding atau lantai atau bumbung konkrit mesti menggunakan peralatan khas jenis 'Diamond Coring". Kerja ini hanya 'specialist' sahaja yang boleh buat.

Para kontraktor dan konsultan dalam bidang pembinaan memang tahu dan arif, kerja coring ni tak ramai orang boleh buat. Boleh dibilang dengan jari tangan saja. Menantu Tok Guru Ariffahmi yang merupa Jurutera dan pernah bekerja dengan konsultan yang terlibat dengan industri pembinaan tentu faham maksudnya.

Dengan saiz coring yang besar dan tentunya menggunakan Diamond Coring yang besar dan berat jugak, maka kerja ini mengambil masa yang lama serta menggunakan tenaga letrik...... Wah hebat mereka bekerja? LOGISTIK kawaq zaman ni memang hebat!!!

Di Malaysia, orang yang terlibat dengan indutri pembinaan kalau disebut "coring" akan muncul dalam kepala mereka HILTI. Lihat sini dan sini.

Aku tidak menuduh Hilti terlibat. Nanti disamannya aku.... mamposs. Tapi pekerja atau bekas pekerja mereka bagaimana? Bagaimana mereka mengawal peralatan mereka dari disalah guna? Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat dengan pembinaan dinding kebal dalam pajak gadai tersebut? Macamana kaedah pengawasan?

Sudah DUA Pajak Gadai Islam kena pecah masuk ni..........

Kepada pengendali Pajak Gadai Islam sila ambil perhatian.... Malaysia ni bukan Saudi Arabia. Kena berhati-hati lah.

2 ulasan:

  1. Ariffahmi tu engineer profesional. Dia mana tau buat field work ni. Dia cuma tau nak sign drawing saja...kununnya la....

    Tapi nak buat PR utk jaga imej dia bayar kawan dia dari KL tulis dalam blog...haha

    BalasPadam
  2. biaq polis umno siasat kes ni, depa memang pakar dalam hal2 macamni, kejayaan menyelesaikan kes hantutuya menunjukan polis umno memang cekap dalam menjalankan tugas, syabas PDRM, nanti kat alam akhirat kita bicara semula, sebab semua filem2 ditayang semula.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.