Rabu, 18 Januari 2012

Anwar Ibrahim Mesti Ubah Masa Yang Diubah Mahathir

Pagi ni aku hantar anak-anak ke sekolah. Sampai sekolah jam 7.05 pagi. Suasana masih gelap.  Lampu jalan dalam kawasan sekolah masih terpasang. Kalau tak pasang lampu jalan dan lampu dalam bilik kelas tentu gelap gelemat.

Suasana ni tidak sama semasa aku sekolah dulu. Pukul 7.05 pagi pada masa itu dah terang benderang. Berjalan kaki dari rumah ke sekolah dalam suasana yang cerah. Tak dak rasa takut terutamanya bagi budak pompuan.

Tapi pada tahun 1982, si Mamak Mahathir telah mencepatkan setengah jam dari dari waktu pada masa itu untuk diseragamkan dengan Sabah dan Sarawak. Ramai orang bising, tapi perangai Mamak Mahathir buat badak tak peduli tentangan orang. Sebelum Perang Dunia Ke-2 British kapiaq dah percepat setengah jam jugak.

Mamak Mahadet bagi alasan kononnya rakyat Malaysia bila dicepatkan masa akan bangun berkerja lebih awal dan waktu petang lebih panjang dan masa bermain lebih pulak!!! Alasan bangang dari Mamak Tongkang yang mengaku Melayu.

Jam Rolex PAS

Tapi tahukah Mamak Mahathir waktu subuh jadi lewat lebih-lebih lagi pada bulan Januari, Februari & Mac tiap-tiap tahun. Di Ipoh masuk waktu subuh pukui 6.09 pagi. Surau masjid azan dan solat Subuh berjemaah ambik masa 1/2 jam. Jemaah jadi kelam kabut. Mana nak solat subuh mana nak siapkan anak sekolah. Aku tengok ramai jemaah yang anak bersekolah (termasuk aku) sehabih saja bagi salam semua bangkit balik. Tinggallah yang tua-tua berwirid dan berdoa.

Ini semua Mahadet mana tau. Mamak tua ni bukan kaki masjid. Aku berani kata dia bukan kaki masjid !!! Dia munafiq ketegaq. Dia mana tau masalah ni.

Bagaimana dengan murid sekolah yang kena keluar rumah sebelum subuh? Cuba perati di Kuala Lumpur ramai pekerja dan murid sekolah dah bergerak sebelum subuh. Di mana mereka solat subuh? Itu punca masyarakat makin hanyut Islamnya.

Tugas Anwar Ibrahim sekiranya jadi Perdana Menteri mesti tukar waktu. Ikut zon waktu. Waktu di Malaysia dah dicepatkan 1 jam. Cuba bayangkan waktu Malaysia sama dengan Beijing. Pukui 6.00 pagi matahari dah terbit di Beijing.

Waktu tak boleh diselaraskan. Negera besar ada banyak zon waktu. Kita kalau nak megah negara kita besar kita kena ada banyak waktu. Biarlah di Malaya lain waktunya dengan Sarawak dan Sabah.

4 ulasan:

  1. tak perlu ubah waktu pun blh selesai masalah ini......apa kat kita minta aje keraajaan yg memerintah sekarang ubah aje waktu berurusan pejabat dan waktu sekolah.....Kalau sekarang masuk jam 725 pagi,apa kata kementerian pendidikan ubah aje waktu tersebut kp jam 825pagi dan waktu pejabat diubah kp jam 900 pg.....tak payah tunggu Anwar Ibrahim jd Pm pun.....kalau pilih ana jd KSN tentu ana dah cadang kat pak najib pinda waktu urusan ini........Itu pun pak menteri sekarang xboleh pikirkan.....patutleee rakyat nak tukar kerajaan jeeeee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga tetapi jgn ubah waktu saja selaras juga cuti umum kepada satu hari sahaja iaitu Jumaat sama seperti Perlis Johor [dahulu] Kedah Kelantan Terengganu kerana selama Perlis di ubah hari cuti kepada Ahad ramai budak2 yang tak dibawa oleh bapa sembahyang Jumaat, cuma tidur di rumah.. negeri yang memang kerja Jumaat lagi lah teruk..

      Padam
    2. Patutnya Hassan Ali yang pikiak hal ni...

      Padam
  2. betul tu... ubah masa kerja dan masa sekolah jer... kalau nak cari salah, akan jumpa lah salah tu...

    tak sebut mamak tu... pi la cari salah mak sendiri, jumpa tak? jumpa kan?

    baik cari salah diri sendiri, sure kita jadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya.... InsyaAllah...

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.