Sabtu, 5 Mei 2012

APA YANG DIAJAR DI PUSAT LATIHAN POLIS?

Setelah melihat foto-foto dan dan menonton video yang berlambak di internet berkenaan demo Bersih 3.0 yang baru berlalu, kekasaran polis memang ternyata. Mereka menyerang pendemo yang sedang duduk, yang berjalan sambil menarik, menyepak, terajang, tumbuk dsbnya. Seorang pendemo diserang oleh berbelas-belas orang anggota polis.

Apabila diperhati yang menyerang pendemo ini kebanyakannya anggota polis muda. Anggota polis yang mungkin baru setahun dua bekerja. Mereka baru keluar pusat latihan dan fresh lagi. Mereka juga mungkin anggota yang belum disahkan jawatan.



Persoalannya mengapa budak-budak polis ini berkelakuan begitu? Macam gengster. Ramai-ramai pukul orang. Aku tengok kebanyakan pendemo tidak melawan dan sepatutnya seorang dua anggota sudah cukup untuk menahannya. 

Ketua Polis Negara jangan cari alasan dan cakap pusing-pusing. Dia kena jawab mengapa seorang pendemo dikerumun oleh ramai anggota sedangkan pendemo tidak melawan? Mengapa ramai anggota polis menyerbu menyepak, terajang dan menumbuk pendemo yang telah dipegang oleh anggota polis? Mengapa pengawai dan anggota polis terpekik terlolong dalam kawasan masjid semasa azan dilaungkan dan mengganggu orang ramai yang duduk berehat dan menunggu handak solat? Mengapa motosikal polis ditunggang dan kereta polis dipandu dengan laju sedangkan jalaraya dipenuhi orang ramai? Mengapa dilepaskan gas pemedih mata dan disiram air kimia kepada pendemo yang sedang bersurai?

Dan yang paling utama, oleh sebab anggota-anggota polis yang mengganas ini kebanyakannya muda-muda, maka timbul dalam fikiran  "ADAKAH BERKELAKUAN JAHAT DAN GENGSTER ITU DIAJAR DI PUSAT LATIHAN POLIS DAN ADA DALAM MODUL LATIHAN SERTA ANGGOTA POLIS DIARAHKAN BERBUAT BEGITU?".  "ADAKAH POLIS-POLIS MELAYU INI DIAJAR SIFAT PERKAUMAN SEMASA DALAM LATIHAN DAN ANASIR-ANASIR BTN YANG MENANAM SIFAT ITU SEMASA DALAM LATIHAN KERANA TUTUR KATA MEREKA SEMASA MENGHERDIK ORANG RAMAI ADA BERBAUR PERKAUMAN?"

2 ulasan:

  1. Kebanyakkan polis muda ini dari pulapol(pusat latihan polis)masih dlm latihan dan tiada tanda nama serta no .polis.Sebab itu mereka berani kerana tiada bukti nama dan no.polis ut diambil tindakan. Mereka ini dah di brainwash utk menganas keatas pendemo.

    Apa akan jadi sekirannya pendemo lawan balik pada hari tersebut pasti akan ramai jadi arwah atau masuk hospital. Rakyat bukan penganas tetapi polis sendiri yg bertindak spt samseng jalanan.

    Selagi rakyat boleh bersabar pemerintah boleh lakukan apa yg mereka suka tetapi jika rakyat hilang sabar pasti buruk akibatnya.

    BalasPadam
  2. masa teman nok jadi soja dulu...ijok pulok ada terenen ghope itu. Tapi kume kuat juga...lalu melawan kemineh. Ni deme pulok yang ghope kemineh....zalim.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.