Rabu, 8 Julai 2009

Surat Untuk Sheikh Besar PAS

Kepada:-

Yang Termulia,

Syeikh Besar Hj Hadi Awang,

Presiden PAS,

Ibu Pejabat PAS Pusat,

Jalan Raja Laut,

Kuala Lumpur.

Assalamualaikum Tuan Sheikh Besar,

Semalam bila ana tengok kat Malaysiakini, salah satu beritanya adalah seperti berikut:-

Hadi: PAS masih sedia temui Umno

Jul 7, 09 2:24pm


PAS masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, lapor Bernama.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan menimbang terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita Umno, untuk berbincang dengan Muslimat PAS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berceramah pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kampung Sungai Sok malam
tadi.

Abdul Hadi sebelum ini menimbulkan polemik dalam PAS apabila menyuarakan hasrat membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi cadangan itu dibantah Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda PAS, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS diadakan ke arah itu.

Lepas baca, ana dah tangkap; Tuan Sheikh Besar masih  lagi ingin pertahankan pendirian berkaitan Kerajaan Perpaduan (UG). Tuan Sheikh Besar masih lagi sayang kat seteru politik PAS iaitu UMNO. Nampak sangat Tuan Sheikh Besar ini telah termakan hasutan pemimpin UMNO dan boneka-boneka UMNO dalam PAS yang mengatakan "UMNO yang lemah akan menyebabkan kuasa politik orang Melayu juga lemah dan terhakis".

Apa ni Tuan Syeikh Besar...... pada masa ini Sheikh sepatutnya mengambil satu tindakan yang boleh menguatkan lagi PAS, menarik lebih ramai penyokong, meyakinkan pengundi bahawa PAS memang berupaya menggantikan UMNO, malah lebih baik lagi daripada UMNO apabila berkuasa kelak. Yakinkan orang Melayu bahawa kepentingan Melayu terbela (tapi bukan meniru kaedah UMNO dalam menjaga kepentingan Melayu). Itu semua yang Sheikh wajib fikirkan. Lupakan UMNO. Biar UMNO mampus. Ajak semua orang untuk kebumikan UMNO dan Syeikh boleh mengetuai upacara mentalkin UMNO. Masa dah hampir tiba. Jangan buang masa yang berharga ini, Tuan Syeikh Besar.

Tuan Syeikh Besar....... tak payahlah melayan lagi isu ini samada perbincangan terbuka/tertutup, debat ataupun yang Sheikh Muda Tantawi nak buat iaitu Wacana Ilmu ka apa ka... Tutup cerita. Kalau Syeikh rasa lidah Syeikh tak boleh dikawal, kerat saja lidah tu.

Syeikh Besar....... lihatlah  Penasihat DAP Lim Kit Siang, dia tidak pernah menyentuh untuk ber'apa-apa'pun dengan MCA dan Gerakan. Dia yakin dia boleh mengalahkan MCA dan Gerakan. Kalau orang keturunan Cina nak bersatu, bersatu dalam DAP lah. Dia istiqomah. Tapi Tuan Syeikh Besar ana lihat tak begitu dalam hal ini. Ana malu, Syeikh Besar parti yang ana sertai pulak yang tidak istiqomah. Adakah Tuan Syeikh Besar khilaf dalam mentafsir kitab-kitab yang Tuan Sheikh Besar rujuk.

Akhir sekali, ana rasa ana tak perlu memohon maaf pada Tuan Sheikh, walaupun surat ana ini menyakitkan hati Tuan Syeikh Besar. Bagi ana Tuan Syeikh Besar TIDAK MENJALANKAN TUGAS Tuan Syeikh sebagai Syeikh Besar Parti PAS yang sepatutnya. Kalau di zaman Khalifah Ar-Rasyidin ana dah tunjuk pedang yang ana asah sampai meghelit kat hidung Tuan Syeikh Besar.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

Lee Copper

Ahli PAS No 367xxx

Member Since April 1994

2 ulasan:

  1. Anta bagus, ana suka.

    BalasPadam
  2. Lee cooper, kau ni anti ulamak. blog kau baru lagi tapi penuh dgn cacian pd ulamak. kau hidap penyakit dengki. kau jahil.

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.