Jumaat, 22 Februari 2013

Kutukan Jumaat: Haron Din Kadok Naik Junjong!

Akhir-akhir ini ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS bermula dari Timbalan Mursyidul Am dan Setiausahanya dan berberapa orang lagi kelihatan bercakap dan bertindak mengikut kata hati mereka sendiri dan bukan mengikut kehendak majoriti ahli dan keputusan Muktamar PAS terdahulu iaitu PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menentang dan menjatuhkan BN dan utamanya UMNO. 

Mereka ini kelihatan sepakat dan sekumpulan di mana dahulunya yang menonjol adalah Nasarudin Mat Isa. Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan. 

Tidak syak lagi ketua kumpulan ini adalah Haron Din. Mulut Haron Din yang biasa terkumat-kamit jampi air sejuk jadi penawar, tidak boleh bercakap mencabangkan lidah untuk tidak bersama kehendak ahli dan penyokong PAS. Ahli-ahli PAS bukan bodoh dan bangang macam ahli UMNO yang akan mengikut saja apa yang kemahuan pemimpin mereka. 

Haron Din bukan gembala kambing dan domba di Tanah Arab yang boleh dipegang dan tarik telinga seekor dan yang lain-lain mengikut. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah golongan pandai, bijak dan cerdik kerana yang bodoh dan bangong semuanya dalam UMNO.

 
Haron Din kena ingat beliau juga telah lama pencen dari menjadi professor universiti. Beliau tidak boleh menjadi pemikir dan memaksa pemikirannya ke atas parti. Beliau juga kena lupakan kebiasaan seorang professor iaitu memandang ahli-ahli PAS sebagai mahasiswa unversiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada masa dia menjadi pensyarah dahulu, yang dia boleh buat sesuka hati.

Lagipun Haron Din bukanlah pejuang PAS yang kerap masuk keluar penjara. Beliau hanya menyatakan beliau bersama PAS apabila tercetus penentangan terhadap Mahathir apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kalau tidak beliau masih sedap-sedap bersama Hassan Ali dan lain-lain rakan Forum Perdana menjual kelentong mereka dalam tv dan dipentas-pentas ceramah.

Kepimpinan dan ahli PAS juga salah dalam hal ini, mereka terlalu obses kepada figura tententu yang ada nama dan popular. Apabila figura popular menyertai PAS, maka figura inilah yang didambakan dan diangkat ke jawatan yang setinggi-tinggi yang boleh. Itulah puncanya orang seperti Haron Din, Hassan Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain jadi besar kepala.

Apabila mereka ini dilayan dengan begitu hebat maka mereka merasa kalau tiada mereka PAS tidak akan mendapat sokongan ramai. PAS lemah tanpa mereka. Mereka rasa mereka ada idea bernas yang akan menjadikan PAS gergasi politik di Malaysia.

Haron Din jumpa Anwar Ibrahim dan meminta Anwar tarik diri dari jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dan mencadangan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah lama tarikh luput  sebagai PM adalah satu usul gila. 

Haron Din dan sekutu-sekutunya macam ayam piru yang berlagak burung merak. Atau Haron Din sudah jadi Kadok naik Junjung!

4 ulasan:

  1. Ulasan menarik untuk sama-sama jawab diakhirat kelak.
    Sama ada anda mau pun Haron Din tetap(wajib) akan dihitung diatas segala perbuatan mau percakapan/tulisan nanti.
    Sama sama fikirkan, dunia sekejap sangat.

    BalasPadam
  2. gua nak cakap mcm-mcm beb tapii.............nanti kena jawab kat akhirat pulak tp kalau tak cakap ....kena soal pulak...
    memang tak beberapa berkenan dgn timbalan tu..
    kalau kita menang nanti kita boleh buat suruhanjaya jason king ke..raja gopal ke ...kita siasat habis-habisan....

    BalasPadam
  3. weh..hd ni dah lama ahli pas.tahun 74 lg..pastu senyap..dek auku..takut apa kat hd n geng..semua tu manusia..cam kita bkn ada kuasa apa pun..lg pun seme ni..cam cite dlm gelap je..ehehe

    BalasPadam
  4. kadang2 ahli majlis Syura dah sebulat suara buat sst keputusan...esok lusa masih ada lg sorg dua yg dah cakap lain mcm pulak..aduyaiii!!!...apa mende lahhh....pas ni macam2 la kepala diorg...

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.