Biro Tata Negara ringkasnya BTN wajib ditutup. Sapa tutupnya? UMNO Jahanam atau BN mati hidup balikpun depa tak mau tutup BTN yang belanja kerajaan tapi jadi barua UMNO. Kita tak boleh harap UMNO tutup BTN pasai BTN amat berguna pada depa.
Tapi bolehkah kita harap Pakatan Rakyat untuk tutup BTN jika depa ambik aleh Putrajaya? Bolehkah harap Anwar Ibrahim dan PKR tutup BTN? Boleh percayaka PAS nak tutup BTN? DAP mau tutup BTN ka? Aku rasa depa semua tak mau tutup BTN.
Depa akan gunakan BTN pulak. Aku tak pernah dengaq Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Lim Guan Eng berjanji dalam ceramah depa nak tutup BTN. Kalau serbu depa lepaih ceramah, tanya depan-depan masa depa nak naik kereta, jawapannya "akan kaji" atau "kita akan bincang".
Bagi aku kerajaan yang berkuasa tidak boleh menggunakan agensi kerajaan dengan menggunakan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan untuk mempromosi pemimpin dan agenda parti politik. Tak kiralah parti apa. Aku tak mau BN bungkuih PR berkuasa BTN tetap BTN. Cuma ditukar pegawai dan fasilitator yang ada yang pro UMNO dengan yang pro PR pula. Ni semua kerja leceh. Hangpa nak bagi rakyat sokong hangpa semua hangpa buat kerja betoi-betoilah! Rakyat bukan buta!
Bukan kata BTN, Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA juga wajib ditutup. Boleh jadi KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat mungkin boleh "tune" untuk betoi-betoi buat kerja untuk kemajuan masyarakat. Tapi BTN dengan JASA ni tarak guna langsung! Cuma jadi tempat depa buboh bagi kerja kat calon-calon yang kalah pilihanraya atau bekas YB yang dipujuk supaya tak bertanding.
Ingat!!! PR tak boleh buat macam tu!
Apa kata Saudara Anwar Ibrahim, Tuan Haji Hadi Awang dan Brother Lim Guan Eng semasa ceramah dan kempen pilihanraya berjanji untuk tutup teruih BTN dan JASA. Dah tu kena janji tutup betoi-betoi, jangan pi bukak jabatan dan ajensi nama lain pulak. Jangan buat leceh ha! Luku kepala baru tau!
Jangan dalam tahun 2017 ada ceramah tertutup untuk budak sekolah dok perbetoi PR macam di bawah ni pulak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.