Selesai pengiraan undi dalam PRU 1990 disahkan PAS bersama Semangat 46 menawan Negeri Kelantan. BN dan MBnya Mat Yaakob kalah. Aku adalah anak muda yang paling gembira waktu itu. Kegembiraan yang tak tergambarkan!
Dalam NST terpampang foto Tok Guru Nik Aziz keluar dari istana bersama Exconya selepas angkat sumpah di awal pagi. Aku bangga seorang ULAMAK menjadi MB.
Itu adalah kejadian hampir 20 tahun dahulu. Ianya sebahagian dari sejarah.
Kini terpampang dalam NST cerita Haji Tajaan dan MENANTU. Aku rasa sedih. Kenapa jadi begini? Seorang ULAMAK yang biodatanya selama 19 tahun terakhir ini tertera sebagai MB boleh melakukan kesilapan ini.
Mengapa boleh jadi begini? Siapa penasihatnya. Siapa yang memimpin tangan Tok Guru ke arah yang membahayakan Tok Guru. Siapa? Siapa? Siapa? Adakah budak muda kacak sebelah Tok Guru dalam foto di bawah:-
Apapun alasannya, aku berpegang kepada "Menantu Tok Guru Bukan Tok Guru".
Aku tak mahu dalam PRU 13 akan datang selepas tamat pengiraan undi, SPR umumkan dan sahkan BN menang dan tawan Kelantan. Dan yang paling sedih apabila tengok akhbar keesokkannya!!!!
Tolonglah..... pemimpin-pemimpin PAS, sebelum musibah besar menimpa nasihatkan Tok Guru iaitu "MENANTU TOK GURU WAJIBLAH MEMBAWA DIRI!!!"
Yang pasti, Kelantan ni mula kecoh selepas Arifahmi masuk kerja dgn syarikat negeri Kelantan.
BalasPadamSaya masih ingat membaca mengenai orang berkata-kata tentang Arifahmi semasa dia kerja di Air Kelantan dulu.
Ini lah bahana nya bila Kelantan yg sepatutnya menjadi contoh 'kebersihan' pemerintahannya dicemari dgn isu kronisma.
Bukan salah TGNA. Jika Arifahmi bukan menantu dia pun saya rasa TGNA akan berbuat macam tu. TGNA adalah seorang yg lurus dan tidak mempunyai sikap busybody. Dia seolah-olah tidak mahu melihat ke sebalik permukaan (underneath the surface), cuma mengambil semuanya at face value. Jika seseorang itu ingin menipu atau mengambil kesempatan atas sikap TGNA ni, rasanya terlalu mudah.
Itu yg jadi kat Din Mardi kawan TGNA, begitu juga lah juga dgn Arifahmi menantunya.
Dan mungkin juga Husam Musa? Mana tahu kan?
- kuntau