Khamis, 3 Disember 2009

Dah Diumum Tapi Bila Menantu Nak Resign?

Akupun dok tertanya-tanya bila Menantu Tok Guru betoi-betoi resign. Tarikhnya.... tarikhnya... Tok Guru dah umumkan dia dah arah Menantunya letak jawatan. Ok. Bab Tok Guru katup cerita tapi Menantu pulak bila hari terakhirnya di PMBK.

Aku balik Raya Haji di Kedah.... pi banyak tempat korban..... sambil dok lapah lembu, potong daging dan takek tulang depa dok cerita hal Tok Guru dengan Menantu termasuk Haji Tajaan.

Aku tak mau perkara ni jadi isu lagi. Jangan jadi macam BN dan UMNO Jahanam. Depa umum nak mansuhkan PPSMI. Tapi la ni tangguh dan dok berdaleh macam-macam pulak. Tok Guru dan PAS jangan tiru ahli politik sekular macam UMNO Jahanam.

Tengok hari ni Kickdefella dah ungkit hal ni lagi. Tengok tajuknya "Sandiwara Di Kelantan". Macam Tok Guru teraju sandiwara dan Menantu pelakon utama. Kalau dikutuk Menantu tak pa lah. Menantu tupun lebih kurang dia. Tapi dikutuk Pak Mertua iaitu Tok Guru....... seorang Mursyidul Am PAS dan telah jadi ikon penentang BN dan UMNO Jahanam.

Tok Guru tolonglah......!!!

2 ulasan:

  1. Udah-udahla tu tuan, perkara ni dah nak selesai.. dah selesai pun. Dah ada mangsa yang jadi korban pun. Sebaik-baiknya tanya dulu TGNA apa muslihat sebenar dia lantik menantu jadi CEO tu. Semua org tatau cerita sebenar tp mengulas bagai nak rak mcm semua cerita dlm poket dia.

    Dari dok desak Menantu TGNA yang memang dah umum nak letak jawatan tu, baik tuan desak NAZIR RAZAK (CIMB), dan seorang lagi ANAK RAZAK di Sime Darby.

    BalasPadam
  2. Salam, boleh den ty, apa muslihat tgna?? atau ekau memandai buat andaian. Cakap mesti ada fact and figure.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.