Nabi Presidan PAS, Mahfuz Omar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menantu Tok Guru perlu meletak jawatan sebagai CEO PMBK dengan segera tanpa tunggu tempoh notis perletakan jawatan kira-kira tiga bulan. Lihat sini dan sini.
Betullah katanya, Menantu Tok Guru adalah CEO iaitu jawatan tertinggi yang terlibat membuat keputusan dan bukannya pekerja bawahan seperti kerani. Ada kaedah untuk berhenti kerja segera. Akupun ada tulis di sini.
Dalam hal ni Mahfuz lebih cerdik dari kononnya jurutera bijak Ariffahmi. Lebih baik dari pemimpin yang ambil jalan selamat. Ini contoh pemimpin yang PAS perlu ada.
Aku sokong kenyataan Mahfuz. Walaupun ramai yang mepertikaikannya. Ada yang mengatakan Mahfuz pemimpin yang sekolah tak tinggi hanya pandai bersyarah saja seperti komen dalam blog Jin Munafik Belaan Mustafa Ali. Tapi dalam berpolitik kepartian dia mempunyai pendirian yang jelas. Perkara yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah bagi beliau. Beliau berani menzahirkan pandangannya.
Dia bukan jenis munafik politik macam banyak pemimpin PAS lain. Contohnya dalam kes UG dulu, dia rasa bersalah dia minta maaf. Tapi adakah pemimpin yang serban besar bakul dan mentelaah beribu kitab minta maaf. Jawabnya TIDAK.
Ramai pemimpin PAS yang sekolah tinggi hingga ada PhD tapi berpolitik macam hantu. Kempen pilihanraya cakap lain dah menang buat lain. Porah. Dah tu apabila dah berkuasa mereka mentadbir meniru cara UMNO jugak. Kalau UMNO utamakan kroni mereka juga buat begitu, cuma alasannya Nabi SAW pun lantik mertua, pak sedara, sepupu dan menantu. Itu zaman Nabi SAW, dia masih hidup dan wahyu dari Allah boleh turun bila-bila masa saja. Tapi zaman sekarang wahyu dari sapa?
Jadi kepada Mahfuz Omar buatlah kerja betul-betul. Yang salah perlu ditegur tak payah kira Mursyidul Am ka..... Presiden ka...... Ulamak ka..... sapa-sapa ka...... Jangan pedulikan kutukan penyokong-penyokong pemimpin tertentu yang buta perut dan bangang.
Mahfuz Omar Timbalan Presiden PAS!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.