Lailatul Qadar. Malam yang ditunggu-tunggu oleh kaum Muslimin yang rajin beribadat sepanjang bulan ramadhan. Bukan semua orang boleh berjumpa dan dapat Malam Al-Qadar atau Lailatul Qadar.
Firman Allah dalam Surah Al Qadr yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam Al Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar."
Cerita macamana aku jumpa Lailatul Qadar begini... Aku masih ingat 25 tahun yang lalu pada malam 25 Ramadhan, aku baru selesai menyantap juadah 'moreh' selepas menunaikan Solat Tarawih. Pada masa itu terawih 20 rakaat, tiada "tazkirah". Tiada ampun dari imam, dia tidak akan buat 8 rakaat dan disulam dengan tazkirah macam sekarang.
Lepas penat berukuk dan bersujud serta berselawat dan berdoa diakhiri ratib Lailahaillallah, semua menerpa keluar untuk makan. Pada masa itu moreh selepas tarawih mewah juga. Biasanya nasi. Akupun sama makan nasi beriani dengan ayam masak merah beserta acar timun minum sirap bandung. Kemudian pekena rokok. Huh memang asyik!
Lepas habis merokok aku masuk balik ke ruang masjid dan sandar ke dinding. Aku terlelap. Aku terjaga apabila aku terdengar enjin motosikal honda cub. Aku buka mata nampak kelibat seorang manusia menuju ke kolah wuduk. Orangnya berjubah singkat macam pakaian tabligh berjalan menuju ke kolah wuduk. Aku terasa tiupan angin lembut membawa angin sejuk.
Siapakah orang itu? Terdetik hati aku. Orangkah atau hantu? Aku teringat hantu ditambat dalam bulan puasa ini. Angin sejuk meremangkan bulu roma di tanganku. Aku terfikir mungkin malaikat. Boleh jadi malam ini malam Lailatul-Qadar. Tanda-tandanya ada seperti angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa, dingin tenteram dan nyaman.

Sah petanda lailatul qadar. Sah orang tadi adalah jelma malaikat. Dia mungkin jibril. Kemudian orang tadi masuk ke masjid. Aku amatinya. Orangnya tinggi lampai. Umur lengkungan 50an. Kulit cerah. Wajah macam hero hindustan Rajesh Khanna. Berjanggut dan berjambang yang ditrim kemas. Pakai ketayap putih. Dia terus menuju ke ruang solat. Berdiri tegak dan takbir. Mungkin solat tahyat masjid.
Aku terfikir. Dengan suasana seperti yang dicerita dan digambarkan oleh ustaz2 semasa lailatul qadar. Dan ayat Quran sendiri beritahu turunnya malaikat pada malam itu. Aku mula yakin bahawa orang yang sedang bersolat itu bukan manusia biasa. Dia malaikat. Aku yakin dia malaikat, munkin Jibril.
Inilah peluang aku meminta malaikat ini tolong doakan aku. supaya aku bebar-benar mendapat Lailatul Qadar. Aku tak mahu Lailatul adar berlalu begitu sahja. Aku tak mau kerugian. Aku teringat dulu aku bukan saja jarang melakukan solat tarawih, solat wajib 5 waktupun aku tinggal. Solat jumaat aku kira, sekali solat jumaat 2 kali ponteng. Sebab guru aku kata barang siapa tinggalkan solat jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie, orang itu menjadi kafir. Takut aku jadi kafir.
Tapi sejak selepas raya puasa lepas aku dah bertaubat. Aku tak tinggalkan solat lima waktu. Solat jumaat 100% kedatangan, malah solat terawih tiap-tiap malam aku tak tinggal. Aku dah berubah. Puasapun memang puasa orang beriman. Puasa tahan lapar dan dahaga serta puasa pandangan, pendengaran dan lisan aku. Ewah puji diri sendiri pulak. Mungkin malam ni memang Lailatul Qadar. Memang Allah SWT turunkan malaikatnya pada aku. Aku mesti ambil kesempatan ini. Satu malam macam seribu bulan. Banyak tu.
Aku renung pada 'malaikat' tadi. Dia sudah tahiyat akhir. Dia akan bagi salam. Lepas salam dia tentu berdoa. Aku mesti ambil kesempata ni. Aku mesti minta dia doakan aku. Aku mahu Lailatul Qadar. Aku mahu Lailalatul Qadar. Aku tak mahu lepaskan Lailatul Qadar.
Aku mesti pegang tangannya. Gancang tubuhnya. Rayu padanya. Menangis merayu depannyapun aku tak malu. Asalkan di mahu doakan aku supaya aku dapat Lailatul Qadar. Bukan senang satu malam dengan Lailatul Qadar sama dengan seribu bulan. Tahu seribu bulan berapa tahun? Seribu bahagi dua belas. 83.33 tahun. Aku tak jangka umurku boleh menjangkau 83 tahun.
Aku terus bergerak berjalan laju ke arah si Malaikat. Dia bagi salam. Aku tiba di sisinya dan duduk di hadapannya. Dia bagi salam kedua "Assalaamualaikumwarahmatullaaaaah" dengan sebutan laah telo india dan menyapu muka dengan tangan kanannya.
"Waalaikumsalaamwarahmatullahiwabarakatuh!!!" aku jawab salam malaikat itu.
Dia tecengang tengok aku jawab salamnya. Aku rasa macam bodoh. Lantaklah detik hati aku. Aku nak Lailatul Qadar. Aku hulur kedua-dua tangan aku. Tangan kiri aku pegang pergelangan tangan kanannya dan tangan kanan aku menggenggam tapak tangannya dengan erat sambil aku perhati mukanya. Besar dan kasar tapak tangannya macam orang bekerja kuat. Aku tidak lepaskan tangannya. Malaikat ini macam kehairanan dengan perbuatan aku.
"Ya syeikh ya sheikh tolong doakan saya" aku bersuara selepas terdiam beberapa detik. Malaikat ini bermuka selamba.
"Tolonglah syeikh! Tolong doakan saya. Please la syeikh! Please!!" aku merayu terkeluar pulak perkataan Inggeris. Lantaklah malaikatkan tahu pelbagai bahasa. Dia tentu faham.
"Apa mau? Apa mau?" balas malaikat yang berupa macam Rajesh Khanna ini. "Doa sama saya" jawab aku pantas.
"Apa du'a?" tanyanya kembali sambil cuba melepaskan genggaman tangan aku.
Tapi dengan menguatkan lagi genggaman tangan aku terus merayu "Doa minta Lailatul Qadar lah syeikh".
Dia kelihatan terkejut. Aku terus berkata "Saya hari-hari doa minta sama Allah itu Lailatul Qadar. Saya tak mau lepas Lailatul Qadar. Syekh mesti kasi saya dapat Lailatul Qadar". Malaikat tergengang.
"Tolonglah syeikh saya mau Lailatul Qadar" aku tetus merayu dengan masih menggenggam erat tangannya.
"Lailatul Qadar? Apa awak mau sama Lailatul Qadar?" dia bertanya kepada aku.
"Ya" jawabku "Ustaz cakap satu malam dengan Lailatul Qadar serupa seribu bulan" aku cuba menyakinkan dia.
"Betol mau sama Lailatul Qadar?" dia cuba menguji aku pula.
"Betul tuan syeikh... bhai betul.... satu malam Lailatul Qadar macam seribu bulan" aku pantas menjawab cuba meyakinkan dia dengan mengulangi ungkapan satu malam Lailatul Qadar macam seribu bulan untuk menyakinkan dia.
"Hari-hari saya doa, saya sembahyang, terawih tarak tinggal minta Lailatul Qadar.... tuan syeikh mesti tolong saya... kasi saya Lailatul Qadar" aku terus merayu.
Tiba-tiba dia berkata "Tak mau du'a... ikut sama saya saya terus kasi Lailatul Qadar ini malam jugak".
Terlepas genggaman tangannya. Aku tengok muka malaikat ini. Dia serius. Aku pulak keharainan. Dia bingkas bangun terus pegang tangan aku dan menarik aku bangun untuk ikut dia. "Mari!!!"
Aku macam orang bodoh ikut dia keluar dari masjid terus ke motosikal Honda Cub. Dia start motor. Aku tercengang. "Bhai naik!" arahnya ringkas sambil menepuk seat belakang untuk aku memboceng motorsikalnya.
Aku macam dipukau terus naik motorsikalnya. Dia menekan gear dan terus memecut. "Malaikat bawa aku naik motorsikal saja kah? Mana boraq?" detik hati aku.
"Baik-baik dudok, ini motosaikel aa" eh dia macam tahu rungutan aku tadi.
Motorsikal memecut laju melintasi deretan kedai dalam pekan dan di hujung deretan kedai motosikal terus membelok memasuk lorong terus menghala sesebuah rumah papan. Aku seperti mangsa pukau tidak tahu apa nak dikata.
Aku lihat sekeliling. Aku rasa aku tahu kawasan ini walaupun dalam cahaya yang samar-samar. Malaikat yang berupa Rajesh Khanna ini berhentikan motorsikalnya di depan rumah dan menyuruh aku turun. Aku berdiri di sisi motornya dan memerhati gelagatnya.
"Assalamualaikum, Sharmila.. Sharmila..." dia terus mengetuk pintu rumah sambil memberi salam dengan menyebut nama seseorang mungkin bininya dengan telo hindi.
Tiba-tiba pintu dibuka dan muncul seorang awek cun wajah iras Kajol sambil berkata sesuatu kepada malaikat ini dalam pada Hindi yang aku tak tahu apa maksudnya. Malaikat ini menoleh kepada aku dan menggamit aku ke arahnya.
Aku masih terpaku di sisi motorsikalnya, Dia terus berjalan merapati aku dan memegang tangan aku "Mari" katanya sambil menuntun aku ke dalam rumah sambil diperhati dengan kehairanhan oleh Awek Cun Macam Kajol. Apabila berada dalam ruang tamu rumah, si malaikat melepaskan tangan aku tapi disambar pula tangan Awek Cun Macam Kajol tadi dan ditarik ke arah aku. Awek Cun Macam Kajol menurut saja.
"Ini Lailatul Qadar" kata si Malaikat pada aku sambil menunjuk pada Awek Cun Macam Kajol. Aku terasa seperti petir memanah tubuhku. Terpegun. Terkejut yang amat sangat, cuma belum rebah ke bumi. Lidah aku kelu macam kena strok. Bibir tertutup rapat macam berjahit.
"Ini Lailatul Qadar. Mau nikah sama Lailatul Qadar? Saya boleh kasi nikah sama kamu" si Malaikat terus bercakap. Aku terdiam bisu tak tau apa jawapannya.
"Saya Jeelani, Lailatul Qadar punya caca. Dia punya bapa nama Jawheer, sudah balik Uttar Pradesh, India, baru satu minggu mati sana.... Skarang Lailatul Qadar saya kena jaga." si Malaikat menerangkan dengan panjang lebar.
"Tapi kamu sudah minta itu Lailatul Qadar... saya tentu boleh kasi nikah.... kamu boleh jaga sama dia... saya belakang itu batu besar sudah boleh buang" dia terus bercakap.
Malam 25 Ramadhan aku jumpa Lailatul Qadar. Malam 27 Ramadhan aku nikah dengan Lailatul Qadar dan si Malaikat iaitu Jeelani jadi wali. Tak perlu wang belanja hangus dan hantaran bertalam-talam. Hanya bagi sebentuk cincin belah rotan harga $120/- dan bayar mas kahwin seratus ringgit. Malam tu si Malaikat Jeelani buat kenduri di masjid, jamu capati dengan dengan kari ayam.
Bapa Lailatul Qadar iaitu Jawheer dan Jelani adalah Dhobi Walla atau Tukang Dobi. Bapa dan mak Lailatul Qadar balik India urus harta di sana dan ditakdir Allah bapanya meninggal. Maknya tak mahu balik ke Malaysia. Jadi si Malaikat Jeelani yang kena bela anak saudarnya. Apabila aku dok merayu minta Lailatul Qadar diapun bagilah. Boleh lepas tanggungjawabnya.
Sekarang aku bahagia hidup dengan Lailatul Qadar @ Awek Cun Macam Kajol. Aku pulak dah ambil alih pekerjaan keluarganyanya. Tapi aku dah ubah buat laundry service di beberapa bandar.
Memang tepatlah SATU MALAM DENGAN LAILATUL QADAR SERUPA SERIBU BULAN. Ha.. ha.. ha.. Nak tengok wajah bini aku @ Lailatul Qadar hangpa tengok di bawah:-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.