Jumaat, 23 September 2011

Betulkah Borang Mohon Kerakyatan Diambil & Diserah Di Kedai Kopi Saja?

Aku dengar kawan baik pada anak tiri pak penakan adik ipar sepupu aku bagi tau yang Mat Indon IC merah (penduduk tetap) isi borang mohon kerakyatan di kedai kopi saja dan ambik MyKad pun di situ dalam Negeri Selangor. Betoi ka?

Patutlah Najib confident saja boleh rampas Selangor.


DARI LIDAH PENGARANG



BANGUN DAN LAWAN





SIMPANAN TUNAI SELANGOR RM1.1 BILION REKOD 28 TAHUN 
– harakah daily

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.



KOMENTAR TUKAR TIUB

Syabas kerajan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah !

Ini terbaik. Selama 28 tahun gerombolan United Malay Nationnal Organisation telah merompak peti khazanah Selangor.

Tetapi awas dan waspada!

Mentabir sebuah kerajaan bukan sama seperti mentabir sebuah syarikat perniagaan. Mentabir sebuah kerajaan memerlukan lebih dari telus, lebih dari bertangung jawab, lebih dari berhemah dan berhemat. Telus , baik dan jujur adalah nilai yang amat amat diperlukan untuk menjaga Masjid Nabi tetapi mentabir kerajaan memerlukan realpolitik - politik yang dieja dengan huruf k.

Rakyat biasa tidak arif apa dia surplus budget. Rakyat biasa tidak faham apa itu bank akoun. Rakyat biasa tidak ambil pot bagaimana sesebuah kerajaan di tadbir. Tetapi mereka naik stim apabila membaca bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ada 1.1 bilion ringgit. Dalam masa yang sama mereka akan naik bengang apabila hidup mereka tidak ada perubahan. Apabila mereka selalu dipindah-pindahkan. Apabila tanah mereka dirampas.

Hakikatnya apabila warga mendengar Selangor ada 1.1 bilion ringgit maka mereka juga ingin berjoget sama – they want a peice of the action. Ini lah hakikat real politik. Ini hakikat realpolitik di seluruh dunia bukan hanya di Malaysia.

Kalau mentabir sebuah syarikat – berita ini akan dilihat amat berjaya. Apabila pemegang saham diberitahu bahawa telah terkumpul 1.1 bilion ringgit dalam simpanan mereka akan tersenyum lebar. Pemegang saham amat gumbira kerana perlaburan mereka membawa keuntungan. CEO dan semua Pengarah Syarikat pasti akan mendapat bonus besar. Pemegang saham dengan berbesar hati melantik kembali CEO dan Pengarah untuk terus mengendalikan syarikat ini.

Dalam real politik ini tidak berlaku. Dalam real politik Malaysia dan dunia ketiga pentabiran yang telus akan dimusuhi.

Apakah terlupa ucapan Najib – Selangor wajib dirampas kembali. Rancangan merampas Selangor ini tidak ada sangkut paut dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang jujur dan telus. Kenyataan Najib ini tidak ada sangkut paut dengan bertambahnya duit simpanan dana Selangor.

Malah bayangkan bagaimana air liur Khir Toyo, air liur Mat Ezam dan air liur Noh Omar meleleh apabila membaca berita bahawa kini di Selangor ada tersimpan 1.1 bilion ringgit tunai.

Bayangkan juga bertapa buntangnya mata para Gerombolan dan ketua ketua bahagian United Malay National Organisation apabila mendengar bahawa MB Selangor telah berjaya membawa masuk 35,000 juta ringgit i.e 3.5 bilion ringgit pelaburan. Ini adalah lubuk makan mereka dan mereka sedang bersedia.

Bayangkan para ‘contract jungkies’ , penjual kontrek, kontretor kelas F, broker dan segala macam setan gerombolan menelan air liur kerana sebelum ini Selangor wajib dijadikan lauk sekali lagi. Mereka sedang bersedia.

Para penyokong Pakatan Rakyat di Selangor dan Malaysia sedar lah bahawa United Malay Natioanal Organisation dan segala ajensi-ajensi kerajajan pusat telah merancang, sedang merancang dan akan terus merancang. Tidak dapat tidak Selangor akan jatuh kembali ke tangan gerombolan. Ini hakikat. Ini realpolitik. Apakah telah lupa tentang Terangganu yang diambil alih pada tahun 1998? Apakah telah terlupa bagaimana kerajaan Pas tumbang?

Ada ahli Pas yang menuduh ini kerana Hadi tadbir tak betul. Ada yang tuduh kerajaan Pas jatuh kerana dasar Islam salah pakai. Semua ini tidak tepat. Dalam realpolitik ini semua tidak penting. Yang penting ialah duit petrol. Yang penting ialah harta kekayaan Terangganu. Tidak mungkin para pemodal akan membenarkan Teragganu dipimpin oleh Pas.

Bagaimana gerombolan merampas Terangganu kembali? 

Dengan pendaftaran pengudi baru. Untuk mereka yang lemah jantung cukup membaca sampai disini kerana apa yang akan ditulis ini akan memutus urat jantung yang lemah. Sedarlah wahain semua, tim pendaftaran pengundi yang membuat kerja untuk Terangganu juga sedang bekerja untuk Selangor. Ada yang terperanjat mendengar apa yang di baca?

Bagaimana pula dengan pengundi Indon? Bagaiman pula dengan pengundi Bangla? Semua ini strateji untuk mengalahkan Pakatan Rakyat di Selangor telah disusun. Gerombolan hanya memerlukan 9 kerusi sahaja. Justeru – mereka akan menipu, merasuah, membeli, merompak untuk mendapatkan kerusi ini. Ini realpolitik – jangan marah – politik ialah perebutan kuasa. Perbuitan kuasa untuk memiliki punca punca ekonomi. Baik hati, tulus ikhlas, jujur tidak cukup dalam realpolitik – mungkin baik untuk menjadi menantu Pak Lebai. Realpolitik memerlukan kesedaran ekonomi dan licik melawan.

Para penyokong Pakatan Rakyat wajib sedara yang serdang dilawan dan ditentang bukan hanya parti cabuk bernama United Malay National Organisation. Parti in parti taik kucing. Sekali kentut dah terbarai.

Dalam realpolitik di Malaysia aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan semua ajensi dan lembaga kerajaan – semua lembaga daulah – tentera, polis, mahkamah, media, tv, akhbar - namakan lagi – kemas, guru, pegawai kerajaan, jakim, jais , jawi, raja gopal, raja wali, raja bersiong dan dan dan segala tan seri dan datuk seri.

Juga jangan lupa dibelakang semua ini ada lagi musuh Pakatan yang paling kuat. Mereka ini jarang nuncul tetapi dalam realpolitik mereka inilah yang berkuasa. Mereka ini ialah Daim, Lim goh Tong, Ananda, Syed Mokhtar, Nazir Razak, Yeoh Tiong Lai, Vincent Tan dan dan dan. Lidah mereka juga telah pernah menjilat nikmat peha Selangor.

Untuk ahli-ahli dan penyokong PKR kerajaan negeri Selangor adalah bintang Kejora yang menjadi rujukan perjalaan mereka. Kalau dalam sesebuah syarikat pemegang saham akan menentukan masa depan CEO dan Lembaga Pengarah. Dalam real politik yang menentukan jatuh atau terbarainya Selangor ialah ahli parti dan aktivis parti. Jika lupa atau terlalai tentang ini maka sesudah Pru 13 - sesudah Selangor diambil gerombolan makan pasti ramai akan bercakap:

...kan den dah cakap
.... aku dah royak
....i told you so
.... khalid tak boleh pakai


Maki dan hamun untuk bekas MB Khalid Ibrahim akan kedengaran siang dan malam tetapi Khalid selamat sehat walafiat di rumah gergasinya di Bukit Damansara.

Justeru – sedarlah bahawa kekuatan Pakatan di Selangor bukan kerana banyak dana terkumpul. Dalam realpolitik ini tidak penting. Apa yang penting ialah apakah aktivis dan penggerak parti PKR, DAP, PAS di Selangor telah tersususn rapi untuk bertempur? (TT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.