Sabtu, 11 Julai 2009

KHIR TOYO: MELAYU PARIA KAYA RAYA

Sekarang ni pemimpin Umno yang popular adalah Khir Toyo. Cerita banglo mewah RM24 juta yang dibinanya diperkatakan oleh orang ramai. Beberapa bulan dulu semasa SELCAT adakan pendengaran awam timbul cerita makan angin satu famili termasuk pegawai-pegawai, menggunakan duit kerajaan dan anak syarikatnya. Merata tempat dia pergi terutamanya Disneyland.

Mengapa jadi begitu? Bagaimana Khir Toyo begitu banyak wang. Asalnya dia seorang doktor gigi produk DEB (jika tidak sekarang dia mungkin operator mesin potong padi kat Sabak Bernam). Berapa sen saja pendapatannya sebulan sebagai doktor gigi. Nak beli plier untuk cabut gigipun kena fikir banyak kali. Alih-alih selepas dilantik jadi MB Selangor, dia mulai jadi kaya dan mewah dalam kehidupan. Tak berpadan dengan pendapatan dan kemudahan yang dia terima sebagai MB. Selepas BN tumbang, sebagai ADUN biasapun di boleh maintain hidupnya macam biasa. Baaaaanyaaaaknya dia simpan duit.....

Apa yang aku tahu asalnya dia dari keluarga miskin dan semasa jadi student pun miskin paria terpaksa mengutip besi buruk di Jalan Chan Sow Lin. Lihat sini. Dah jadi doktor gigi bolehlah tahan sikit hidupnya. Tapi setelah jadi MB, hidupnya telah 'fully transformed'. Hebat... hebat... anak Jawa ini.

Bagi aku, ini adalah salah satu kesilapan besar DEB dalam mengangkat ekonomi orang Melayu. Hanya bagi pelajaran dan keutamaan dalam peluang ekonomi tetapi tidak pernah menanam iman dalam diri dan jiwa orang Melayu yang kononnya berugama Islam. Hanya orang yang tidak beriman saja jadi macam Khir Toyo. Khir Toyo seorang yang asalnya hidup kelas paria, apabila telah nampak peluang dia langsung merebutnya untuk diri sendiri. Tanggung jawabnya telah menjadi haknya. Ini bukan ciri orang Islam. Ini tidak beriman. Mungkin sifat orang Melayu tapi bukan orang Islam. Bukan Khir Toyo seorang saja begitu. Ramai lagi.

Bagi aku Khir Toyo adalah contoh terbaik Melayu Paria yang telah berjaya menjadi kaya raya dengan jalan yang haram. Iaitu jalan yang dilarang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.