Rabu, 18 November 2009

Gila Ka Apa?

Aku tengok perangai dan sikap Zulkifli Nordin MP Kulim Bandaq Baghu ni pelik sikit. Dia nak caghi populariti secara yang orang tak suka.

Zaid Berahim dah cadang Tok Gughu Nik Aziz jadi "Spiritual Leader" kepada Pakatan Rakyat macam Mahatma Ghandi zaman Benua India lawan orang putih tuntut kemerdekaan. Jugak macam Mandela dan Khomeini.

Aku memang setuju dengan cadangan Zaid Berahim ni TAPI beban sepikui atas bahu Tok Gughu kena buang dulu. BEBAN SEPIKUI tu ialah MENANTU!!!

Jadi banyaklah tokoh politik mengulaih pasai ni. Wee Choo Keong MP Wangsa Maju kata cadangan ni adalah "premature". Teringat N3 aku pasai P.E.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pulak kata:-


Komen dua oghang ni boleh diteghima jugak.

Tapi cadangan sorang Melayu yang suka pakai ketayap putih ni pelik dan tak masuk akai langsung. Adaka dia cadang Tok Dewa Mufti Melayu Purba Harussani Zakar Ia jadi "spiritual leader" PR. Ciss kalau orang mengandung mesti muntah hijau!!! Sapa Harussani tu takkanlah Zul Nordin tak tau. Heran... heran...


Baca dia kata apa....


Takkan lah Zul Nordin dah hilang akai, gila dan isin.....

Orang HILANG AKAI, GILA, MERENG DAN ISIN TAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN....!!!!


MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: Ir. Ariffahmi, P.E.

Aku sembang dengan seorang doktor perubatan alternatif macam-macam cerita jadi bahan bualan. Bila sampai bab Menantu Tok Guru, doktor ni tanya aku begini:-

Dr: Apa nama Menantu Tok Guru tu?

Aku: Nama penuh Abdul Ariffahmi bin apa tak tau? lupa pulak nama pak dia.

Dr: Dia ada I. R. ka?

Aku: Ada.... Engineer yang ada P.E. depa boh Ir. depan macam doktor lah... Dr.

Dr: P.E. tu apa?

Aku: Professional Engineer.

Dr: Aku ingat P.E. tu macam aku dok study.... PREMATURE EJACULATION!!!!

Selasa, 17 November 2009

RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah

MSK telah lancar Tabung "RM2 Untuk Tok Guru Di Mekah. Inilah kaedah yang teramat baik untuk menaja Tok Guru ke Mekah. Hulurkan sumbangan semampu anda ke akaun pengendali. Aku copy sepenuhnya di bawah.

Oleh: MSK

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle.

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.

Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.

Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.

Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.

Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.

Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.

Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.

Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…

Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.

Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.

Kemaskini 1.25 pagi.

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.

akaun-maybank

Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.

Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.

Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.

Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)

Sebarang pertanyaan:

email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721

Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Isnin, 16 November 2009

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: Khairy Versi PAS

Tengoklah Khairy versi PAS. Foto di bawah ni biasa saja kalau lelaki tu aku tapi kalau yang hari-hari bahasakan diri "ana.... ana... ana..." lepaih tu MENANTU Tok Guru pulak...... Depan Mak & Pak Mertua pijak semutpun tak mampuih!!!



Kalau hujung minggu ni MENANTU tak letak jawatan atau Tok Guru tak berbuat sesuatu supaya Menantu letak jawtan lagi banyak pekong keluaq.

Lepaih ni akan ada SAKSI yang akan buat Sidang Media berserta Akuan Berkanun kot? Kalau setakat nak kejut orang nak saman orang tak heranlah MENANTU!!!

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB...

Isu Tajaan Haji: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB...

ISU TAJAAN HAJI Tok Guru Nik Aziz oleh seorang individu sebanyak RM65,000 mendapat ruang yang begitu istimewa oleh akhbar-akhbar dan blog milik Umno BN dan musuh-musuh politik beliau. Mereka menggunakan ruang dan kesempatan yang ada ini semahu-mahunya bagaikan bulan telah jatuh ke riba, atau emas hadir dalam periuk nasi mereka.

Sebelum memberi sedikit komentar yang mungkin dianggap tidak berapa ilmiah oleh sesetengah pengunjung blog tuan ini, izinkan saya cerahkan dan hadamkan beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan iman dan realiti sebenar di Kelantan.

Pertamanya, rasa hormat dan rasa terima kasih rakyat Kelantan terhadap golongan agama dan Tok Guru agama masih lagi yang teratas. Mereka ini tidak memuja artis sebagaimana lazimnya sesetengah pihak memuja artis bagai nak rak, mereka juga tidak memuja pembangunan sebagaimana lazimkan orang lain memuja pembangunan. Bagi mereka, Ulama mendapat tempat yang begitu istimewa dan mereka faham dan lumat akan maksud 'Ulama' adalah Pewaris Nabi'.

Penghargaan mereka terhadap Ulama' adalah pelbagai, salah satunya (bagi yang berkemampuan) adalah menaja pakej haji mana-mana Ulama' yang bagi mereka layak menerima penghargaan tersebut.

Sebelum TGNA dedahkan bahawa pemergiaan haji beliau pada 17 Nov ini ditaja seseorang, bukan tidak pernah tajaan seperti ini berlaku. Tanyalah mana-mana Ulama Besar di Kelantan ini, pasti mereka juga akan akui menerima tajaan tersebut. Itu sudah menjadi darah daging dan budaya turun temurun rakyat Kelantan; memulia dan meraikan Ulama'.

Zaman kegemilangan Tok Kenali dulu, beliau atau anak muridnya akan membawa sebiji bakul kalau ke pasar. Apa tujuannya? Tujuannya hanya satu, untuk memuatkan barang-barang dapur atau ikan, sayur dan apa saja yang disedekahkan oleh peniaga di pasar terbabit kepada beliau dan anak muridnya. Kalau kejadian itu dibawa ke hari ini, sudah tentu perlakuan itu nampak janggal dan tidak masuk akal, malah mungkin ada yang berani mendakwa Tok Kenali menerima rasuah. Tetapi benarkah dakwaan itu? Sudah tentunya tidak sebab itulah cara rakyat Kelantan memulia dan meraikan Ulama pada waktu itu.

Berbalik pada isu tajaan haji TGNA tadi, begitu jugalah roh dan semangatnya. Semua itu (penajaan haji) adalah atas sifat untuk memuliakan Ulama semata-mata dan meneruskan Budaya Orang Kelantan. Jadi apa yang pelik sangat? Kenapa perlu diperbesar-besarkan?

Keduanya, sebelum kalian semua membuat persepsi liar dan menilai TGNA, berapa orang yang sudah tambil menjunjung kasih mengadap beliau dan bertanyakan secara anak jantan atas dasar dan tujuan apakah tajaan haji tersebut, dan atas nas-nas apakah TGNA terima tajaan tersebut? Rasanya masing-masing sekadar bersandarkan persepsi dan telahan liar, dan bukannya datang dari mulut TGNA sendiri.

Ketiganya, tahukah kalian bahawa TGNA penuhi permintaan si penaja dan sanggup menerima tajaan haji tersebut semata-mata untuk memenuhi niat (nazar) seseorang? Kalian semua tidak tahu bukan? Habis kenapa semua perlu begitu cepat melatah kalau tidak tahu hujung pangkal? Kita sebagai ahli dan penyokong PAS sepatutnya berdiri teguh bersama-sama TGNA dan mempertahankan beliau dalam isu ini, bukannya turut tumpang semangkuk untuk menjatuhkan beliau.

Keempatnya, disinilah terletak SALAH TOK GURU. Isu ini terjadi sebenarnya berpunca daripada TGNA sendiri, SEMUANYA salah Tok Guru. Salah TGNA disini ialah SUKA SANGAT BERCAKAP BENAR. Orang moden yang berwadahkan 1Malaysia sekarang ini sudah tidak suka MANUSIA YANG BERCAKAP BENAR. Mereka lebih percayakan pembohong dan pemutarbelit daripada Ulama yang hidup dan matinya hanya untuk Islam. Sekian.

p/s: saya memberi keizinan penuh kepada blog tuan untuk menyiarkan pendapat saya ini memandangkan saya lihat blog tuan ini berani mengkritik perkara yang tidak betul didalam sesetengah benak pemimpin. Saya setuju ungkapan tuan bahawa 'terimalah pahit ubat, kerana sifat pahitnya itu untuk tujuan merawat'.



Selamat maju jaya dari,

Presiden TGNA FC.

__________________________________________________
Tok Guru adalah ULAMAK tidak dipertikaikan. Tapi dalam masa sama Tok Guru adalah MENTERI BESAR. Orang yang paling berkuasa di Kelantan. Hujah ulamak dan tok guru di Kelantan amat dihormati dan orang berebut-rebut nak taja, hadiah, sedekah dsbnya memang diakui TAPI Tok Guru lebih dari itu. Dia bukan Tok Guru pondok biasa. Hal ni pelu dilihat dari perspektif yang lain....

Tidak timbul persepsi dan telahan liar kerana di zaman moden ini maklumat amat cepat. Lagi satu orang yang nak taja Tok Guru ni bagi aku adalah orang yang TERGAMPANG kerana bernazar begitu.

Perangai orang PAS suka menghukum masih tidak berubah. Tidak boleh dikritik pemimpin mereka. Ini jenis yang "SOKONG BAWAK REBAH".

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU - Menantu Wajib Bawa Diri

Selesai pengiraan undi dalam PRU 1990 disahkan PAS bersama Semangat 46 menawan Negeri Kelantan. BN dan MBnya Mat Yaakob kalah. Aku adalah anak muda yang paling gembira waktu itu. Kegembiraan yang tak tergambarkan!

Dalam NST terpampang foto Tok Guru Nik Aziz keluar dari istana bersama Exconya selepas angkat sumpah di awal pagi. Aku bangga seorang ULAMAK menjadi MB.

Itu adalah kejadian hampir 20 tahun dahulu. Ianya sebahagian dari sejarah.

Kini terpampang dalam NST cerita Haji Tajaan dan MENANTU. Aku rasa sedih. Kenapa jadi begini? Seorang ULAMAK yang biodatanya selama 19 tahun terakhir ini tertera sebagai MB boleh melakukan kesilapan ini.

Mengapa boleh jadi begini? Siapa penasihatnya. Siapa yang memimpin tangan Tok Guru ke arah yang membahayakan Tok Guru. Siapa? Siapa? Siapa? Adakah budak muda kacak sebelah Tok Guru dalam foto di bawah:-


Apapun alasannya, aku berpegang kepada "Menantu Tok Guru Bukan Tok Guru".

Aku tak mahu dalam PRU 13 akan datang selepas tamat pengiraan undi, SPR umumkan dan sahkan BN menang dan tawan Kelantan. Dan yang paling sedih apabila tengok akhbar keesokkannya!!!!

Tolonglah..... pemimpin-pemimpin PAS, sebelum musibah besar menimpa nasihatkan Tok Guru iaitu "MENANTU TOK GURU WAJIBLAH MEMBAWA DIRI!!!"




Syeikh Tantawi Bela 2-Tok Guru

Bila baca posting Ketua Pemuda PAS, Syeikh Tantawi di sini, aku dapat buat satu kesimpulan iaitu Syeikh Din Tantawi ni seorang yang cuba menonjolkan diri untuk menjadi pembela (biasalah semua Ketua Pemuda parti apapun begitu) atau hero dalam menyokong pimpinan tertinggi (2-Tok Guru) PAS.

Dalam membela 2-Tok Guru ini, Syeikh Tantawi hanya menyalahkan orang lain. Baginya 2-Tok Guru kalau tak "maksum"pun hampir "maksum". Mereka tidak pernah dan tidak akan membuat kesalahan dan kesilapan.

Sokongan jenis ini adalah "SOKONG BAWAK REBAH".