Khamis, 1 November 2012

Menteri yang Hebatpun terima Sedekah!




Orang yang hebat tak perlu tunjukkan kehebatan kerana orang akan tau dia hebat dan akan katakan dia hebat. Orang yang hebat jika hanya memiliki dan memandu SLK (Small Little Kancil) pun orang akan tetap kata dia hebat. Orang yang hebat walaupun tinggal di rumah kos rendah berhampiran loji rawatan najis, dia tetap hebat di mata orang ramai.


Hebatnya Nazri Aziz mungkin kerana lama jadi menteri. Anaknya pun hebat sebab bapaknya menteri. Soalnya, betulkah Nazri hebat? Betulkah anaknya ikut hebat seperti bapaknya? Adakah anak menteri ada kereta Hummer besar terus dia jadi hebat! Adakah anak menteri tinggal di kondo mewah yang ada high level swimming pool sambil mandi nampak KL, itu hebat? 

Itu semua kehebatan ciptaan untuk menutup ketidak hebatan menteri dan anak menteri. Lebih-lebih lagi kehebatan yang dibawa ke sana ke mari itu materialnya disedekah orang lain. Tapi layakkah menteri dan anaknya terima sedekah? Orang yang hebat tak terima sedekah.

Orang kaya nak sedekahkan RM10/- ke dalam tabung masjid berkira-kira. Tapi macamana orang boleh sedekahkan Hummer pada menteri? 

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Baca seterusnya di Rafizi Ramli Dot Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.