Isnin, 26 Oktober 2009

Setiausaha Agung PAS dah Mula Bersilat

Seperti yang dijangka SUA PAS Mustaffa Ali dah mulakan langkah silat. Dalam sidang media dia umumkan Jawatankuasa Pusat PAS termasuk Pesuruhjaya Negeri akan bermesyuarat hari Rabu ni.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Aku rasa EGM tak jadi. Presiden tentu tak panggil EGM. Hj Hadi dah bagi kenyataan macam di bawah:- 

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.

Apa yang nak dibincang. Macam biasa untuk tutup isu ni. Pesuruhjaya Negeri kebanyakan dilantik oleh Hj Hadi yang tentunya atas nasihat Mustafa Ali dan Harun Taib. Mereka boleh menyanggah tiga orang Terengganu ni ke? Jawapannya TIDAK. Lagipun Hj Hadi dan Harun Taib ulamak. Manakala Mustaffa Ali yang mengusulkan kepimpinan ulamak.

Lagi satu langkah silat yang sumbang  Mustaffa Ali ialah:-

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Jawapan ni selalu digunakan oleh kumpulan UG iaitu Nasha, Mustaffa Ali dan lain-lain pencinta UMNO. Hanya mulut saja kumat-kamit kata UG dah tutup tapi perbuatan dan tindak tanduk tidak begitu. Malaun besar dalam hal ni adalah Hassan Ali.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.