Khamis, 25 Ogos 2011

Aku Marah Betoi Kat Orang Yang Buat Kerja Ni....

Ada dua kemungkinan..... satu dia buat sendiri, maksudnya dia upah orang atau ada orang tolong buat kat dia. Kemungkinan kedua memang ada orang marah & bengang kat dia ni dan depa betoi-betoi pos peluru tu kat dia.

Kalau kemungkinan kedua aku memang marah... betoi-betoi marah... pasai kat Menteri Auw pun depa sangggup hantaq 2 biji peluru.... Menteri Auw teloq dua bijipun belum tentu ada.... Kalau nak bagi dia takut tak payah hantaq peluru....


August 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.
Polis sedang menyiasat perkara tersebut.
Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.
“Kedua-dua peluru turut diiringi nota tulisan tangan dalam Bahasa Malaysia, mengugut saya,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pantai Dalam di sini, hari ini.
Naib Presiden Umno ini berkata beliau pernah menerima ugutan seumpama itu sebelum ini tetapi ini kali pertama disertakan dengan peluru.
Hishammuddin menambah beliau tidak tahu motif tindakan itu.
Beliau juga tidak berkongsi mesej nota ugutan itu.
Katanya, peluru dan nota itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.
Beberapa ahli politik pernah menerima peluru sebelum ini, termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.
Julai lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menerima ugutan bunuh dalam bentuk SMS.

1 ulasan:

  1. Caya ker cerita macam ni? It's a non-starter actually.

    macam mana dia, personally, boleh terima bahan pos tu. Bukankah semua yg dipos akan diperiksa. Kalau oveerlook pun, orang pejabat His****n akan check jugak. Tak mungkin bahan terlarang kana sampai ke tangan dia la. Karut!

    Kut gila b*** teruk tahap keselamatan negara pun, takkan nota ugutan tu bertulis tangan pulak tu??? Nak mampus ke 'culprit' tu. Mana ada criminal nak buat modus operandi macam tu. Gila. Karut! Mesti kantoi la.

    hi****n pi belajar belakon sama khalid jaafar ka sapa ka pengarah pilem yg masuk UM?No tu? Kut pasni dia boleh real sikit berlakon tu, baru la orang boleh percaya. Kut boleh!

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.