Selasa, 30 Oktober 2012

Hello Che Nan... Ada Barang Kasi Tunjuklah!

Awai makian, BODO punya oghang! Bengong, bangang dan perangai macam budak-budak tak cukup akai yang jenih kalau semayang (gantian kata solat bagi puak munafik - puak-puak ni solat ka?) kat surau orang tua-tua suruh dok saf belakang sekali. Depa bukan semayangpun, cuit kawan sebelah, gosok kepala kawan, cucok pungkok kawan, gelak kuk-kik kuk-kik sama-sama depa. 

Si bodo, bangang dan tak cukup akai yang ku maksudkan adalah Adnan bin Mansor. Nama ni bagi golongan loghat utara, Adnan jadi Nan dan Mansor tentunya Chot. Jadi Nan Chot. Yang aku kata Nan Chot ni perangai budak-budak pasai bila orang lain kata depa ada barang, dia pun dengan bangga kata dia ada jugak. 

Masa aku sekolah darjah 5 dulu, aku ada sorang kawan sekelaih yang jenih eksyen berlagak dok cerita pak dia duit banyak kaya, ada kereta Peugeot 204 lepaih tu beli kereta besaq Ford Cortina, buat rumah besaq dan pak dia pun kerja besaq . Kalau dia cerita Tok Wan dia kaya boleh tahan jugak.

Peugeot 204
 
Akupun balik rumah tanya bapak aku "Pak! Ein anak Pak Lan bagi tau pak dia baru beli kreta besaq Ford Cortina,  kreta tu lagi besaq pada kreta DO.... dia kaya duit banyak betoi ka pak?"  Nama kawan aku Nazren bin Azlan

Ford Cortina 1972

 "Pak Lan mana?" soal bapak aku balik.

"Pak Lan yang dudok di kuarters apa nama..... Balai Periksa Jabatan Utan kat depan Pejabat Hewan tu" jawab aku lengkap.

"Ooo.... tu Azlan Yusop orang pangge Lan Renjer".

"Kalau Lan Renjer tu duit banyak apa? Aku Kerani Besaq Pejabat Daerah lagi banyak gaji pada dia aih! Pakai Ford Anglia kecik saja pun...." sambung bapak aku lagi.

Ford Anglia
 "Tapi pak.... Anak dia kata pak dia duit banyak, diapun pi sekolah bawak duit sahari singgit, pak bagi kami sorang lima belaih duit saja" aku potong cakap bapak aku. 

"Lagi kan kan... dia habaq pak dia buat rumah besaq tiga empat kali ganda dari rumah kuarters CC yang kita dudok ni"

"Hang tau apa? Si Lan Renjer tu hutan dia punya, selori balak orang dia dok pi ukoq depan pejabat tu depa boleh berapa duit? Sehari brapa bijik lori dok mai kat dia?" kata bapak aku berbaur sindiran.

"Hang budak-budak mana tau apa... kawan hang bodo.... pak dia jadi renjer hutan gaji brapa kupang saja dok nak menunjuk.... mentedarah duit haram... hang tau tak? Bodo tak dak akai dua-dua beranak... dok himpun duit haram nak belagak kaya cerita merata!" pak aku mula bersyarah kat aku.

"Nih! Pegawai BSN dah mai pejabat aku dok sembang pasai Lan Renjer.... tak banyak Jumaat lagi kena pegang dengan depa la, masuk dalam jawabnya...!" bapak aku bisik kat aku. Pada masa tu BSN bukan Bank Simpanan Nasional tapi Biro Siasatan Negara, lepaih tu jadi BPR dan la ni SPRM.

Ni cerita tahun 70an bukan ada kaitan dengan Nan Chot pun. Kalau ada sangkutpun pasai perangai budak-budak jenih suka bangga diri. Jika orang lain ada diapun ada. Jenih tak mau kalah dan tak mau kurang dari orang lain. Kadang-kadang cerita yang tak sepatutnyapun boleh keluar.

Itu sebabnya apabila Lim Guan Eng kata dia ada dokumen rahsia BN, maka si Nan Chot ni pun tak mau kalah kata diapun ada yang PR punya pulak. Cerita di sini..... Kalau ada barang kasi tunjuk lah...

Aku pulak kalau teringat kisah budak-budak aku mesti ingat kereta-kereta zaman tu.  Yang paling aku berkenan masa tu kereta yang ADO playboy dok sebelah rumah aku pakai....

Ford Capri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.