Rabu, 21 September 2011

Mati Hidup Balikpun Aku Tak Percaya Mamat Ni....

Bekas Peguam UMNO yang juga Bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi menafikan dia terlibat dalam krisis perlembagaan Negeri Perak hingga Mahkamah Persekutuan mengesahkan perlantikan Mamak Pedukang Paria Zamree Abdool Kadeer sebagai Menteri Besar Perak.

Seperti yang diajar oleh Tukar Tiub, kalau orang-orang jenis Zaki ni menafi atau tidak mengaku, memang betullah perkara tu dibuatnya. Jadi aku tidak yakin langsung penafiannya. Aku percaya dia buat. Aku yakin dia terlibat

Bagi aku gaji, gratuiti dan pencen yang diterima oleh Zaki Azmi adalah haram. Kalau sekupangpun ada bahagian aku (sebab macam-macam cukai aku bayar kat kerjaaan) aku tak halalkan.  Apabila dia mampos nanti dia kena siksa dalam kubur. Biar dia kena bakar dalam api neraka jahanam.


Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mendakwa, beliau tidak terlibat dalam krisis perlembagaan pada 2009 yang menyaksikan pentadbiran Perak tumbang ke tangan BN.

Malah, beliau juga tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kes yang berbau politik, kata Zaki kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu.

zaki azmi interview 140911Dalam kes yang menentukan kesahan menteri besar Perak, bekas penasihat undang-undang Umno itu secara khusus berkata beliau juga tidak membentuk panel hakim untuk mendengar kes berkenaan.

Krisis perlembagaan Perak itu bermula apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

Pakatan seterusnya mengumumkan bahawa kerusi tersebut kosong namun Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan sebaliknya.

Kesan daripada itu, BN dengan pantas menyingkirkan pentadbiran Pakatan yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan menamakan seorang wakil rakyatnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Nizar kemudiannya memfailkan saman bagi menuntut deklarasi bahawa beliau merupakan menteri besar yang sah.

NONEKeputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2009 memihak kepada Nizar, namun Mahkamah Rayuan dalam keputusan keesokan harinya membenarkan permohonan rayuan oleh Zambry.

Prosedur yang berlangsung dengan cepat itu mencetus kehairanan banyak pihak dan dipertikaikan peguam.
Mahkamah Rayuan kemudiannya menukar keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan tersebut seterusnya dikekalkan oleh panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan.

Pada waktu itu, timbul pertikaian mengapakah hanya seorang hakim – Datuk Ramli Ali – yang mendengar permohonan rayuan Zambry di Mahkamah Rayuan.

Sedangkan, terdapat dua panel dianggotai tiga orang hakim yang mendengar kes pada hari tersebut.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu, Zaki berkata beliau tidak terlibat dan pendaftar mahkamah telah mengaturkan supaya Ramli mendengar permohonan tersebut.

Ditanya mengenai permohonan Nizar supaya Mahkamah Persekutuan membentuk panel 11 orang hakim untuk mendengar kesnya, Zaki juga berkata beliau tidak terlibat dalam perkara itu kerana pembentukan panel itu ditugaskan kepada Alauddin.

"Saya beritahu orang nombor dua (presiden Mahkamah Rayuan pada masa itu, Tan Sri Alauddin Md Sheriff) supaya membentuk panel. Saya tidak mahu.”

Ditanya mengapakah kes menteri besar lawan menteri besar itu tidak didengar di hadapan panel penuh, Zaki berkata beliau tidak tahu mengenai perkara yang didengar di Mahkamah Rayuan.

Jelasnya, keputusan untuk melantik hakim bagi mendengar kes berkenaan pula dibuat oleh pendaftar mahkamah.

"Berhubung sesi Mahkamah Persekutuan dalam kes Perak, ia dibentuk oleh orang nombor dua (Alauddin). Dia berpendapat lima orang (hakim) adalah memadai. Kalau anda tanya saya, kenapa perlu ada sembilan (hakim) atau sebelas atau 13 atau 15 atau 21?

"Adakah masuk akal sekiranya daripada 13 (hakim), seorang akan buat keputusan memihak kepada mereka atau tiga atau empat akan buat keputusan memihak (kepada Nizar) merupakan keputusan yang betul?

perak tree of democracy - the plaque"Ini bukan cara kita amalkan undang-undang di Malaysia," katanya.

Nizar telah memohon supaya panel hakim penuh di Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan yang disebut-sebut sebagai kes yang bakal memberi kesan kepada keputusan mahkamah seterusnya.

Diminta mengulas, Zaki berkata terdapat kes-kes sebelum ini juga didengar oleh panel yang kecil termasuk kes melibatkan bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dalam samannya ke atas gabenor Tun Abang Openg dan Datuk Tawi Sli di Mahkamah Persekutuan Kuching pada 1966.

Kes yang dikemukakan Nizar itu menyerupai saman oleh Kalong yang mencabar keputusan gabenor supaya beliau meletak jawatan, apabila 21 orang wakil rakyat mengumumkan bahawa mereka hilang keyakinan kepada Kalong sebagai ketua menteri.

"Terdapat banyak lagi kes perlembagaan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan terdapat banyak lagi kes politik termasuk Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan oleh tiga orang panel hakim. Kenapa jadi begitu penting untuk (bentuk) lima, sembilan atau sebelas (orang hakim)," soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.